CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat Tak Menabung Di Bank, Simpan Di Mana?

17-12-2015 12:01 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 7772| Komen: 49

Description: Ahmad Zahid mahu BSN mencari penyelesaian segera bagi mengurangkan pinjaman tidak berbayar (NPL) bank
Oleh Izzah Abbasy

Kadar peratusan menabung dalam kalangan rakyat adalah sekitar 38 peratus bagi sesebuah negara maju tetapi jumlah itu masih terlalu jauh untuk Malaysia.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, disebabkan keadaan berkenaan, kapasiti pelaburan oleh institusi perbankan tempatan juga terhad menyebabkan kerajaan masih perlu bergantung kepada pinjaman luar untuk membiayai kos pembangunan dan pembinaan infrastruktur.

Sehubungan itu, beliau menggesa institusi perbankan memainkan peranan lebih agresif mempertingkatkan kesedaran rakyat supaya menabung dan bukan hanya bergantung kepada skim caruman wajib seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semata-mata.

Kredit Foto : www.freemalaysiatoday.com


“Orang mungkin bertanya bagaimana nak menyimpan kerana kos sara hidup sekarang tinggi, tetapi pada saya jika amalan itu terdidik sejak awal, kita mampu melakukannya,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma Bank Simpanan Nasional (BSN).

Ahmad Zahid mahu BSN mencari penyelesaian segera bagi mengurangkan pinjaman tidak berbayar (NPL) bank tersebut.

Masalah yang membawa kepada NPL ini sebenarnya adalah sikap peminjam itu sendiri yang liat membayar kerana mereka beranggapan BSN ini milik kerajaan, sebab itu BSN perlu mendidik peminjam dengan tindakan yang lebih tegas. - CARI Infonet

2

Bagus
5

Marah
2

Terkejut
9

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluehedgehog 16-12-2015 09:08 AM
jgn ko ingat org mesia ni miskin tau...
tiada wang dlm bank
tp ada emas 1.7689kg dlm kotak biskut munchy tau...
ada ladang sawah 4 ekar tau
Quote lkick2113 16-12-2015 09:24 AM
Takkan selama ni org simpan duit bawah bantal. Yg simpan duit bawah bantal tu pergi lahlah simpan duit dalam bank.hehehe
Quote kentel 16-12-2015 09:24 AM
nk nyimpan celah juboh nya....smua bnda naik...hihihi...smua sbb tuan ko la naikkan smua..anjin cm ko nyalak je nk dpt tulang
Quote brownstone 16-12-2015 09:31 AM
setau aku org malaysia lah yg paling suka uplod gambar duit berkepuk dlm wallet la...duit tersusun ala2 kipas tangan la..

takkan duit tu dijolikan 100%?
Quote DARSITA 16-12-2015 09:33 AM
bluehedgehog replied at 15-12-2015 05:08 PM
jgn ko ingat org mesia ni miskin tau...
tiada wang dlm bank
tp ada emas 1.7689kg dlm kotak biskut  ...

Often when a spender is married to a saver. Saver tu selalunya acik acik yg punyai gelang emas almost ke siku.

Quote MeghanK 16-12-2015 09:35 AM
kentel replied at 16-12-2015 09:24 AM
nk nyimpan celah juboh nya....smua bnda naik...hihihi...smua sbb tuan ko la naikkan smua..anjin cm k ...

kan..bodo menteri mesia ni..kuar statement main hembus je
Quote kyrana 16-12-2015 09:37 AM
zaman skrg kena kuat semangat la nk saving. bkn setakat keluarga sendiri nk kena sara..ramai org susah skrg nk kena tolong.
Quote kentel 16-12-2015 09:39 AM
MeghanK replied at 16-12-2015 09:35 AM
kan..bodo menteri mesia ni..kuar statement main hembus je

huhuhu..menteri malaysia..kalau x bodo x de la dilantik munturik
Quote ninjago 16-12-2015 09:40 AM
apa tujuan dorg kuarkan statistik2 pasal savings and spending skarang2 nie?? nak justify pasal kenaikan tol & tambang & barang2 lain ke?
Quote MeghanK 16-12-2015 09:41 AM
kentel replied at 16-12-2015 09:39 AM
huhuhu..menteri malaysia..kalau x bodo x de la dilantik munturik

yelah, takkan bangjib nak lantik menteri pandai pulak kan..kena pijak kepala pulak nanti
Quote kentel 16-12-2015 09:46 AM
MeghanK replied at 16-12-2015 09:41 AM
yelah, takkan bangjib nak lantik menteri pandai pulak kan..kena pijak kepala pulak nanti

yang baru bangkit dari tido lena smua kena tendang
Quote MeghanK 16-12-2015 09:49 AM
kentel replied at 16-12-2015 09:46 AM
yang baru bangkit dari tido lena smua kena tendang

lepas kena tendang baru nak bangkit dari lena..tak berguna dah pon
Quote gaara_X 16-12-2015 09:54 AM
siapa cakap rakyat malaysia tak kaya..tu ada sorang tu...2.6b lai lam akaun....hihkhihkhihkhkhkhh
Quote dubuk 16-12-2015 09:54 AM
kalau tak ada simpanan, nanti tua macammana

jangan harap orang bagi duit pada kita

sudah tua lagi mahu kerja teruk teruk ka
Quote axl_bach 16-12-2015 10:01 AM
bluehedgehog replied at 16-12-2015 09:08 AM
jgn ko ingat org mesia ni miskin tau...
tiada wang dlm bank
tp ada emas 1.7689kg dlm kotak biskut  ...

Tu la pasal,  ada yg main emas,  ada yg kumpul tanah...

Ntw nape aku baca artikel tu ckp lain.... figure 38% tu di negara maju bukan Msia.... msia katanya x sampai 38% yg menabung.... ke aku salah faham
Quote obelisk 16-12-2015 10:01 AM
Edited by obelisk at 16-12-2015 10:09 AM

simpan duit dalam asb, dalam 10k disimpan, dividen tahunan yang akan diperolehi dalam 800.. kalau simpanan dah 50k, dividen yang dpt dalam 4000... 4000/12 bulan = rm333... boleh la jadi tambahan untuk belanja bulanan
Quote bluehedgehog 16-12-2015 10:08 AM
ninjago replied at 16-12-2015 09:40 AM
apa tujuan dorg kuarkan statistik2 pasal savings and spending skarang2 nie?? nak justify pasal kenai ...

utk bagi pemimpin tgo...tgo berapa lagi yg boleh dikebas dari rakyat lagi
Quote akusukaq 16-12-2015 10:09 AM
Hendak seribu daya kann
Quote prettyuglybabe 16-12-2015 10:17 AM
simpan singgit sehari dalam tabung..
tu kira tak?

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.069060 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top