CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Atikah Suhaime teringin jadi ‘adik’ Fazura - “Saya selalu berimaginasi dapat berlakon dengan dia"

13-5-2024 08:23 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 22042| Komen: 50

Description: Sering dikatakan memiliki wajah seiras, pelakon Datin Atikah Suhaime menzahirkan keinginan untuk bergandingan bersama aktres Fazura.


Sering dikatakan memiliki wajah seiras, pelakon Datin Atikah Suhaime menzahirkan keinginan untuk bergandingan bersama aktres Fazura.

Berkongsi keterujaan, Atikah atau Nur Atikah Mohd. Suhaime, 33, berkata, walaupun sudah lebih sedekad berkecimpung dalam dunia seni, dia tidak pernah berpeluang berlakon dengan bintang Pisau Cukur itu. Jika diberi kepercayaan dia mahu menjadi watak ‘adik’ kepada isteri Fattah Amin itu.

mengidamkan watak sebagai adik kepada isteri pelakon Fattah Amin disebabkan wajah mereka yang hampir serupa.

“Kalau ada orang beri tawaran berlakon dengan Fazura saya memang enggan lepaskan peluang lebih-lebih lagi dapat jadi adik-beradiknya.

“Saya selalu berimaginasi dapat berlakon dengan dia. Lakonkan watak sebagai adik yang jahat. Seronoknya sekiranya dapat beraksi dalam satu naskhah,” katanya kepada Kosmo! Online sambil mengiyakan kenyataan mengenai persamaan wajah mereka.


Ditanya mengenai tawaran, pelakon asal Singapura itu memaklumkan belum pernah menerima sebarang naskhah untuk beraksi bersama aktres idolanya.


“Setakat ini belum ada lagi tawaran tetapi saya pernah minta izin dengan suami untuk terima tawaran kalau ada drama panjang dengan Fazura.

“Nasib baik suami saya okey sahaja cuma dia izinkan sekiranya berlakon dengan Fazura,” ujarnya lagi.


Sebelum ini, Atikah pernah berkongsi suaminya iaitu Datuk Lokman Teh tidak sanggup berjauhan lama dengan dirinya sehingga terpaksa memperlahankan karier lakonannya.

Namun, bintang My Stupid Boss itu tidak peduli andai dianggap sebagai bentuk kongkongan asalkan suaminya memberikan layanan terbaik seperti seorang puteri. 

Sumber -KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 13-5-2024 12:35 AM
Tikah suhaime, kakafaz , eyka farhana..sesuai berlakon jd adik beradik

Pehtu putri balqis dgn aedy serap

Aiman hakim dgn alip putik
Quote I.K.A888990 13-5-2024 12:48 AM
mmg dah lama nantikan kalau ada peluang depa berlakon sama
hrp2 ada la ye akan dtg
Quote apedehal 13-5-2024 01:14 AM
pocongkiutss replied at 13-5-2024 12:35 AM
Tikah suhaime, kakafaz , eyka farhana..sesuai berlakon jd adik beradik

Pehtu putri balqis dgn aedy ...

Ha'ah stuju
Quote hokeypokey 13-5-2024 01:33 AM
pocongkiutss replied at 13-5-2024 12:35 AM
Tikah suhaime, kakafaz , eyka farhana..sesuai berlakon jd adik beradik

Pehtu putri balqis dgn aedy ...

saya sokong cadangan terbaik ni
Quote apedehal 13-5-2024 01:54 AM
Putri balqis n edy serap penah blakon adek badek dlm citer dia kena rogol dgn cikgu lupa dah apa tajuk
Quote pocongkiutss 13-5-2024 02:10 AM
apedehal replied at 13-5-2024 01:54 AM
Putri balqis n edy serap penah blakon adek badek dlm citer dia kena rogol dgn cikgu lupa dah apa taj ...


Betul tu .iols ada tgk juga

Yg eman hakim dgn alip putik pun ada satu drama mmg dorg berlakon as adik beradik

Tp gandingan kakafaz , eyka & tikah suhaime yg tak pernah dpt tgk lg..hrp direalisasikan
Quote Whitney72 13-5-2024 02:50 AM
Suka pulak tgk dia ni..x over mcm Intan Najwa...
Quote miss_strangers 13-5-2024 04:33 AM
Tikah Kl masak tu relax je rambut berjela pjg...xberpeluh ke yer..tengok maintain cantekss
Quote TeropongThaico 13-5-2024 07:03 AM
pocongkiutss replied at 13-5-2024 12:35 AM
Tikah suhaime, kakafaz , eyka farhana..sesuai berlakon jd adik beradik

Pehtu putri balqis dgn aedy ...

Aiol sokong juga. Harap ada yg buat naskah yg best jgn setakat megah holdings punya style dah le
Quote MadameOnion 13-5-2024 07:30 AM
cantik manis atikah ni..walaupun org singapore..mak mentua kaya raya layan dia sangat baik...
Quote telracs 13-5-2024 07:35 AM
Harap Fazura alert.
Projek akan datang, InsyaAllah Fazura boleh offer Atikah.
Quote annadonna 13-5-2024 07:38 AM
Fazura cantik, Atikah manis. Dua dua jelita.
Quote prizadane 13-5-2024 08:07 AM
Atikah berlakon not bad. Watak kelakar pun boleh walaupun muka serious.
Quote asudau 13-5-2024 08:08 AM
buat genre komedi, jangan buat cerita rebut jantan udah
Quote lasagna 13-5-2024 08:08 AM
Whitney72 replied at 13-5-2024 02:50 AM
Suka pulak tgk dia ni..x over mcm Intan Najwa...

waalupun warga forumer seakan2 sudah melupakan cite lama datin tiqah, kita boleh approve dia drp datin intan yaa, tak gittew?
Quote debab_78 13-5-2024 08:13 AM
kaka faz, tikah & eyka... deme ni boleh jadi 3 adik beradik.. muka sepesen...
Quote zehra2 13-5-2024 08:21 AM
sbb depa mmg pandai berlakon. apa salahnya. tkde bajet, buat telefilm pun ok
Quote Lampuled 13-5-2024 08:29 AM
Buat cerita utk raya haji. Citer kelakar2 sikit yg happy² mesti boleh jd citer evergreen. Buat citer kisah² family rakyat marhaen nak raya. Vibes kampung² pemandangan lawa.
Tak nk citer style bandar megah holding asyik scene minum air di cafe, kisah berebut cinta harta tu tak nak lah.
Buat citer ringan² happy go lucky pun best.
Quote selipar_hijau 13-5-2024 08:31 AM
pocongkiutss replied at 13-5-2024 12:35 AM
Tikah suhaime, kakafaz , eyka farhana..sesuai berlakon jd adik beradik

Pehtu putri balqis dgn aedy ...

benar sekali

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.170780 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top