CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Beto Kusyairy bengang dilabel ‘Bebal’ – "Cantik sungguh bahasa mamat ni. Komen asal aku lebih kepada mangsa"

20-5-2024 09:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7164| Komen: 19

Description: Pelakon serba boleh, Beto Kusyairy berang apabila terdapat seorang pengguna media sosial bertindak meninggalkan komen yang bersifat keterlaluan kepadanya.


Pelakon serba boleh, Beto Kusyairy berang apabila terdapat seorang pengguna media sosial bertindak meninggalkan komen yang bersifat keterlaluan kepadanya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pelawak Achey di Instagram (IG), dia berkongsi sebuah artikel yang bertajuk, ‘Pemandu Mabuk Langgar Atlet Kayak Dibebaskan Dengan Jaminan Polis’.


Cakna dengan insiden tersebut, Beto dilihat turut meninggalkan komen.

Bagaimanapun, terdapat seorang pengguna media sosial kurang senang dengan komen pelakon berusia 44 tahun itu.

"Yang si Beto ni pun sama bebal memalukan. Study dulu apa maksud ‘dibebaskan dengan jaminan polis’. Kemudian baru komen. Suspek tu bukannya dibebaskan terus, cuma tempoh tahanan lokap telah tamat sahaja. Suspek belum bebas."


"Dia akan diheret ke mahkamah nanti lepas siasatan polis lengkap. Kemudian terus jatuh hukuman. Study dulu bro. Jangan ikut sama ‘kebebalan’ netizen-netizen Malaysia ni."

Tidak berdiam diri, pelakon filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu kemudian menjelaskan tentang komen yang ditinggalkannya.

Menurut Beto atau nama sebenarnya Nur Kusyairy Zakuan Osman, komen yang ditulis adalah merujuk kepada mangsa malah dia juga memahami tentang sistem perundangan di negara ini.

"Cantik sungguh bahasa mamat ni. Komen asal aku lebih kepada mangsa."

"Dia ingat aku ni ‘bebal’ pasal sistem perundangan agaknya."

Untuk info, atlet kayak kebangsaan iaitu Siti Nurul Masyitah Elias, 22, mengalami kecederaan akibat terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL), Johor.

Dilaporkan motosikal yang ditunggang telah dirempuh dan diseret sejauh 100 meter dengan sebuah kereta. Dalam masa yang sama, kenderaan tersebut didakwa dipandu oleh lelaki mabuk.

Sumber: IG Achey/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote heythere123 21-5-2024 01:43 PM
bebal jugak heols sebab promote vape openly
Quote edoraixora 21-5-2024 03:09 PM
apa komen asal beliau sehingga dilabel bebal dek netz
Quote supernaturalee 21-5-2024 03:43 PM
based on komen di ig pun jadi berita keeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee


Quote jejaka_hensem 21-5-2024 03:46 PM
heythere123 replied at 21-5-2024 01:43 PM
bebal jugak heols sebab promote vape openly

Retis,kan?
Quote hokeypokey 21-5-2024 04:06 PM
ni kira gossip eh???
Quote NazRysha 21-5-2024 04:30 PM
dia ni poyoo
meluat
kenapa la ramai sangat orang suka dia
Quote heythere123 21-5-2024 05:49 PM
jejaka_hensem replied at 21-5-2024 03:46 PM
Retis,kan?

haah, takde social responsibility langsung.
Quote mrseller 21-5-2024 05:54 PM
NazRysha replied at 21-5-2024 04:30 PM
dia ni poyoo
meluat
kenapa la ramai sangat orang suka dia

Poyo kat mana tu? IRL ke?
Quote jalfa 21-5-2024 08:27 PM
Sapa yg suka terpaling gred A
Quote mummycomel 21-5-2024 09:48 PM
NazRysha replied at 21-5-2024 04:30 PM
dia ni poyoo
meluat
kenapa la ramai sangat orang suka dia


Ni lah pelakon terpaling hebat yang mengamuk netizen panggil dia 'retis'..  hihi

Quote jejaka_hensem 21-5-2024 10:56 PM
heythere123 replied at 21-5-2024 05:49 PM
haah, takde social responsibility langsung.

Janji masyukk sis,walaupun kejung je berlakon
Quote heythere123 21-5-2024 11:03 PM
jejaka_hensem replied at 21-5-2024 10:56 PM
Janji masyukk sis,walaupun kejung je berlakon


itulah, tolak tepi pasal ethics. Cakap bangang kan marah, tapi faktanya memang takde moral pon.

iols okay je beto ni berlakon, cuma geli la kadang fefeeling terpaling pelakon A-lister
Quote pakwetizzaqyah 21-5-2024 11:04 PM
poyo la kau... hidup ni mudah.. jangan poyo..
Quote ezacbee 22-5-2024 06:48 PM
mummycomel replied at 21-5-2024 09:48 PM
Ni lah pelakon terpaling hebat yang mengamuk netizen panggil dia 'retis'..  hihi

Dah memang "retis" kan.. kang orang gelar "bebal" marah lak. Dia ni pun kaki gantung "kaset".

Quote kerz 22-5-2024 08:07 PM
Celah mana gred A lakonan beto pun aku tatau..perasan jah acik netz....walhal so so jek
Quote silampumeja 22-5-2024 10:03 PM
By the way walaupun profile photo iols dia, boleh dikatakan beto ni antara yg mudah sentap jugak.. hahahaha
Quote Lula2 22-5-2024 10:26 PM
mummycomel replied at 21-5-2024 09:48 PM
Ni lah pelakon terpaling hebat yang mengamuk netizen panggil dia 'retis'..  hihi

I rasa perkataan retis tu mcm hinaan asalnya. Berbaur sinis. Macam untuk perli2 gitu. Sentaplah dia pun.

Sama macam word meleis.
Quote Gorgos 23-5-2024 09:20 AM
Kusam dan kelamnya muka Beto. Nasib baik pandai berlakon kalau tidak takde peminat.
Quote Neno90 28-5-2024 06:09 PM
Suka tgk die berlakon. Menjiwai sungguh

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-7-2024 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.074714 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top