Pelakon Zahirah MacWilson ditegur persatuan Public Health Malaysia (PHM) gara-gara jayakan babak merokok menerusi sebuah drama baru-baru ini. Menerusi perkongsian di Facebook itu, PHM seolah mengatakan Zahirah sengaja mempromosikan amalan gaya hidup tak sihat yang boleh membawa pengaruh buruk kepada anak muda. “Kepada semua pelakon dan pengiat seni, teguhkan prinsip dalam kerjaya dengan meletakkan garis sempadan dalam hasil kerja anda. “Agak menyedihkan situasi di Malaysia apabila pelakon, Zahirah Macwilson perlu melakonkan watak seorang wanita yang merokok walaupun beliau sendiri bukan perokok dan membenci tabiat tersebut,” tulis PHM.
Sementara itu, PHM turut menjadikan industri perfileman Korea Selatan sebagai contoh apabila tidak membenarkan sebarang babak lakonan merokok dalam karya mereka. “Apa yang menarik, produksi Korea telah mengharamkan sama sekali adegan merokok dalam drama. Ini membuktikan untuk menghasilkan satu hasil produksi yang hebat dan lakonan yang berimpak tinggi,” katanya. Sumber : Rotikaya |
pearl.silver replied at 4-7-2024 01:28 AM
Apa significantnya watak dia kena merokok
ADVERTISEMENT