CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya yakin Nonny mesti ada sebab kenapa memuat naik video berkenaan" - Mila Jirin

4-7-2024 10:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3668| Komen: 8

Description: Penyanyi Mila Jirin, 37, ada menghubungi Nonny Nadirah, 35, selepas rakan karibnya itu memuat naik video membotakkan kepalanya hingga menjadi teka-teki ramai.


Penyanyi Mila Jirin, 37, ada menghubungi Nonny Nadirah, 35, selepas rakan karibnya itu memuat naik video membotakkan kepalanya hingga menjadi teka-teki ramai.

Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin berkata Nonny baik-baik saja dan percaya rakannya itu ada sebab tersendiri dan sudah boleh menilai kesan tindakan dibuatnya itu.

"Dia baik-baik saja serta gembira. Dia sibuk dengan perniagaan dalam talian untuk produk pewangi rambut dan fabriknya. 

"Saya dah tiada kata nak katakan apa-apa. Nonny dah dewasa dan sudah boleh menilai mana yang baik dan mana yang buruk.

"Saya yakin Nonny mesti ada sebab kenapa memuat naik video berkenaan," katanya.

Penyanyi Aku Lebih Tahu itu juga memberitahu dia ada memberi sokongan kepada Nonny dalam perihal perniagaan juga.

"Saya berkongsi idea dengan dia dan memberikan kata-kata semangat tentang perniagaan 'online' yang dijalankan sekarang ini. Saya yakin, ramai yang mendoakan Nonny.


"Saya juga tak terkecuali mendoakan yang terbaik pada Nonny," katanya.

Semalam, Nonny yang juga pelakon dan penyanyi mengejutkan pengikutnya di Instagram (IG) apabila tampil dengan imej baharu menerusi sebuah klip video.

Dia yang memakai cermin mata hitam kelihatan membuka bajunya sebelum bertindak memotong rambutnya dengan mesin pencukur.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rayna_raynes 4-7-2024 11:54 PM
Takyah jawab banyaklah Mila. Dah besar dah pun Nonny tu.
Quote annadonna 5-7-2024 12:08 AM
Tak pyh la bagi perhatian pada artis gred belakang ni. Diri sendiri tak claasy, tak meningkatkan diri, asal putus cinta terus mental, pergilah mampus. Semua superstar kat Malaysia ni apa yg dorang tak hadap nak sampai ke tahap superstar tu? Engko putus cinta dgn pelakon sendu terus hilang ingatan. Lemahhhh
Quote hokeypokey 5-7-2024 01:27 PM
mila jer yg peduli pasal nonny
Quote lasagna 5-7-2024 02:08 PM
annadonna replied at 5-7-2024 12:08 AM
Tak pyh la bagi perhatian pada artis gred belakang ni. Diri sendiri tak claasy, tak meningkatkan dir ...

hahhaaha iols suka ayat chuols ni...


Quote pakwetizzaqyah 6-7-2024 03:09 PM
apa la nak harap ngn bangsa sabah ni

kahkahkahkah
Quote christmaseve 6-7-2024 11:13 PM
Kalau i jd nonny mesti i rimas ape je yg i buat mesti kawan ni nk tanya kenapa3. Dia tu dah besar la xperlu nk report kt kwn2 ape je yg dia nk buat

Tp mila pulak, sentiasa la amik berat psl kawan sorg ni which is bagus la

Last2 mila pn mcm dah fed up je nk kne update psl perilaku kawan ni
Quote irvene 6-7-2024 11:20 PM
lantak kau lah nyah. mcm engku sulwani begitu jugak. tapi lantak deme lerr. koserr
Quote anony-mous 7-7-2024 12:41 AM
Noni ni kenapa ye? Salah guna dadah mcm tekya ke? I suka sheol sblm jd gila ni. Xkn kecewa sbb jantan smpai mcm ni? Suka tgk cerita dia n alip ajis. I jarang lyn drama melayu, so klau layan mmg i suka la tu. awat la jd gini

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-7-2024 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.044441 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top