CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mawi Kenang Momen Bertemu Dengan Shah Rukh Khan – ‘Dia Tak Salam Terus Peluk Saya’

7-6-2024 08:25 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11363| Komen: 25

Description: Penyanyi dan penyampai radio, Mawi mengimbas kembali momen ketika disatukan dalam sebuah majlis bersama selebriti antarabangsa Shah Rukh Khan.


Penyanyi dan penyampai radio, Mawi mengimbas kembali momen ketika disatukan dalam sebuah majlis bersama selebriti antarabangsa Shah Rukh Khan.

Menerusi temu bual bersama Sinar FM, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani berkata, dia pernah berkongsi pentas bersama pelakon berasal dari India tersebut ketika zaman kegemilangannya.


"Saya ditemukan dengan Shah Rukh Khan dalam satu majlis. Saya dan dia dijemput untuk menghiburkan orang."

"Majlis itu dua jam, saya bernyanyi. Dia pula pasang lagu dan menari."

Bercerita lanjut, penyampai radio berusia 42 tahun tersebut berkata, dia sangat kagum dan terkesima dengan aura pelakon filem Khabi Khushi Kabhie Gham itu.


"Dia sampai dan buka pintu kereta..dia punya lemparan senyuman tu kita rasa macam ‘terpukul’. Dia ni pakai ilmu apa?"

"Dia keluar dengan senyuman dan karisma dari gaya berjalan dan dia sambut orang yang nak bergambar. Kemudian saya berkata kepada diri sendiri, ‘ini yang aku kena belajar daripada superstar.’"

Paling mengejutkan Mawi adalah apabila aktor popular itu bertanya tentangnya dan bertindak memeluk dirinya ketika mereka bersua muka.

"Bila dia turun, dia terus tanya ‘where’s Mawi?’. Dia tak salam, dia terus peluk saya."

"Saya belajar dengan dia macam mana dia berhadapan dengan orang ramai."

"Saya rasa Allah hantar dia untuk jadi guru saya. Cikgu secara tak rasmi."

Sekadar info, Mawi pernah menggemparkan industri hiburan dengan fenomena ‘Mawi World’ selepas bergelar juara program realiti Akademi Fantasia musim ketiga pada tahun 2005.

Mawi kemudian meneruskan lagi kegemilangannya apabila merangkul Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian selama dua tahun berturut-turut bagi edisi 2006 dan 2007.

Sumber: TikTok Sinar FM/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kerani_je 7-6-2024 08:30 AM
Banyak betul benang si mawi ni lately..Benang pernah dulu jumpa shah rukh khan la, benang tak de lesen kereta la, pernah menang 7 biji kereta sepanjang dlm kerjaya la, ada 40 bodyguard dulu zaman raja sms la n mcm2 lah..

Mmg zaman kenang kenangan n memori silam ke mawi oi?
Quote KamikuP 7-6-2024 09:50 AM
sAYA SUKA JE benang mawi ni.. dari benang najis kemut dan alip
Quote jebatmaspunyer 7-6-2024 11:19 AM
Dia ada cerita y dia mati hidup semula y dia x igt apa2. Kena belajar balik semua pastu bleh plak ingat kenangan silam. Entahlah. Asalkan kau bahagia Mawi.
Quote marchikobonzo 7-6-2024 11:21 AM
Banyak pulak benang mawi..tapi elok gak dari benang kemut & jah
Quote ezacbee 7-6-2024 11:28 AM
Pasni cite zaman merundum..
Quote pocongkiutss 7-6-2024 11:29 AM
Walaupun aneh kenapa si mawi ni asik throwback

Iols tetap nk upkan thread ni..sbb balik2 thread janda retis..kemut..najis & nabelah yg kt atas
Quote abadi84 7-6-2024 12:05 PM
Kelakar rupanya mawi ni.
Iolls layan podcast ni dan seronok mengimbau kenangan zmn mawi world.
Tp rasanya life dia skrg lagi elok.
Quote abadi84 7-6-2024 12:08 PM
jebatmaspunyer replied at 7-6-2024 11:19 AM
Dia ada cerita y dia mati hidup semula y dia x igt apa2. Kena belajar balik semua pastu bleh plak in ...

Dia kata bila dia pergi balik ke tempat2 yg dia pergi baru teringat balik sikit2.

Tahlah iolls pun 50/50 mcm iye2 jerr..
Tp benda ni perkara ghaibkan..
Mcm org kena sorok bunian tu..
Bkn tak ada waima bunyinya mcm x logik.

Mungkin kita disogok cerita org hilang ingatan nak kena jatuh terhantuk balik baru ingatan pulih
Realitinya mana ada macamtu
Quote Kurex 7-6-2024 03:10 PM
iols nak sangat dipeluk shahid kapoor, hirthrik roshan, dino morea, simba, tiger shroft
Quote missHaidiD 7-6-2024 03:21 PM
Kurex replied at 7-6-2024 03:10 PM
iols nak sangat dipeluk shahid kapoor, hirthrik roshan, dino morea, simba, tiger shroft

Arjun rampal taknk ke kurex
Quote Kurex 7-6-2024 03:24 PM
missHaidiD replied at 7-6-2024 03:21 PM
Arjun rampal taknk ke kurex

arjun rampal tak berapa sado...
Quote emera 7-6-2024 03:34 PM
Ada lg citer mamat neh!!!
Quote hokeypokey 7-6-2024 04:56 PM
ehhh cerita dia lagi!!! hari ni cerita shah rukh khan plak!!! semua cerita lama daaa.. takde cerita baru ke oiiii
meh aku list koleksi cerita kenangan mawi
1. takde lesen kereta dari dulu sampai skrg
2. banyak dapat hadiah kereta zaman mawi world
3. semalam cerita bodyguard
4. hari ni cerita shah rukh khan plak
6. esok cerita mengorat eikin
Quote missHaidiD 7-6-2024 05:36 PM
hokeypokey replied at 7-6-2024 04:56 PM
ehhh cerita dia lagi!!! hari ni cerita shah rukh khan plak!!! semua cerita lama daaa.. takde cerita  ...

Apa dia cite semua dlm 1 podcast kan.  Tp reput ni ambik cm2 isu utk buka bnyk benang.  Pdahal semuanya dlm 1 podcast je.  

Aku tak berapa ikut zaman mawi ni sb masa astro pun umah aku takde.  Haha
Quote sleepandream 7-6-2024 05:50 PM
entahnyer... banyak pulek benang throwback mawi ni
Quote damian_lee 7-6-2024 05:59 PM
tapi SRK memang antara pelakon yang attitude helok

tak macam adik beradik kapoor
and few other clans

Quote GegarVaganja 7-6-2024 06:03 PM
Kurex replied at 7-6-2024 03:10 PM
iols nak sangat dipeluk shahid kapoor, hirthrik roshan, dino morea, simba, tiger shroft

Ganja doakan Saif Ahmad je la peluk kau Kurex.
Tengah peluk tu, tiba2 kau jaga tidur,
rupanya yang kau peluk, Kelly Azman.


Quote renko 7-6-2024 06:28 PM
KamikuP replied at 7-6-2024 09:50 AM
sAYA SUKA JE benang mawi ni.. dari benang najis kemut dan alip

tambah sekor g
shubingai
Quote noor2 7-6-2024 10:37 PM
Dah knp dia ni asyik ungkit kisah lama..org x heran pun

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.050826 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top