CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3133|Reply: 2

Intan Najuwa ‘Throwback’ Momen Majlis Merisik & Bertunang, Netizen Puji – ‘Bagus Dia Masak Sendiri, Baju Pun Simple Je’

[Copy link]
Post time 6-6-2024 05:13 PM | Show all posts |Read mode






Pelakon Datin Intan Najuwa mengimbas kembali momen dia bersama keluarga sibuk melakukan persiapan majlis merisik dan bertunang dengan suami, Datuk Azraf Azman.


Menerusi hantaran di TikTok, Intan, 27, memberitahu tujuan dia memuat naik video yang sudah lama disimpan itu kerana mahu mengimbau kembali momen manis tersebut.


"Dah lama peram video ini. Letak di sini (TikTok) sebagai memori. Ketika ini adalah hari merisik dan bertunang saya. Throwback sikit okay."


Tambah aktres berkenaan, majlis merisik dan bertunang  itu dilakukan dalam keadaan sederhana yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.


"Saya ambil keputusan untuk buat majlis yang sangat simple dan untuk keluarga terdekat sahaja. What a beautiful memories."


Dalam video yang dikongsikan, Intan dan beberapa ahli keluarganya dilihat sibuk menyediakan juadah dan mengemas rumah.


Malah, Intan dilihat memasak sendiri juadah yang disediakan untuk tetamu.





Selain itu, gelagat Intan yang menunjukkan reaksi gemuruh untuk dirisik oleh keluarga suami turut mencuit hati wargamaya.


Imbas kembali, Intan sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Azraf Azman, 40, dalam majlis pernikahan yang diadakan di sebuah resort terkenal di Desaru, Johor pada 18 Ogos 2023.


Sumber: TikTok/OhBulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2024 10:36 PM | Show all posts
Ok la dapat intan payung..masyuk walauponnnn...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik rumah parents intan. Tengok macam rumah baru
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-7-2024 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.058581 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list