CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sering Terima Kiriman Mesej Berbaur Gangguan Seksual Di Media Sosial, Diana Danielle Ingatkan Netizen ‘Malaysia Ada Akta’!

20-5-2024 10:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5074| Komen: 2

Description: Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle mendedahkan dia sering menerima mesej berbaur gangguan seksual di akaun media sosial miliknya.

Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle mendedahkan dia sering menerima mesej berbaur gangguan seksual di akaun media sosial miliknya.

Menerusi hantaran di Instagram, Diana bagaimanapun enggan berkongsi maklumat tentang individu tersebut namun terpanggil untuk memberi pesanan bahawa mesej-mesej lucah seperti itu boleh dikenakan tindakan.


Tambah Diana menerusi hantaran yang lain, terdapat akta yang boleh melindungi orang awam daripada diganggu dan dihendap individu yang tidak dikenali malah menerusi media sosial.

"Macam yang saya beritahu tak ada beza kalau awak berkata-kata atau hantar mesej di media sosial dengan bila bercakap secara berdepan sebab gangguan seksual tetap gangguan seksual. Dan perkara itu boleh digunakan terhadap awak."


"Jadi bila awak tengok gambar atau tengok apa yang seseorang sedang lakukan dan rasa macam nak hantar mesej yang pelik-pelik atau ada mesej ugutan, benda seperti itu boleh digunakan terhadap awak jadi berhati-hati."

"Saya maklumkan ini bukan untuk saya ambil tindakan tapi yang menariknya ramai yang tak tahu pasal perkara ini. Jadi, kena berhati-hati."

Berikutan daripada itu, Diana menggesa orang ramai mengambil tindakan undang-undang sekiranya mereka menjadi mangsa gangguan seksual.

"Kalau awak rasa dalam bahaya dan ada orang yang ‘stalking’ awak atau selalu hantar mesej yang pelik-pelik, awak boleh bawa perkara ini ke pihak polis."

Sumber: Instagram/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 21-5-2024 10:49 PM
akta apa?? akta perlindungan hidupan liar ke atau akta dadah berbahaya?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-7-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.034761 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top