CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Ramai salah faham dan menyangka saya kembali berkahwin, "Ramai ucap tahniah' - Aishah Ariffin

4-7-2024 10:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3133| Komen: 14

Description: Tanpa angin, tanpa ribut, timbul kisah penyanyi bersuara lunak, Datuk Aishah Ariffin kembali mendirikan rumah tangga selepas dua tahun menjalani hidup sebagai ibu tunggal.


Tanpa angin, tanpa ribut, timbul kisah penyanyi bersuara lunak, Datuk Aishah Ariffin kembali mendirikan rumah tangga selepas dua tahun menjalani hidup sebagai ibu tunggal.

Spekulasi tercetus berikutan tular foto penyanyi berusia 59 tahun itu menggayakan persalinan serba putih dengan solekan persis pengantin.

Bagaimanapun, menerusi hantaran yang berlegar dalam media sosial tidak kelihatan kelibat pengantin lelaki.

Enggan terus diselubungi tanda tanya, Aishah berkata, dia sudah boleh mengagak pasti spekulasi itu jadi persoalan.

"Selepas foto tular, memang ada yang menghubungi saya untuk mendapatkan pengesahan. Bahkan ada juga yang ucapkan tahniah.

"Saya hargai keprihatinan anda, tetapi untuk pengetahuan, saya belum berkahwin.

"Foto ini dirakam ketika saya menjalani penggambaran untuk satu projek yang bakal diumumkan tidak lama lagi.


"Secara kebetulan, seorang teman ada bersama dan merakamkan gambar saya dari segenap sudut termasuk jari berhias cincin dan dikongsikan dalam media sosial.

"Disebabkan itu, ramai menyangka saya kembali berumah tangga. Semua ini hanya salah faham sahaja," katanya.

Penyanyi Janji Manismu itu berkata, dia tiada masalah apabila foto tular. Cuma, tak sedapnya, bila ada yang mengambil kesempatan mengecamnya dengan mengungkit kisah silam.

"Ramai ucap tahniah dan gembira melihat saya bahagia, namun ada juga seolah-olah tak puas hati dan mudah menjatuhkan hukum.

"Saya dicop artis kahwin dan cerai. Soal jodoh, semuanya ketentuan Tuhan dan tiada siapa yang berkahwin untuk bercerai.

"Buat masa ini, saya tiada masa nak fikir dan mencari calon suami. Jujurnya, saya sudah malas.

"Saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang. Tiada suami tidak bererti tak bahagia. Orang perempuan okay sahaja hidup seorang.

"Masa saya banyak terisi dengan kerjaya dan membuat kraftangan. Hidup saya fokus jaga anak-anak dan kucing peliharaan," ujarnya.

Katanya, dia akan pukul kompang dan beritahu semua orang jika kembali berumah tangga.

"Saya tidak akan merahsiakannya. Berdosa kalau kita menipu cakap tak kahwin, tapi sudah berkahwin," katanya.

Mengulas kenapa agak 'low profile' dalam media sosial, Aishah berkata, dia sengaja buat begitu sebab terlalu banyak terima kecaman selepas keluar daripada program All Starz Gegar Vaganza (ASGV).

"Saya tak mahu kesihatan mental terganggu dengan komen negatif daripada mereka yang seolah-olah kenal rapat dengan saya.

"Disebabkan itu, saya juga memutuskan tidak membaca komen netizen," katanya.

Terdahulu, pada 2017, Aishah memaklumkan sudah kembali berumahtangga selepas enam tahun bercerai dengan suami ketiga, Faizal Sazali Zulkifli yang dinikahi pada 2010.

Bagaimanapun, Aishah enggan dedahkan butiran lanjut mengenai perkahwinan keempatnya.

Aishah dikurniakan anak lelaki, Armand Azhari, 30, menerusi perkahwinan pertama dan Azhad Ahlami, 25, hasil perkahwinan kedua.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AWEKSAMURAI 4-7-2024 11:06 PM
Nasebbb sy tau itu sume propa jdi sy x ucap langsung tahniah ke hape .. game ni acik raja. Azura buat dlu kan? Dh tua2 ni biar reput dlm kain udah lah nek
Quote alesandra 4-7-2024 11:10 PM
Kalo korang perasan laa.  gamba pakai cincin tu  dia pakai kt jari tgh.mende nikah pakai jari tgh?? yg acik porem tahniah kulukilir
Quote sharlenetexas 4-7-2024 11:10 PM
Tua2 pun nak main2.


Quote I.K.A888990 4-7-2024 11:10 PM
tipah tertipu yer kiranya
Quote christmaseve 4-7-2024 11:12 PM
Moga tenang2 jelah hidup bila hujung2 usia ni. Anak2 pn ade insyaallah xde lah sunyi
Quote LembingDayanti 4-7-2024 11:15 PM
kesian sungguh la penyanyi veteren dah tua ganyut tak laku & psycho
Quote hanihan16 4-7-2024 11:18 PM
kat artikel tu kata suami keempat kahwin tahun 2017, tal cakap cerainya bila. bila nek cah cerai yg paling latest?
Quote Bungatulip1171 4-7-2024 11:35 PM
Ohh x kawin la sebenarnya
Quote ct_earn 5-7-2024 08:01 AM
Dah agak dah.. Kalo betul kawen, mesti dah bsepah gambar kawen acik ni org lain share...
Quote user_lost 5-7-2024 09:03 AM
bukan dia masih isteri orang ek?
Quote ashilalat 5-7-2024 10:32 AM
So dah 4x acik ecah kawen dan cerai?

Next akan jd 5 la kan. Boleh lawan natasha hudson tak?
Quote QueenGambit 5-7-2024 11:33 AM
Laki dulu dia ensem
Quote hokeypokey 5-7-2024 01:24 PM
bila masa plak cerai ni
Quote takutlipas 5-7-2024 01:37 PM
Dah umur2 gini kawin lg pun buat penat badan nak urus mkn minum

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-7-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.042348 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top