CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Intan Najuwa ‘Throwback’ Momen Majlis Merisik & Bertunang, Netizen Puji – ‘Bagus Dia Masak Sendiri, Baju Pun Simple Je’

6-6-2024 05:13 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3374| Komen: 2

Description: Pelakon Datin Intan Najuwa mengimbas kembali momen dia bersama keluarga sibuk melakukan persiapan majlis merisik dan bertunang dengan suami, Datuk Azraf Azman.


Pelakon Datin Intan Najuwa mengimbas kembali momen dia bersama keluarga sibuk melakukan persiapan majlis merisik dan bertunang dengan suami, Datuk Azraf Azman.

Menerusi hantaran di TikTok, Intan, 27, memberitahu tujuan dia memuat naik video yang sudah lama disimpan itu kerana mahu mengimbau kembali momen manis tersebut.

"Dah lama peram video ini. Letak di sini (TikTok) sebagai memori. Ketika ini adalah hari merisik dan bertunang saya. Throwback sikit okay."

Tambah aktres berkenaan, majlis merisik dan bertunang  itu dilakukan dalam keadaan sederhana yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.

"Saya ambil keputusan untuk buat majlis yang sangat simple dan untuk keluarga terdekat sahaja. What a beautiful memories."

Dalam video yang dikongsikan, Intan dan beberapa ahli keluarganya dilihat sibuk menyediakan juadah dan mengemas rumah.


Malah, Intan dilihat memasak sendiri juadah yang disediakan untuk tetamu.


Selain itu, gelagat Intan yang menunjukkan reaksi gemuruh untuk dirisik oleh keluarga suami turut mencuit hati wargamaya.

Imbas kembali, Intan sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Azraf Azman, 40, dalam majlis pernikahan yang diadakan di sebuah resort terkenal di Desaru, Johor pada 18 Ogos 2023.

Sumber: TikTok/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 6-6-2024 10:36 PM
Ok la dapat intan payung..masyuk walauponnnn...
Quote naina 6-6-2024 11:20 PM
Cantik rumah parents intan. Tengok macam rumah baru

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.047179 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top