CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sufian Suhaimi Akhirnya Buka Mulut Jawab Dakwaan Sudah ‘Get Back’ Dengan Rania Al Sadat

20-5-2024 09:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8854| Komen: 28

Description: Penyanyi Sufian Suhaimi enggan memberi sebarang komen mengenai dakwaan yang mengatakan dia sudah kembali bercinta semula dengan bekas kekasih iaitu Rania Al Sadat.

Penyanyi Sufian Suhaimi enggan memberi sebarang komen mengenai dakwaan yang mengatakan dia sudah kembali bercinta semula dengan bekas kekasih iaitu Rania Al Sadat.

Ketika dihubungi OhBulan!, Sufian, 32, berkata tiada perkara yang ingin dijelaskan mengenai khabar angin tersebut.

"Saya tidak mahu ulas apa-apa tentang itu. Maafkan saya."

Sementara itu, diminta mengulas mengenai sepotong video yang tular didakwa mirip dirinya dan Rania, pelantun lagu Di Matamu ini berkata dia tidak tahu menahu.


"Video apa yang dimaksudkan itu? Maaf saya tidak tahu apa-apa fasal video tular yang dikatakan."

Terdahulu, tular video pendek di TikTok memperlihatkan seorang lelaki didakwa mirip Sufian bersama seorang wanita di sebuah festival makanan.

Menerusi klip berdurasi 25 saat itu, lelaki dan wanita terbabit dilihat sedang beratur untuk membeli makanan.

Rata-rata netizen yang singgah ke ruangan komen memetik nama penyanyi Sufian Suhaimi dengan bekas kekasihnya Rania Al Sadat.

Malah, netizen turut membuat andaian dengan mendakwa cinta mereka kembali bertaut semula.

Sebelum ini, Sufian mengesahkan bahawa hubungan cinta bersama Rania sudah berakhir pada Mac lalu.

Imbas kembali, pada Oktober tahun lalu, Sufian telah menghantar rombongan merisik kepada keluarga Rania.

Sumber : OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DeLuna85 20-5-2024 09:57 PM
Mesti kejar punya. Cantik kot yg ni
Quote oggy 20-5-2024 10:02 PM
Takat Pian ni apelah netizen beria sangat nak amik tau kisah percintaan beliau
Quote slyfynx 20-5-2024 10:22 PM
Dah byk kali wartawan lembap CARI ni buat thread kate buka mulut la, bg komen la.
Pastu isinye no komen.
Mcm bodo je
Quote missbigrockstar 20-5-2024 10:33 PM
Muka Gadis ni biasa2 saja tapi dia ada aura hot and sexy. Dan dia terlalu hot dan sexy utk pian.
Quote rayna_raynes 21-5-2024 11:26 AM
Kerjaya sendu, asik cerita cinta je
Quote I.K.A888990 21-5-2024 12:54 PM
si rania ni better cari yg lain lah dari dia ni
Quote NazRysha 21-5-2024 12:55 PM
lawyer ke ex tunang pian ni
Quote laksmanabentan 21-5-2024 05:38 PM
RED flag....
Quote jalfa 21-5-2024 05:40 PM
Rania jadi pelakon dek..rupa dah ada..x payahlah pian tu..
Quote tukul 21-5-2024 06:43 PM
Kenapa kah dak Pian ni masih wujud dlm industri hiburan eh...takde aura langsung dia ni...blah je la pian oooiii
Quote exclusive_vvip 21-5-2024 07:50 PM
Zulin Aziz versi lelaki..asyik cintaaaa je
Quote pakwetizzaqyah 21-5-2024 10:58 PM
lawa dak pompuan ni... dia tak nak ngn loyer ke??? pian tu nak buat apa.. bkn ensem pun.. kenyang ke setakat menyanyi tu???
Quote rayna_raynes 22-5-2024 04:02 AM
pakwetizzaqyah replied at 21-5-2024 10:58 PM
lawa dak pompuan ni... dia tak nak ngn loyer ke??? pian tu nak buat apa.. bkn ensem pun.. kenyang ke ...

bisnes pian yg BabyPian tu khabarnya not too bad
tapi mamat ni SANGAT red flag dr zaman dgn Elfira dulu


Quote telracs 23-5-2024 07:56 AM
So, mana videonya?


Ke... saya je yang tak nampak?
Quote aemon 23-5-2024 08:32 AM
pian tak nak ke bebaik dgn ex muka getah sekerap tu?

Yang tu sesuai dgn dia. sanggup tu pujuk ex cantik mcm rania ni berbanding ex muka getah sekerap tu.
Quote flipolivio 23-5-2024 10:32 AM
aemon replied at 23-5-2024 08:32 AM
pian tak nak ke bebaik dgn ex muka getah sekerap tu?

Yang tu sesuai dgn dia. sanggup tu pujuk ex ca ...

Siapa ex getah sekerap?
Quote aemon 23-5-2024 11:15 AM
Edited by aemon at 23-5-2024 11:19 AM

ex dia yang masa dia dgn elbira loy.kawan belajar pian.kan dlu viral tu ex dia support career pian sampai lagu dia boom.then jumpa birah dia tinggalkan ex dia tu.lama dah...zaman2 belajar mungkin 2013-2014 kot.

ada org komen pempuan tu tak lawa mcm muka getah sekerap.
Quote menjad 23-5-2024 11:15 AM
dak pian asik putus cinta putus tunang... smpai masa ko carik yang biasa2 dah lah pian ... kang carik yang seksi meksi putuih lagik. Dorang nih dah lah high maintenance... ko pulak tak berapa berduit. Hidup berkahwin nih nak aman2 jer tau tak. bukan tiap kali nak bersengketa. Pilih lah yg sesuai ngan tubuh badan ko. Nih tak nampak sepadan apatah lagi bak pinang dibelah dua.... jauhhhhhh dik pian
Quote aemon 23-5-2024 11:18 AM

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-7-2024 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.134589 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top