View: 10474|Reply: 10
|
Tuduhan Rogol Mondy Terhadap Ebit Lew Tidak Akan Diteruskan
[Copy link]
|
|
Pihak pendakwaan tidak berhasrat meneruskan kes rogol wanita warga Indonesia, Mondy Tattoo terhadap pendakwah kontroversi, Ebit Lew.
Menerusi laporan Berita Harian, peguam bela Ebit Lew iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader, berkata, pihak polis selesai menyiasat kes itu dan keputusan pendakwaan supaya tidak meneruskan kes.
"Laporan polis berkaitan kes rogol dibuat Mondy pada 14 September 2023 dan polis selesai menyiasatnya baru-baru ini."
"Ebit Lew tidak akan dituduh sebab tiada kes. Saya dimaklumkan oleh polis, barang kes seperti telefon bimbit dan kad sim pendakwah itu dipulangkan semalam."
"Dakwaan (merogol) amat serius tetapi tiada kes. Kes (saman) fitnah terhadap Mondy ditetapkan untuk penilaian ganti rugi pada 1 Julai ini dan Mahkamah Sesyen Shah Alam akan memutuskan kuantumnya."
Terdahulu, pada 11 Oktober, media melaporkan kertas siasatan berhubung dakwaan kes rogol dan gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal terbabit diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, dipetik berkata kedua-dua kertas siasatan itu dirujuk kepada AGC untuk tindakan lanjut.
Pada 22 September tahun sama, Ebit Lew dilaporkan memfailkan saman fitnah terhadap pempengaruh media sosial, Caprice dan Mondy.
Sebelum ini, Mondy membuat laporan polis berhubung gangguan seksual ke atas dirinya oleh pendakwah terbabit.
Ebit Lew juga membuat laporan polis berkaitan dakwaan fitnah terhadapnya serta satu lagi laporan penafian kes gangguan seksual.
Susulan itu, polis merakam percakapan Caprice yang juga penyanyi rap dan Mondy berhubung laporan terbabit.
Sumber: Berita Harian/OhBulan |
|
|
|
|
|
|
|
tiada bukti atau sudah dapat 'pampasan'....ibarat kata polis.."selesai secara baik" |
|
|
|
|
|
|
|
Tak munasabah pulak..mondi tu bukan sapa2 untuk dipayung dan dibayar pampasan. |
|
|
|
|
|
|
|
mondi tu da balik indonesia pun... da malas nak pergi balik KL untuk pemeriksaan..
da sarat mengandung pun skrg nih dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Ooo.... OK
Selamat le lelew |
|
|
|
|
|
|
|
Problematic nya lah EL ni. Macam2 kes ada. Kenal plak orang macam mondy. Naya betul. Untung jela sebab dah berduit boleh defend diri sesiap. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau nak saman ganti rugi tu kena saman si topi nasi tu sekali kan?
bising baliklah bini sskjp dia tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Jadinya bukan kes rogol tapi suka sama suka ke???atau xdepon kejadian rogol tu??? |
|
|
|
|
|
|
|
Mondy tu lagi ngndung kan.
agak2 baby tu anak siapa kah?,
apa kah?
kemungkinan kah?
|
|
|
|
|
|
|
|
dia ni cantik juga sebenarya, dah elok bertudung dan berkahwin masa muda dulu.. cuma lepas cerai tu terikut dengan budaya anak jalanan ni, mmg sosial parah lah.. takde masa depan pun dok merambu ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|