CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tuduhan 'kaki kikis' wanita itu terlalu berat - Taufiq Hanafi

4-7-2024 10:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5054| Komen: 31



"Ini sesuatu yang sangat berat!." Demikian kata pelakon, Taufiq Hanafi selepas namanya terpalit dengan kontroversi dan didakwa menjadi 'kaki kikis' kepada wanita.

Taufiq, 33, ketika ditemui di Malam Gala Filem Siapa Buka Lampu berkata, fitnah itu terlalu berat kerana ia turut mengganggu keluarga terutama ibu bapanya.

"Benda itu memang sangat berat untuk saya sebab membabitkan keluarga. Sampaikan, apabila ayah saya hubungi dan tanya saya tak ada duit sangatkah, memang ia mengejutkan," katanya.

Menurut Taufiq, dia juga tidak tahu bagaimana kontroversi itu boleh timbul dan sedikit sebanyak, sebagai anak seni yang mencari rezeki dalam industri, perkara itu mengganggu reputasinya.


"Risau sebab saya mencari rezeki dalam industri. Kalau ada benda yang tidak benar dan satu kesalahan, tentunya akan beri kesan kepada reputasi saya. Saya kalau boleh, tak perlulah benda-benda begitu.

"Bak kata orang, bila ada sesuatu yang kita lakukan tak enak di mana mana-mana individu, mulalah ada sesuatu yang mereka lakukan," katanya.

Taufiq bagaimanapun enggan terlalu memikirkan mengenai isu itu kerana tidak mahu bertindak mengikut emosi.

"Ia tidak menghantui, tapi bila saya muat naik sesuatu di media sosial berkaitan kerja, akan ada komen-komen tak menarik.

"Buat apa nak tambahkan minyak ke dalam api. Jadi, saya diam sahaja daripada bertindak mengikut emosi," katanya.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 4-7-2024 10:32 PM
eh ada kes lagi ke
bukan yg dgn haritu tu ke lupa dah nama
Quote sfrnna 4-7-2024 11:27 PM
Who are yuss. Macam typical muka driver bus
Quote NonaNaga 4-7-2024 11:48 PM
sfrnna replied at 4-7-2024 11:27 PM
Who are yuss. Macam typical muka driver bus

hahahah kau ni....betullah tu sbb tak pakai sunblock bawak bas....legam
Quote rayna_raynes 4-7-2024 11:52 PM
sfrnna replied at 4-7-2024 11:27 PM
Who are yuss. Macam typical muka driver bus

IRL tak nampak mcm driver bus pun.

Ada charm.
Dia sesuai watak2 serius dan garang


Quote annadonna 5-7-2024 12:02 AM
Siapa? Bila? Di mana?

Kau siapaaaaaa
Quote sharlenetexas 5-7-2024 12:21 AM
I.K.A888990 replied at 4-7-2024 10:32 PM
eh ada kes lagi ke
bukan yg dgn haritu tu ke lupa dah nama

Anim ezzati tu ke?

Quote kaedahnya 5-7-2024 12:25 AM
nak tengok dia kikis siapa
Quote I.K.A888990 5-7-2024 12:46 AM
sharlenetexas replied at 5-7-2024 12:21 AM
Anim ezzati tu ke?

ha yang ni
pastu yg dgn ex tunang dia jugak...
Quote mawardia 5-7-2024 07:29 AM
Mamat ni asal keluar media je, kes kikis duit pompuan.
Sengkek sgt ke kau nyah.
Quote ct_earn 5-7-2024 07:50 AM
sfrnna replied at 4-7-2024 11:27 PM
Who are yuss. Macam typical muka driver bus

Quote menjad 5-7-2024 08:43 AM
laki kaki kikis is sengkek... runnn
Quote bulalof 5-7-2024 11:13 AM
who the hell in the freaking world of obsession are you?
Quote QueenGambit 5-7-2024 11:43 AM
Tak hensem pun keh jd spedo
Quote Lulu_717 5-7-2024 11:46 AM
Alaaa..xkenal
Quote Kangkung1M 5-7-2024 12:28 PM
Edited by Kangkung1M at 5-7-2024 10:20 AM
Lulu_717 replied at 4-7-2024 11:46 PM
Alaaa..xkenal

Dia berlakon filem Adrian Teh, i.e. Paskal, Pasal Kau, Malbatt.

[Ig]https://www.instagram.com/p/Cm_kbEJyOdI/?igsh=NTc4MTIwNjQ2YQ==[/ig]
Cerita dia di media massa selalu berkisar 2 topik ni je, pertama, pasal pompuan.

[Ig]https://www.instagram.com/p/CaPYxVUlDNS/?igsh=NTc4MTIwNjQ2YQ==[/ig]
Ke-2, pasal masalah kesihatan mental yang dia hadapi.

[Ig]https://www.instagram.com/reel/CRoRCfIHPu3/?igsh=NTc4MTIwNjQ2YQ==[/ig]
Quote Kurex 5-7-2024 12:39 PM
33 tapi muka iols nampak lg muda
Quote hokeypokey 5-7-2024 01:23 PM
muka camni berjaya kikis sapa??? tok vida ke??
Quote Ytee 5-7-2024 05:59 PM
okay tak kenal pun
Quote yangsemb 5-7-2024 06:45 PM
Kasi keluar citer cam gini baru org nak ambil tahu/baca abt this person. Nyesal aku baca. Ngekssss sangat!

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.125787 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top