CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isteri Fizi Ali selamat lahirkan bayi perempuan - "Kuat mama tadi, hampir enam jam bertarung untuk bersalin normal"

4-7-2024 08:21 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15511| Komen: 44

Description: Penyampai radio Hot FM, Fizi Ali, 37, berkongsi khabar gembira isterinya Siti Zulaikha, 31, selamat melahirkan bayi perempuan, hari ini.


Penyampai radio Hot FM, Fizi Ali, 37, berkongsi khabar gembira isterinya Siti Zulaikha, 31, selamat melahirkan bayi perempuan, hari ini.

Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin meluahkan rasa syukur urusan isterinya dipermudahkan dalam proses bersalin cahaya mata sulung mereka itu.

"Syukur Alhamdulillah, terima kasih semua yang doakan kami sekeluarga. Mama (panggilan isteri Fizi) sudah selamat lahirkan bayi perempuan.

"Kuat mama tadi, hampir enam jam bertarung untuk bersalin normal. Jadi sekarang bertambah seorang lagi perempuan dalam hidup 'daddy' (panggilan Fizi)," katanya.

Fizi nyata sangat tersentuh dan berterima kasih kepada isteri tercinta kerana sudah bertarung nyawa melahirkan puteri mereka.


"Terima kasih sayang bertarung nyawa untuk anak kita. Saya tahu awak kuat," katanya.

Fizi dan Siti Zulaikha mendirikan rumah tangga pada 23 Oktober tahun lalu.


Sebelum ini, Fizi pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Shakilla Khoriri pada 18 Januari 2018, namun bercerai pada Disember 2021.

Mereka mempunyai seorang cahaya mata iaitu Ameena Sofia yang kini berusia 5 tahun.

Siti Zulaikha juga memiliki seorang anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CoffeeOverdose 4-7-2024 08:25 AM
ye, isteri awk sorg je bertarung nyawa. ibu2 bersalin yg lain tu goyang dumang jer masa bersalin.
Quote Perils 4-7-2024 08:27 AM
Uih bunting pelamin yow
Quote 0rkidHut4n 4-7-2024 08:45 AM
bini dia nampak glowing yach bila pegnen.
kena berisi kot
Quote scarflicious 4-7-2024 09:52 AM
Mcm baru je tgk dia kahwin
Quote awex^returns 4-7-2024 09:55 AM
ex wife ko dulu tak bertarung ke lahirkan anak ko
bosan ar mamat poyo ni
meluat
Quote Prickford 4-7-2024 09:55 AM
0rkidHut4n replied at 4-7-2024 12:45 AM
bini dia nampak glowing yach bila pegnen.
kena berisi kot

Samalah dgn Amani. Bila chubby, lawo.

Quote tidak_kelihatan 4-7-2024 09:58 AM
nampak bekas SIL dia (adik ke kakak fumakilla ntah) komen ucap tahniah. baguslah kalau dah baik
Quote Enola 4-7-2024 10:00 AM
Tahniah! Semoga mak and baby sihat2 aja.

Tapi selalu caption2 duda ni cringe la. Terpaling sangat huh
Quote hokeypokey 4-7-2024 10:08 AM
wow.. 3 anak pompuan dah fizi skrg, tahniah!!! jgn lupa melaram sakan raya nanti..
Quote pichee 4-7-2024 10:11 AM
bru nmpk sisi lain wife die.., klu x, nmpk vogue je.. klu beranak normal mmg x smpt make up yea.. yg czer je yg blh make up atas katil senyum2.. hhaha
Quote goldcarrot 4-7-2024 10:16 AM
Ex wifey czer ke dulu? Mcm ada hint shading kat situ
Quote goldcarrot 4-7-2024 10:18 AM
Mcm another pijomar. Bitter memanjang caption semua. Piji pon bt caption gini gak kan ms bini dia bsalin normal hari tu
Quote Bungatulip1171 4-7-2024 11:01 AM
Tahniah
Quote akaisora 4-7-2024 11:36 AM
tahniah.
Quote takutlipas 4-7-2024 11:46 AM
Tahniah
Quote Cikizz 4-7-2024 11:59 AM
Rasa mcm baru je dorang kahwin.
Quote cik_ingeniare 4-7-2024 12:37 PM
tahniah! glowing wife dia walaupun baru lepas bersalin
Quote christmaseve 4-7-2024 12:45 PM
Ingatkan baby boy sbb time holiday kt cameron aritu diorg pakai baju gambar superman ke xsilap
Quote Mimo.mimo 4-7-2024 12:49 PM
Semoga dapat berlaku adil. Dah ada 3 girls. Hope ameena tak jeles

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-7-2024 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.046431 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top