CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ryzal Ibrahim pergi Mekah balik hari beli minyak wangi

21-5-2024 06:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12601| Komen: 133

Description: Pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim sanggup bertolak ke Mekah, transit di Jeddah dan balik pada hari yang sama semata-mata untuk membeli minyak wangi Musk Al-Rumman.
 

Pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim sanggup bertolak ke Mekah, transit di Jeddah dan balik pada hari yang sama semata-mata untuk membeli minyak wangi Musk Al-Rumman.

Menerusi video di laman TikTok, Ryzal menjelaskan minyak wangi tersebut hanya boleh didapati di Mekah.

Bagaimanapun, Ryzal meluahkan rasa kecewa disebabkan tidak dapat menunaikan umrah kerana berkesempatan untuk singgah di Mekah selama beberapa jam sahaja.

“Ryzal sekarang berada di Jeddah, dalam perjalanan ke Mekah untuk membeli minyak wangi.

“Selepas beli minyak wangi, Ryzal akan naik teksi yang sama dan balik ke Lapangan Terbang Jeddah. Ada empat jam lagi, Ryzal kena berada di lapangan terbang semula pada pukul 1 petang.

“Ryzal datang ke Mekah dari London. Kalau hendak buat umrah memang tidak sempat. MasyaAllah, tidak boleh lupa bau minyak wangi tersebut,” katanya.


Menurut Ryzal, dia ingin menunaikan umrah kerana sudah berada di Tanah Haram, tetapi terpaksa melupakan niatnya itu atas faktor kekangan masa.


“Mungkin sebab Allah SWT tidak izinkan, maka tidak jadilah (melakukan umrah). Apa sahaja yang kita lakukan, semuanya atas izin Allah SWT.

“Perancangan Tuhan adalah yang terbaik,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa cemburu dengan Ryzal yang mampu pergi Mekah dan balik pada hari yang sama.

“Untunglah banyak duit. Nak pergi Mekal pun tidak ada hal. Jalan terus,” kata seorang pengguna.

“Aku rasa, dialah orang pertama pergi Mekah balik hari semata-mata untuk beli minyak wangi,” kata Yati Tiram.

“Minyak wangi Mekah baunya memang lain daripada yang lain. Boleh jatuh cinta dengan wangian dari Mekah ini,” kata Sue. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nena9042 21-5-2024 12:11 AM
Lorh ingatkan betul kul-jed-kul
Apadaaa
Quote pauliza 21-5-2024 12:25 AM
Adoilah transit kan .Takde lah pelik nau .
Quote noor2 21-5-2024 06:48 AM
Menurut Ryzal, dia ingin menunaikan umrah kerana sudah berada di Tanah Haram, tetapi terpaksa melupakan niatnya itu atas faktor kekangan masa.

“Mungkin sebab Allah SWT tidak izinkan, maka tidak jadilah (melakukan umrah). Apa sahaja yang kita lakukan, semuanya atas izin Allah SWT


Attention seeker betul ...

Mmg niat utama ko bukan untuk menunaikan umrah kut...lainla niat utama nk mengerjakan umrah..last2 ko salahkan Allah ..
Quote Mimo.mimo 21-5-2024 07:15 AM
Ada orang percaya ingat dia datang sana semata nak beli perfumes. Padahal transit aje.
Quote amyza 21-5-2024 07:22 AM
Tak payah tawaf selamat datang ke? Dah berlegar2 sekitar masjidil haram tu. Tolong sape yg arif jawabkan.
Quote jlo 21-5-2024 07:26 AM
tajuk pun misleading...semua dok ingat dia pi dari kl semata nak beli perfume..rupanye dari london nun
Quote sangbara2020 21-5-2024 07:30 AM
shopee ke lazada xde juai ke?
Quote mamaneesa 21-5-2024 07:31 AM
ntahla...seingat aku dulu pernah baca yg nak masuk mekah mesti berniat utk buat umrah. tp mgkn sbb dia ni transit je kot, ntahla...wallahualam
Quote pinkpunk 21-5-2024 07:47 AM
terpaling menunjuk
Quote mamapea 21-5-2024 08:00 AM
aku tak pernah minat dia ni...attention seeker...
Quote chimotmomot 21-5-2024 08:05 AM
orang sekarang g mekah macam pergi holiday je.. kawan2 I ramai yang pergi mekah up kt media sosial terpaling bertaubat alih2 balik malaysia tak berubah pun, lagi teruk pun ada..
Quote redz85 21-5-2024 08:08 AM
teringat bau minyak wangi di sana.. sedap nya lalu depan kedai
Quote redz85 21-5-2024 08:09 AM
amyza replied at 21-5-2024 07:22 AM
Tak payah tawaf selamat datang ke? Dah berlegar2 sekitar masjidil haram tu. Tolong sape yg arif jawa ...

takde kain ihram
Quote Burong_Hantuk 21-5-2024 08:17 AM
who are yusss???
Quote prince_marhaen 21-5-2024 08:17 AM
budu katik ni kerja apa ye selain menunggang bini kimchi masam dia tu? kaya nau nau...
Quote bedahmenjuyah 21-5-2024 08:23 AM
Retis ke kena ada benang kat bodgos. Tak yah la justify tak sempat umrah ke apa. Sanggup ko lalu tepi masjid plg suci buat umat islam, perfume yg diutamakan.
Quote slyfynx 21-5-2024 08:26 AM
Sape laki katik ni?
Penting ke aku nk kene tau die transit kt mana.
Cite mcm Dari KLIA, gi Jeddah, turun beli perfume, naik balik flight ke KLIA.
Quote selipar_hijau 21-5-2024 08:32 AM
satu je dia nak kaboo.. korang mampu??
Quote bintangct 21-5-2024 08:58 AM
kalau aku malu kat Allah dtg rumah dia tp tak sempat buat umrah tp dia bole buat benda yg xpenting pun dan show off[em:12:]

Lihat semua komen(133)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-7-2024 03:13 AM GMT+8 , Processed in 0.054459 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top