CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tuduhan Rogol Mondy Terhadap Ebit Lew Tidak Akan Diteruskan

7-6-2024 08:30 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10588| Komen: 10

Description: Pihak pendakwaan tidak berhasrat meneruskan kes rogol wanita warga Indonesia, Mondy Tattoo terhadap pendakwah kontroversi, Ebit Lew.

Pihak pendakwaan tidak berhasrat meneruskan kes rogol wanita warga Indonesia, Mondy Tattoo terhadap pendakwah kontroversi, Ebit Lew.

Menerusi laporan Berita Harian, peguam bela Ebit Lew iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader, berkata, pihak polis selesai menyiasat kes itu dan keputusan pendakwaan supaya tidak meneruskan kes.

"Laporan polis berkaitan kes rogol dibuat Mondy pada 14 September 2023 dan polis selesai menyiasatnya baru-baru ini."

"Ebit Lew tidak akan dituduh sebab tiada kes. Saya dimaklumkan oleh polis, barang kes seperti telefon bimbit dan kad sim pendakwah itu dipulangkan semalam."

"Dakwaan (merogol) amat serius tetapi tiada kes. Kes (saman) fitnah terhadap Mondy ditetapkan untuk penilaian ganti rugi pada 1 Julai ini dan Mahkamah Sesyen Shah Alam akan memutuskan kuantumnya."


Terdahulu, pada 11 Oktober, media melaporkan kertas siasatan berhubung dakwaan kes rogol dan gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal terbabit diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, dipetik berkata kedua-dua kertas siasatan itu dirujuk kepada AGC untuk tindakan lanjut.

Pada 22 September tahun sama, Ebit Lew dilaporkan memfailkan saman fitnah terhadap pempengaruh media sosial, Caprice dan Mondy.

Sebelum ini, Mondy membuat laporan polis berhubung gangguan seksual ke atas dirinya oleh pendakwah terbabit.

Ebit Lew juga membuat laporan polis berkaitan dakwaan fitnah terhadapnya serta satu lagi laporan penafian kes gangguan seksual.

Susulan itu, polis merakam percakapan Caprice yang juga penyanyi rap dan Mondy berhubung laporan terbabit.

Sumber: Berita Harian/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pokokmeranti 7-6-2024 08:44 AM
tiada bukti atau sudah dapat 'pampasan'....ibarat kata polis.."selesai secara baik"
Quote Belibis 7-6-2024 09:56 AM
Tak munasabah pulak..mondi tu bukan sapa2 untuk dipayung dan dibayar pampasan.
Quote laksmanabentan 7-6-2024 11:43 AM
mondi tu da balik indonesia pun... da malas nak pergi balik KL untuk pemeriksaan..
da sarat mengandung pun skrg nih dia...
Quote TeropongThaico 7-6-2024 11:51 AM
Ooo.... OK
Selamat le lelew
Quote sharlenetexas 7-6-2024 12:13 PM
Scammer bertemu scammer

Quote Mary_jane 7-6-2024 12:19 PM
Problematic nya lah EL ni. Macam2 kes ada. Kenal plak orang macam mondy. Naya betul. Untung jela sebab dah berduit boleh defend diri sesiap.
Quote maharani_gebu 7-6-2024 12:20 PM
kalau nak saman ganti rugi tu kena saman si topi nasi tu sekali kan?

bising baliklah bini sskjp dia tu...
Quote zuuu 7-6-2024 02:52 PM
Jadinya bukan kes rogol tapi suka sama suka ke???atau xdepon kejadian rogol tu???
Quote Madel 7-6-2024 02:58 PM
Mondy tu lagi ngndung kan.
agak2 baby tu anak siapa kah?,
apa kah?
kemungkinan kah?
Quote clueless_gamer 8-6-2024 04:26 AM
dia ni cantik juga sebenarya, dah elok bertudung dan berkahwin masa muda dulu.. cuma lepas cerai tu terikut dengan budaya anak jalanan ni, mmg sosial parah lah.. takde masa depan pun dok merambu ni

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.046263 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top