CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mimi Lana Menangis Hampir Seminggu Sebab Kena Potong Rambut Pendek Demi Filem

20-5-2024 09:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7686| Komen: 27

Description: Pelakon Mimi Lana mendedahkan dia menangis selama hampir seminggu selepas terpaksa memotong pendek rambutnya demi menjayakan watak bernama Emma dalam filem The Experts.

Pelakon Mimi Lana mendedahkan dia menangis selama hampir seminggu selepas terpaksa memotong pendek rambutnya demi menjayakan watak bernama Emma dalam filem The Experts.

Mimi atau nama lengkapnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 29, berkata ketika itu dia berasa tidak yakin pada diri dan sedikit kekok dengan imej tersebut.

"Waktu saya potong rambut untuk The Experts ini, saya rasa hampir seminggu saya menangis-nangis. Sebab saya rasa tak boleh terima, tak boleh carry rambut itu."

"Jadi, baru sekarang ini saya nak rasa rambut panjang balik. Tolong jangan suruh saya potong rambut lagi."

Mimi berkata demikian ketika ditemui pada malam gala tayangan filem The Experts yang berlangsung di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah Mimi, dia berpendapat imej berambut pendek kurang sesuai dengannya dan akui mengambil masa untuk menyesuaikan diri.


"Mungkin saya dah biasa rambut panjang dan tak pernah berambut pendek. Saya rasa kali terakhir saya rambut pendek, waktu saya sekolah dulu. Bila mereka minta saya potong rambut pendek, mulanya saya yakin."

"Okay boleh la! Tapi bila dah potong, saya rasa tak ada benda yang dapat tutup diri saya. Ini kali pertama saya rasa macam itu. Setiap kali bangun pagi, saya rasa ‘oh no, this is not me, tak sesuai dengan diri saya’. Saya rasa tak yakin dengan diri sendiri. Tapi lama-lama saya kena terima la."

Sementara itu, disoal adakah dia sanggup memotong lagi rambutnya jika mendapat bayaran tinggi dalam mana-mana tawaran, Mimi menjawab dia akan melihat dari segi skrip sesebuah naskhah.

"Insya-Allah, (potong rambut jika dapat bayaran tinggi). Kita kena tengok la bayaran itu, berbaloi ke tak. Kita kena tengok skrip juga."

"Kalau skrip itu menuntut kita berambut pendek, tak boleh panjang, kita kena potong la. Apa-apa pun kita tengok pada skrip la."

Sekadar info, filem aksi heist, The Experts terbitan Astro Shaw bersama ZAK Capital dan TGV Pictures bakal menemui penonton bermula 23 Mei ini di pawagam seluruh negara.

Selain Mimi, The Experts turut dibintangi Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Maya Karin, Remy Ishak, Ray Dap Dap dan ramai lagi.

Sumber : OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 20-5-2024 10:47 PM
Quote missbigrockstar 20-5-2024 10:47 PM
Nipu lah last rambut pendek zaman sekolah dulu. Ada je dia rambut layered ke mullet ke few years back. Aku ingat sebab lawa sgt di mata aku masa dia rambut begitu. Saing2 muka pun nak sama Alicia amin yg juga berambut pendek.
Quote jambatannetizen 20-5-2024 10:56 PM
Mimi ini pada i dia ini budak baik.
Dia memang baik dgn orang. Meols ada kawan yang kenal dia. Tapi bab2 social wtv itu, hal peribadi.
Quote anony-mous 20-5-2024 11:28 PM
jambatannetizen: Mimi ini pada i dia ini budak  ...


Biasanya yg jenis diam x kuat sentap, jenis xperli netizen ni kbykkan jenis baik. Nnti klau berubah, mesti berubah betul2 n jaga betul2.
Quote sharlenetexas 20-5-2024 11:38 PM
Nekti promote cite ni. Ankel jay 1st time jd produser.


Quote 3chanceno 21-5-2024 09:13 AM
Propa much..lum sign kontrak dah tau kena potong rambut
Quote bottombikini 21-5-2024 09:57 AM
kau ni ML
punye la takde cerita
propa betul nangis sampai seminggu
Quote DukunSentet 21-5-2024 10:33 AM
Ala nanti panjang lah balik..bukannya potong tak tumbuh dah..alangkan bulu jembot boleh tumbuh balik, inikan pulak rambut..

Quote red_velvet 21-5-2024 10:43 AM
Elokla tu potong.. rambut dia pun nipis melayang ..ala2 melepek je kqt kulit kepala.. potong pendek elok sikit nmpak...
Quote jejaka_hensem 21-5-2024 11:16 AM
missbigrockstar replied at 20-5-2024 10:47 PM
Nipu lah last rambut pendek zaman sekolah dulu. Ada je dia rambut layered ke mullet ke few years bac ...

Time tu dia tgh buat filem ni la sis,dah lama dah dorang buat filem ni,skrg baru nak tayang.
Quote jejaka_hensem 21-5-2024 11:17 AM
Lepas fazura,dia pelakon wanita kedua tercantik menurut iols.
Quote DianaSaksen 21-5-2024 01:57 PM
Bagi aku misha Omar artis paling lawa Dan sesuai rambut pendek..still nampak feminine
Quote sukacactus 21-5-2024 02:47 PM
DianaSaksen replied at 21-5-2024 01:57 PM
Bagi aku misha Omar artis paling lawa Dan sesuai rambut pendek..still nampak feminine

Kannn…adira masa rambut pendek dl pun comel
Quote krustykrab 21-5-2024 03:05 PM
Rambut ko pun blh kira dgn jari mimi
Quote supernaturalee 21-5-2024 03:48 PM
sharifah amani botak terus utk filem mualaf
so...why boder why boder

ni la pelakon msia
baru potong rambut yg akn tumbuh balik pun kecoh
belum lagi tahap kena makeup 4 ke 6 jam mcm jim carrey sbg the grinch
belum lagi tahap christian bale dlm the mechanist dgn rescua dawn yg kurus kering
jared leto dlm dalls buyers club
joaquin phoenix dlm joker

nk ckp tentang transformasi dan tuntutan watak sgt kan

Quote hokeypokey 21-5-2024 04:04 PM
ok jer rambut pendek.. masih cun lagi
Quote NazRysha 21-5-2024 04:05 PM
xlawa la dia ni
baik la syafiq kyle cari orang lain
boleh dapat anak2 comel
dengan dia ni dengan kedingnya
dulu nampak la lawa jugak
Quote AWEKSAMURAI 21-5-2024 09:32 PM
Best weh citer ni ... x terasa langsung tgok citer ni ...lain sket xde cinta2 ... Mmg best lah..sesuai d tonton ..natural skrip dia pun
Quote AWEKSAMURAI 21-5-2024 09:33 PM
sharlenetexas replied at 20-5-2024 11:38 PM
Nekti promote cite ni. Ankel jay 1st time jd produser.

Best citer ni aku tgok Jumaat lepas tayangan perdana utk media

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-7-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.051322 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top