CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isteri Ajak Menangis Teresak-Esak – ‘Anak Murid Tanya Kidzania Macam Mana, Dia Tak Sampai Hati Nak Cerita’

6-6-2024 05:00 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9178| Komen: 87

Description: Isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Ajak iaitu Afifah Amin bersedih kerana terkenang akan anak muridnya.

Isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Ajak iaitu Afifah Amin bersedih kerana terkenang akan anak muridnya.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Afifah dilihat sedang menangis teresak-esak di sisi suaminya.

Difahamkan kesedihan itu adalah kerana anak murid Afifah bertanya tentang taman tema kanak-kanak popular yang terletak di ibu negara iaitu Kidzania.


"Anak murid dia tanya, Kidzania macam mana. Dia tak sampai hati nak cerita."

Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak kemudian cuba untuk memujuk Afifah. Dia juga memohon doa agar dilimpahkan rezeki supaya dapat membawa anak murid isterinya ke taman tema tersebut.

"Tak apa, nanti kita bawa budak-budak tu pergi. Baguslah cikgu ni."

"Insya-Allah bu, doakan rezeki baba. Bila cukup nanti baba bawa satu sekolah pergi sana."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak berikutan para pelajar mempunyai latar belakang yang berbeza dan tidak semua mampu untuk menikmati zaman kanak-kanak mereka.

Warganet yang bergelar pengajar juga turut berkongsi pengalaman sama ketika berdepan dengan situasi seperti Afifah.

"Beginilah bila seorang cikgu mendidik dengan jiwa."

"Budak-budak yang susah tu ramai, cikgu lah yang mampu mengeluarkan mereka dari kemiskinan dengan ilmu."

"Anak murid saya pernah tanya macam mana rasa ayam. Jadi cikgu berpakat gilir-gilir beli untuk dia."

"Moga ada rezeki Ajak bawa budak-budak pergi sana. Amin."

Sumber: TikTok Ajak/OhBulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote intan244 6-6-2024 05:04 PM
aku xpemah pegi pon kidzania. xrasa nk pegi pon. hidup elok je. baik pegi tempat2x ilmiah petrosains ke.
Quote manamana123 6-6-2024 05:18 PM
kadang ad yg tak puas hati travel abroad, ada pula yg pegi kidzania pun dah bersyukur

mmg kena banyak banyak syukur dan sedekah
Quote Manusiabesa 6-6-2024 05:46 PM
Tiket masuk sorg bopa ratuih??
Aku klu ada kidzania dkt2 aku nk jugak ikhtiar bawa anak aku pi.. saja je bg anak merasa apa yg kita xpenah rasa.

So far aku bwa p kidzoona je.. high copy AAA haha.. setahun 6,7x nganga dlm tu.   Tp asal balik dri situ anak aku demam batuk2.

Smlm p clinic, doc ckp better elak la tmpt mcmtu dia sndiri pon xbwa anak pi..serik sbb anak dia pun balik dri indoor plyground msti xsihat. Tmpt x cukup hygiene.  Tp kidzania mcm ok kot??? Ruang dia lg wide and ada staf entertain anak2 kita kan?
Quote Orix 6-6-2024 05:58 PM
intan244 replied at 6-6-2024 05:04 PM
aku xpemah pegi pon kidzania. xrasa nk pegi pon. hidup elok je. baik pegi tempat2x ilmiah petrosains ...

Khuensttt
Quote kerani_je 6-6-2024 06:10 PM
Tak abis kisah sedih bininye..Hari tu kata drive jauh dari sekolah dekat nilai ke rumah area kl setiap hari tak dpt2 transfer sampai  sakit pinggang katanyer..

Setakat x dapat g kidzania tu x payah sedih la cikgu..Berlambak budak yg membesar kat kl pun x dpt nk g situ lagi..Yg pnting cukup mkn pakai boleh jgk g sekolah..Parents pun takde hal tak bawak anak g situ..
Quote kerani_je 6-6-2024 06:16 PM
Manusiabesa replied at 6-6-2024 05:46 PM
Tiket masuk sorg bopa ratuih??
Aku klu ada kidzania dkt2 aku nk jugak ikhtiar bawa anak aku pi.. saj ...

Sekarang dah murah rasa dlm rm60 lebih..Dulu pernh masuk dlm range harga rm100 lebih..Ajak mampu je kot sponsor murid2 wifenye..income dj radio pun bukan kaleng2..Anak2 die pun semua mampu ke sekolah private yuran berpuluh k setahun..Ape lah sgt belanje tiket kidzania..lagipun bini nye pun guru pendidikan khas..1 kelas tak ramai pun murid..Ni la masa nk menderma dari duk tukar kereta n motor je buat koleksi..Bininye pun DG44 dah pun busuk2 gaji rm6k termasuk elaun..Ape la sgt blnjer tiket kidzania tu..Nangis je dpt ape je..
Quote cmf_premierleag 6-6-2024 06:20 PM
Manusiabesa replied at 6-6-2024 05:46 PM
Tiket masuk sorg bopa ratuih??
Aku klu ada kidzania dkt2 aku nk jugak ikhtiar bawa anak aku pi.. saj ...

Ha ah..aku nmpk kidzoona ni kt AEON mana tah hari tu..aku tgk dr luar je..x masuk la sbb aku bukan ada anak kecik pun
Nmpk le ado balai bomba, hospital,kedai donat,pos opis bagai
Mmg mcm kidzania
Quote kuzaime 6-6-2024 06:21 PM
Sekolah anak aku pernah buat rombongan ke sana, ingat2 lupa dah jumlah yg parents kena bayar, tapi bawah rm100 rasanya. Yg aku tau ticket untuk rombongan sekolah ada less lagi. Sebab kalau pergi sendiri 1 kepala pun dah berapa

Quote Peachlilac 6-6-2024 07:27 PM
intan244 replied at 6-6-2024 05:04 PM
aku xpemah pegi pon kidzania. xrasa nk pegi pon. hidup elok je. baik pegi tempat2x ilmiah petrosains ...

you tak pernah pergi tapi you boleh cakqp kidzania tak ilmiah? kidzania is a good place nak nurture the kids interest in working world. dedahkan budak2 proses sesuatu kerja.yg keje kat kidzania tu bukan kaleng2. kidzania bukan mcm funfair.
Quote Peachlilac 6-6-2024 07:29 PM
budak2 mmg suka bertanya. kdg2 sbb diorg just nak tu mcm mana tempat tu.tapi tak la sampai perlu nangis2,rekod video upload tiktok.
Quote Thunderclouds 6-6-2024 07:31 PM
Aku tumpang simpati.
Duduk belah² damansara baik waktu di kindy ngn sek ren mmg kidzania aje la tempat cikgu bwk budak² outing.
Without fail ank² aku nk ulang p walau dh penah pegi.
Hah, lg 1 farm in the city tu.
Quote Perawankota 6-6-2024 07:36 PM
Anak2 buah aku pi kidzania ikut rombongan sekolah. Tak tau lah berapa dorg charge dulu2..
Quote zuriey 6-6-2024 08:49 PM
Amboi sampai satu sekolah ko nak bawa
Quote zuriey 6-6-2024 08:52 PM
Manusiabesa replied at 6-6-2024 05:46 PM
Tiket masuk sorg bopa ratuih??
Aku klu ada kidzania dkt2 aku nk jugak ikhtiar bawa anak aku pi.. saj ...

Hati2 chuols skrng ramai budak2 dan org tua kena pneumonia
Mak i baru meninggal bulan lepas kes pneumonia juga
Tak tau la apa punca
Quote cempakaa 6-6-2024 08:58 PM
Peachlilac replied at 6-6-2024 07:27 PM
you tak pernah pergi tapi you boleh cakqp kidzania tak ilmiah? kidzania is a good place nak nurtur ...

Betul, i setuju apa u cakap ni. Kidzania ni elok untuk kids explore & tambah knowledge
Quote Manusiabesa 6-6-2024 08:59 PM
zuriey replied at 6-6-2024 08:52 PM
Hati2 chuols skrng ramai budak2 dan org tua kena pneumonia
Mak i baru meninggal bulan lepas kes pn ...

Innalillah smoga emak u diampunkan segala dosa dan mndpt syurga Nya aamiin...

Pnykit memcam ek skrg. Mostly melibatkan peparu.
Anak i ni doc ckp viral fever... kahak byk gila smpai aku dh dgr sound mcm sound athma... bg neb 1x tgok hrini getting better...  klu aku bwa dia p plyground or kolam2 mmg wajib la balik tu teruih demam !!! Penat gk gini...
Quote scarflicious 6-6-2024 09:19 PM
kerani_je replied at 6-6-2024 06:16 PM
Sekarang dah murah rasa dlm rm60 lebih..Dulu pernh masuk dlm range harga rm100 lebih..Ajak mampu j ...

Jap..anak2 sekolah swasta??

Bukan dia ke buat content acah2 hhantar salah sekolah tu?
Quote scarflicious 6-6-2024 09:19 PM
Alah..ni nak jadi modal mengutuk pmx.
Quote dua_chzy 6-6-2024 09:23 PM
Ha? Takat gitu pun menangis?

Anak murid aku lagik sedeh, shopping mall pun tak pernah pijak tau!

Lihat semua komen(87)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.202139 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top