CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fatin Afeefa Umum Berhenti Berlakon & Menyanyi, Hormat Permintaan Suami – ‘To Be A Better Muslim’

20-5-2024 10:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11271| Komen: 80

Description: Mula berkecimpung dalam industri seni sejak usia lapan tahun, pelakon dan penyanyi Fatin Afeefa mengumumkan berundur daripada dunia lakonan dan nyanyian bagi menumpukan perhatian kepada keluarga.

Mula berkecimpung dalam industri seni sejak usia lapan tahun, pelakon dan penyanyi Fatin Afeefa mengumumkan berundur daripada dunia lakonan dan nyanyian bagi menumpukan perhatian kepada keluarga.

Menurut pemilik nama asal Fatin Nur Afifah Shamsudin, 30, keputusan tersebut dibuat atas permintaan suami iaitu usahawan, Aliff Awang atau mesra dengan sapaan Opai. Walau bagaimanapun aktres itu berkata, dia masih melakukan beberapa kempen.

"Selepas berkahwin, saya hormat permintaan suami saya. Dia kata boleh ke tak payah berlakon dan menyanyi? Saya jawab boleh sahaja, kerana saya tidak kisah pun dan saya sayang dia. Saya tidak akan berlakon lagi, tidak akan menyanyi lagi."

"Tapi saya minta pada dia sedikit kelonggaran untuk buat beberapa kempen. Maklumlah saya sudah terbiasa bekerja. Saya hanya keluar sebulan sekali bekerja dan dia bersetuju. Nak kata ralat tinggalkan lakonan dan nyanyian, tidak langsung."


"Sekarang ini saya lebih suka duduk dekat rumah. Tak tahu macam mana nak jelaskan, tapi rasa tenang sahaja perasaan. Hidup dalam keadaan yang orang ramai tak ambil tahu, tiada tekanan."

Fatin berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk penjagaan kulit, L.soulle yang berlangsung di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Disoal mengenai perminataan suami, pelakon filem Tentang Bulan itu berkata dia ingin perbaiki diri menjadi versi manusia yang lebih baik selain mahu menjaga batas pergaulan sebagai seorang muslim.

"Dia kata sebab semua itu (berlakon dan menyanyi) adalah aurat. Tetapi saya mencuba untuk perbaiki diri dan menjadi seorang muslim yang lebih baik. Suami kata suara itu aurat, dan saya cuba belajar untuk kurangkan semua itu."

"Macam berlakon, semua sedia maklum kebanyakkan akan secara bebas. Apabila saya fikir semula betul juga. Dulu masa saya berlakon pun bergaul campur dan bebas, ada laki orang, bini orang. Saya tidak mahu lagi berada di situasi itu lagi. Fokus sekarang keluarga sahaja."

"Tawaran masih ada. Kali terakhir saya terima pada bulan Januari lalu untuk drama 29 episod. Kalau cakap fasal kawan-kawan industri, mereka pun faham sahaja keputusan yang saya ambil ini."

Berkongsi lanjut, Fatin memberitahu dia dan suami juga ingin menjadi contoh ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak mereka.

"Mahu menjadi to be a better muslim. Saya dan suami juga sudah buang posting-posting yang haram di media sosial, yang tidak elok. Untuk mendidik anak, ibu bapa perlu tunjuk contoh yang baik untuk diikuti, role model."

"Saya pun masih belajar untuk semua itu. Termasuk memakai tudung dulu pun agak kekok pada mulanya tidak tahu. Insya-Allah, doakan yang baik-baik untuk saya sekeluarga."

Imbas kembali, Fatin mendirikan rumah tangga dengan Aliff Awang atau Opai pada Disember 2022 dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Subang Jaya.

Sebelum itu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun bercerai 30 Mei 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia, 9.

Sumber : OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Barebow77 20-5-2024 10:13 PM
Good Bye...{:1_132:
Quote Hoola 20-5-2024 10:19 PM
pandai lakinya didik
Quote slyfynx 20-5-2024 10:20 PM
Fatin Afeefa berhenti berlakon, menyanyi, mahu jadi wanita Islam lebih baik

Wartawan cari mmg suke buat thread astro kan?
Quote Goodluckdontcry 20-5-2024 11:03 PM
Dik, lbh baik xpyh nk pung pang pung pang sgt statement ko dik..hati manusia la yg plg mudah dan senang digula2 dek nafsu serakah dan syaitan laknatullah...

lgpun byk yg dulu acah nk berubah mendadak mcm kene karen letrik, tup tup skrg, mengeliat mengelinjang mcm taik unta...hilang terus keacahan taubat nk berubahnya tu...so xperlu nk pot pet pet pot, pung pang pang pung..nk jd better muslim..bla bla blh blah...mmmm whatever.....
Quote wxyz_abc 21-5-2024 12:02 AM
All the best you. I always have a soft spot for this lady. Bende baik kite doakan aje lah.
Quote naina 21-5-2024 12:02 AM
Sejak lakinya dh main forex haram kan dia pun follow arah hidup baik2 gitu
Semoga istiqamah
Dia kena tabah untuk tidak memandang dunia ni indah tapi palsu..
Quote pocongkiutss 21-5-2024 01:11 AM
Laki dia masih berforex ke tak?
Quote rayna_raynes 21-5-2024 02:42 AM
pocongkiutss replied at 21-5-2024 01:11 AM
Laki dia masih berforex ke tak?

Dah stop dah khabarnya

Quote Nadiabella 21-5-2024 05:02 AM
Goodluckdontcry: Dik, lbh baik xpyh nk pung pan ...

Betul tu...teringat dulu Puteri Sarah pernah buat statement yg sama.
Quote noor2 21-5-2024 06:53 AM
Dia ni lawa ..ada iras intan najwa pada pandangan mata kero akak
Quote Shahman86 21-5-2024 06:59 AM
Edited by Shahman86 at 21-5-2024 07:02 AM
Nadiabella replied at 21-5-2024 05:02 AM
Betul tu...teringat dulu Puteri Sarah pernah buat statement yg sama.


Banyak aje yg putar belit..abby, ogy,kaka faz masa couple dgn TMj dulu pon cakap benda yg sama juga. artis2 yg join PAS dulu pon byk aje kata nk bye2..last2 masuk balik.
Quote pocongkiutss 21-5-2024 07:02 AM
rayna_raynes replied at 21-5-2024 02:42 AM
Dah stop dah khabarnya

Kalau dh stop..koje apa agaknya lakinya skrg yach

Boleh tahan juga kos nk maintain patin kan..mampu ke laki dia ni
Quote amyza 21-5-2024 07:09 AM
Tak payah extream sangat. Karang uturn, sendiri yg malu. Dah ler laki forex tu pun gila perhatian. Hehe. Jangan nanti dah berubah, tiber laki forex kasi madu freehair stylo pulak
Quote Mimo.mimo 21-5-2024 07:11 AM
pocongkiutss replied at 21-5-2024 07:02 AM
Kalau dh stop..koje apa agaknya lakinya skrg yach

Boleh tahan juga kos nk maintain patin kan..mam ...

Sebabtu suruh henti lakon dan nyanyi. Duduk rumah aje. Kurang mentenen.
Quote Mimo.mimo 21-5-2024 07:13 AM
Semoga perkahwinan ni kekal hingga hujung nyawa. Knowing artis, kalau marriage problem confirm masuk balik industri.
Quote _kelly 21-5-2024 07:55 AM
Mimo.mimo replied at 21-5-2024 07:11 AM
Sebabtu suruh henti lakon dan nyanyi. Duduk rumah aje. Kurang mentenen.

ahh make sense..duk rumah duit tak keluar banyak sangat
Quote Manusiabesa 21-5-2024 08:10 AM
Klu x umum dh benti pun aku xtau dia xnynyi. Nyanyi dgn xnyanyi sama je. Bukan gempak mcm siti not haliza pun. Belakon dgn xbelakon sama je... xda beza ketara. Wujud dlm dunia industri pun suam2 kuku oyen, tup2 annouce nk benti. Wakakaka lawak.

Btw dia ni lawa, wlopun kulit mmg hitam tampuk manggis. Tp structure muka menarik !!! Cuma hitam tu xdrip ke? Hitam berkarat lgi2 siku . Gusi pun hitam.  But manis !!! Sweet !!
Quote Rogue98 21-5-2024 08:38 AM
Berhenti berlakon tapi nanti bukak akaun YouTube masak2 atau jual kat tiktok.
Quote Fly_over 21-5-2024 09:11 AM
ada wartawan tanya sheols baru lepas bsalin ke. dia xnk disclose lg. tp tek sheols mmg nmpk mcm myusukan anak. knp dia nk rahsiakan beranak ek. x rasa edisi sampoa..

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-7-2024 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.223515 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top