CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Situasi Bertambah Tegang Antara Bella Dan Ruhainies Apabila Puteri Sarah Muncul Dengan Ayat Berbaur Sindiran - "Awak Pandai Nangis Tak?"

4-7-2024 11:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 25505| Komen: 454

Description: Situasi tegang antara pelakon Bella Astillah dan Ruhainies nampaknya semakin hangat apabila rakan baik Bella, Puteri Sarah, meninggalkan komen berbaur sindiran dalam hantaran terbaharu Bella di Instag ...

Situasi tegang antara pelakon Bella Astillah dan Ruhainies nampaknya semakin hangat apabila rakan baik Bella, Puteri Sarah, meninggalkan komen berbaur sindiran dalam hantaran terbaharu Bella di Instagram.

Komen tersebut seolah-olah ditujukan kepada Ruhainies, yang baru-baru ini menghadapi tuduhan khalwat bersama Aliff Aziz.


Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, dengan bersahaja menulis komen, “awak pandai nangis tak” di ruangan komen Instagram Bella. Komen ini mendapat hampir 3,000 tanda suka (likes) dan mencuit hati para pengguna media sosial.

“Ada orang pandai nangis depan (program) Melodi sahaja. Kelakarlah dah sah-sah memang pelakon tapi cakap tak pandai nangis. Aduhai, nak coverline pun.” – ini antara komen-komen yang ditinggalkan.


Hari ini, Aliff Aziz dan Ruhainies mengaku tidak bersalah di hadapan hakim atas pertuduhan khalwat yang berlaku di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac lalu.

Dalam temu bual bersama media, Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Illyas, 32, menjelaskan bahawa dia tidak pandai berlakon, dan enggan menitiskan air mata depan kamera semata-mata untuk menunjuk-nunjuk.


“Saya senyum sebab nampak rakan-rakan media dekat sini, saya teruja setelah sekian lama tak berjumpa kalian semua. Saya bersyukur sebab kalian sudi datang pada awal pagi untuk mengikuti prosiding hari ini,” katanya.

Pertelingkahan ini menarik perhatian ramai kerana hubungan baik Bella dan Puteri Sarah yang kelihatan semakin rapat dalam situasi kontroversi yang melibatkan Ruhainies dan Aliff Aziz.

Reaksi netizen juga menunjukkan sokongan yang besar terhadap komen Puteri Sarah, sambil menantikan perkembangan lanjut mengenai kes khalwat tersebut.

Prosiding mahkamah seterusnya dijadualkan pada 17 Oktober depan, dan pastinya kes ini akan terus menjadi tumpuan media serta peminat industri hiburan tanah air.

Sumber : Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hanihan16 4-7-2024 11:41 PM
sia sebenarnya mcm gelabah tak tau nak cakap apa, tu yang terkeluar saya tak pandai nangis tu. confirm dlm kereta tepuk2 dahi sendiri sambil cakap apeke bodoh respon aku tadiiii. haha
Quote matjerk 4-7-2024 11:41 PM
Semakin rancak presiden dan naib presiden. Screenshot_20240704_234115_Instagram.jpg
Quote jambatannetizen 5-7-2024 12:00 AM
Macam tak suka pula dia perli macam ini.
Ruru memang salah. Tapi tak perlu join.
Nak kutuk, guna whatsapp jelah.
Quote jojoe00 5-7-2024 12:05 AM
Edited by jojoe00 at 8-7-2024 01:03 PM
jambatannetizen replied at 5-7-2024 12:00 AM
Macam tak suka pula dia perli macam ini.
Ruru memang salah. Tapi tak perlu join.
Nak kutuk, guna w ...

.
Quote mrsLucky 5-7-2024 12:14 AM
Pilih kasih lah presiden, Olaf dia tak perli. Ngai pon dia dah tak layan. Kasihan Ngai.
Quote sharlenetexas 5-7-2024 12:17 AM
mrsLucky replied at 5-7-2024 12:14 AM
Pilih kasih lah presiden, Olaf dia tak perli. Ngai pon dia dah tak layan. Kasihan Ngai.

Not the same league.

Quote nameisrequired 5-7-2024 12:23 AM
Presiden serik nak layan Ngai, nanti Ngai sesuka hati petik nama dia lagi.
Quote MisXoXo 5-7-2024 01:43 AM
Jahat PS ni plak.aku xsuka ruhainies tp perangai ps ni nmpk sgt sama penjahat.
Quote matjerk 5-7-2024 06:33 AM
MisXoXo replied at 4-7-2024 05:43 PM
Jahat PS ni plak.aku xsuka ruhainies tp perangai ps ni nmpk sgt sama penjahat.

Dulu masa kes dia dgn anak pak kaza.. menantu pak kaza membawang psl dia, pandai dia nak saman.. katanya mengata je lah kat whatsapp ke apa ke..
Lps tu, dia dok komplen kat wartawan.. netizen suka ganggu2 dia dgn komen2 kat post dia..
Tapi dia pulak, lagi jahat aku rasa.. sebab yg dia main sindir2 ni kawan2 dlm industri yg sama...
Bukan ke dia n bella ni BFF.. x de wasap ke???
Tetaplah nak komen kat post.. makin terserlah true color dia ni.. esok2 jgn B baik balik dgn R... ko nangis tepi bucu... sbb B penah kata, dia pemaaf..  
Sorry PSL... aku ingat, kau ni annoyed sekadar menggeletis dgn boipren indon kau tu jer..
Rupa2 nya kau ni mmg annoyying secara keseluruhan..
Hari tu psl kes vape.. tercungap2 acu tu backup hang.. konon hang x sengaja.. hang berdiri je tepi acu tu..buat muka comel muka tak bersalah.. sbb acu pulak kena admit itu salah dia...
Now perangai batu api pulak kau perlihatkan..
Next?, apa lagi...?
Screenshot_20240705_060555_Instagram.jpg
Quote matjerk 5-7-2024 06:35 AM
#puterisarahiscanceled
Quote Glass_shoes 5-7-2024 06:37 AM
Edited by Glass_shoes at 5-7-2024 07:57 AM
matjerk replied at 5-7-2024 06:33 AM
Dulu masa kes dia dgn anak pak kaza.. menantu pak kaza membawang psl dia, pandai dia nak saman.. k ...


Jadi betullah cercaan sis oren pada dia selama ni.Haritu psl 11 kali..
Quote siasia 5-7-2024 06:44 AM
matjerk replied at 5-7-2024 05:33 AM
Dulu masa kes dia dgn anak pak kaza.. menantu pak kaza membawang psl dia, pandai dia nak saman.. k ...

Da jd circle diorg ke sarah yasmin tu
Quote bottombikini 5-7-2024 06:44 AM
popuan ni mmg bakalan bahan bakar kayu api...
buat apa la korang layan dia
Quote Rogue98 5-7-2024 07:27 AM
Director HSC Hadith Omar tu pun perli2 R ...sebelum tu Michael Ang pun kata berlakon pun kayu ...ramai gak yg buat lawak time pc aritu...haha..
Quote alesandra 5-7-2024 07:49 AM
Minah ni perlu ke mencapub?
Quote myhairisbad 5-7-2024 07:56 AM
Ni kategori low class tak?

Hmm nti akhir2 nak berbaik mesti terselit ayat2 "industri hiburan ni kecik je balik2 jumpa muka2 yg sama je.." maka mereka pun bermaaf2an meninggalkan kita netizen terkebil2
Quote chandrahusin 5-7-2024 08:22 AM
terpaling
dari sibuk2 perli org publicly
baik la kau kira duit PS oiii
Quote HelgaPataki 5-7-2024 08:25 AM
Tak payah nak mencapub lebih la, mana tahu the sins you mock today, could be the sins you commit tomorrow. Takyah nak lebih kuah drpd sudu. Dahlah korang tu satu industri jugak
Quote noor2 5-7-2024 08:31 AM
Akak sokong je dia mrngecam ruhainis...

Lihat semua komen(454)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2024 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.155941 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top