CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Walaupun darah daging kita sendiri buat salah, kita kena akui" – Patimah Ismail terhutang janji dengan Puteri Sarah

20-5-2024 09:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7315| Komen: 28

Description: Bekas ibu mentua kepada pelakon Puteri Sarah Liyana iaitu Datin Patimah Ismail amat menyayangi aktres itu meskipun sudah memilih jalan perpisahan dengan anaknya, Syamsul Yusof.



Bekas ibu mentua kepada pelakon Puteri Sarah Liyana iaitu Datin Patimah Ismail amat menyayangi aktres itu meskipun sudah memilih jalan perpisahan dengan anaknya, Syamsul Yusof.

Menerusi temu bual bersama Melodi, Patimah berkata dia amat menyayangi Puteri Sarah dan bersimpati terhadap dugaan yang menimpanya.

"Sebenarnya saya bukanlah ibu mentua yang terbaik tapi sebagai seorang wanita, saya bersimpati dengan menantu saya..seorang wanita yang ada anak."

"Walaupun darah daging kita sendiri buat salah, kita kena akui."

Dalam pada itu, Patimah juga berasa serba salah kerana menyakinkan Sarah bahawa Syamsul akan kembali ke pangkuan keluarga, namun takdir pula mengatakan yang sebaliknya.

"Saya rasa terhutang perjanjian dengan menantu saya sebab saya beritahu dia, ‘Puteri Sarah sabar nanti Syamsul akan balik’. Tapi akhirnya macam tu pula jadinya. Itu yang membuatkan saya terlalu simpati dengan menantu saya."


"Lagipun Sarah pandai menjaga hati saya, bukanlah saya yang terbaik. Buang anak, sokong menantu pun tidak. Tapi kerana janji dan simpati kepada menantu buat saya rasa kecewa sangat."

"Saya mahu jadi ibu yang terbaik buat Sarah."

Sebelum ini, warganet bertindak membandingkan Patimah dengan ibu kepada aktor Aliff Aziz selepas timbul kontroversi curang dan ditangkap berkhalwat bersama aktres Ruhainies.


Bagaimanapun, isteri kepada penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam itu kurang senang dengan perkara tersebut.

"Sebenarnya saya tak suka dibandingkan begitu. Kita tak tahu situasi dia macam mana."

"Situasi saya lain. Anak saya memang betul buat salah. Pergi kahwin ke luar negara meninggalkan isteri."

"Macam mak Aliff ni mungkin dia ada sebab-sebab tertentu dia masih menyokong anak dia."

Justeru, Patimah berharap agar warganet tidak lagi membandingkan mereka berdua.

"Janganlah bandingkan saya, sebenarnya saya bukanlah terlalu baik cuma keadaan yang buat saya jadi macam tu."

"Begitu juga menantu-menantu saya yang lain. Saya selalu beritahu anak-anak saya, jaga isteri dengan baik."

Terdahulu, Syamsul membuat pengumuman mengejutkan di Instagram apabila mengakui sudah berkahwin dengan Ira Kazar pada 6 Januari tahun lalu, di Thailand.

Sekadar info, Syamsul pernah mendirikan rumah tangga bersama Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 namun pasangan itu bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5.


Sumber: TikTok Melodi/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 20-5-2024 10:46 PM
Quote Farnor 21-5-2024 12:32 AM
Untung ada ibu mertua macm tintimoh..
Quote amarakasih 21-5-2024 01:11 AM
Mak Mertua dari syurga untuk menantu lindungan kaabah aka president.

Dah tukar tone ke selepas kena comment balik dalam IG? Awal tu tak menyindir kepost dia masa drama curang mencurang tu?
Quote anony-mous 21-5-2024 01:29 AM
I suka jawapan dia. So humble.
Quote adm7 21-5-2024 02:39 AM
Tak abis lg ke?
Netijen bodoh mana yang suka sangat ambik tau hal diorg ni?
Quote HelgaPataki 21-5-2024 07:35 AM
Ohh baru paham ngape dia all out beno marahkan si sol
Quote sangbara2020 21-5-2024 07:37 AM
makna birah masih menantu tintimoh yg dibenci ke?

tgh preggy kah?

apesal xde yg tumpahkan teh ye??
Quote wannoorazlina 21-5-2024 11:40 AM
tin timoh..janji manusia ni bila2 boleh terlerai jika tak diizinkan Allah..
maka, jangan rasa bersalah sangat..terimalah kenyataan yg depa dah tak boleh hidup bersama sebagai suami isteri..
tin timoh kena bukak hati terima menantu baru.. kadang yg awal2 bau taik ni mana tahu hujung2 bau bunga..esok lusa tin timoh dah tak leh bangun berjalan, kot yg menantu taik ni akan bela, jaga..
Quote marchikobonzo 21-5-2024 11:53 AM
Rezeki menantu2 toksop & tinmah..dapat mertua yang baik
Quote hanihan16 21-5-2024 12:18 PM
i rasa dia rasa bersalah benau sebab dia yg asyik suruh sarah sabar & bertahan sebab dia yakin sol akan balik kepangkuan mereka. last2 tak dapek nak ditolong dah, dia rasa dia jadi punca menantu menderita lama. gitula kot
Quote pocongkiutss 21-5-2024 12:26 PM
Betul la tu..acik halijoh singapork tu lagi toxic nak mampos level dewa
Quote pocongkiutss 21-5-2024 12:27 PM
sangbara2020 replied at 21-5-2024 07:37 AM
makna birah masih menantu tintimoh yg dibenci ke?

tgh preggy kah?

Entahle tak rasa dia preggy..kalau betul mesti ada je sesapa staf klinik akan bocorkan punya
Quote tidak_kelihatan 21-5-2024 12:41 PM
wannoorazlina replied at 21-5-2024 11:40 AM
tin timoh..janji manusia ni bila2 boleh terlerai jika tak diizinkan Allah..
maka, jangan rasa bersal ...

ni risau susah nak jumpa cucu je, paham2 la haha
Quote Chah21 21-5-2024 04:04 PM
hanihan16 replied at 21-5-2024 12:18 PM
i rasa dia rasa bersalah benau sebab dia yg asyik suruh sarah sabar & bertahan sebab dia yakin sol a ...

I rasa mcm ni jgk.. sbb apa kt fb nun ramai je suruh sabar jgn cerai.. sekali bile dh teruk, org tu kta bertahan sbb org ramai nasihat sabar, diorang spin ckp sape suruh dgar ..mcm x bertanggungjwb .. bila bg janji2 manis tup2 x jadi mcm yg diorng ckp
Quote she 21-5-2024 04:09 PM
Siapa lah memandai suruh berjanji
Anak bukan boneka

Walau bagus pendirian
“Anak salah tetap salah”
Tapi itu bukan alasan boleh mengeji anak di media sosial
Boleh selesai bersama berbincang bersemuka
Tak perlu keluar statement kepada orang luar
Quote _blackbird 21-5-2024 04:51 PM
Akhirnya timoh toxic ngaku juga punca ketoxickan beliau. Dia yg pandai2 janji anak nya kembali melulut, hujung2 takda, anak nya kahwin lain. Ermm tu lah timoh, tak usah paksa pasal hati dan perasaan ni. Yg nak lalui nya bukan ko, menantu dengan golden boi ko tu lahh... kalau dah dead end, ko takyah la masuk campur. Kalau ko mmg layan menantu ko baik, menantu mmg tak lupakan pon ko, sentiasa bawa cucu2 dtg, ko pon boleh dtg bila2 masa jumpa cucu lah
Quote alesandra 21-5-2024 04:57 PM
Achik dah latuuu.move on jela.kalo x dgn acik sekali kena block!
Quote LauraRichis 21-5-2024 05:00 PM
Ntah sape lah hadap lagi dgn kesah keluarga dorg ni macam terpaling penting pulak nak kena dibual orang sampai nak dekat dua tahun gak la tak silap aku
Quote yururi 21-5-2024 05:05 PM
Tak habis2 lagi tiga ekor attention seeker ni, siang malam meratib kekonon hidup sengsara sangat

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-7-2024 12:50 AM GMT+8 , Processed in 0.122014 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top