CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Bukan Sebab Kita Goyang..” – Nama ‘Dipetik’ Kerana Diamkan Diri Tentang Kes Ebit Lew, Caprice Nafi Takut Bahas

7-6-2024 03:25 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3072| Komen: 4

Description: Penyanyi rap Caprice menafikan tuduhan segelintir pihak yang mengatakan dirinya takut untuk mengulas kes melibatkan personaliti dakwah, Ebit Lew.

Penyanyi rap Caprice menafikan tuduhan segelintir pihak yang mengatakan dirinya takut untuk mengulas kes melibatkan personaliti dakwah, Ebit Lew.

Ekoran hal tersebut, Caprice tampil menafikan dakwaan netizen yang ‘memetik’ namanya kerana dianggap takut untuk mengulas kes yang sedang tular itu. Tambahan pula, penyanyi rap ini turut mendedahkan punca sebenar dirinya tidak mampu membuka mulut adalah kerana perintah injuksi yang diterimanya.

"Bukan sebab kita goyang atau takut nak ulas. Tapi sebab ada orang berjaya pasang injuksi sejak Februari 2024."



Dalam pada itu, Caprice juga membuat permohonan maaf kepada warganet kerana tidak dapat mengulas atau memberi sebarang kenyataan mengenai isu yang membabitkan individu tersebut.


"Untuk pengetahuan semua, sejak Februari 2024, Caprice terima satu injuksi untuk tak boleh ulas, cover, respon, sebut nama orang tersebut."

"Dan semua komen memang kena padam kalau orang sebut je nama dia, Caprice akan kena juga. Minta maaf ya, kes kita tetap jalan."


Untuk info, semalam Ebit Lew tetap meneruskan saman fitnah kepada Caprice dan TikToker Indonesia, Mondy Tattoo walaupun dirinya tidak akan didakwa atas tuduhan mencabul selepas Mondy memutuskan untuk tidak meneruskan kes tersebut.


SUMBER : Instagram/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 7-6-2024 03:25 PM
Takut bini?


Quote albedah 7-6-2024 03:32 PM
Edited by albedah at 7-6-2024 03:33 PM

Mana pulak.. Kan perintah interim tu kata kalau kau CEMAR, JEJAS ATAU MENJATUHKAN REPUTASI. Setakat ulas puji pujian, ampu, dan seangkatan boleh je... Tak reti baca kaaaaa?
Quote mizzmimi 7-6-2024 03:46 PM
Dah dapat LOD ke tewww?
Quote pakwetizzaqyah 9-6-2024 01:37 PM
hai lawyer2 semua

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.040006 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top