CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bila pula aku kena ulser perut – Shera Ayob

13-5-2024 08:22 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 18921| Komen: 24

Description: Pelakon juga pengacara Shera Ayob naik hantu apabila nama dan gambar digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan memperdaya mangsa menerusi sebuah akaun palsu mempromosikan produk kesiha ...

Pelakon juga pengacara Shera Ayob naik hantu apabila nama dan gambar digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan memperdaya mangsa menerusi sebuah akaun palsu mempromosikan produk kesihatan dalam Facebook.

Nur Shahira Ayob, 38, meminta agar individu terbabit menghentikan aktiviti menyalahgunakan maklumat peribadi semata-mata untuk menjana keuntungan.

Malah dia juga berasa terkejut apabila ramai bertanyakan tentang tahap kesihatannya yang dikatakan menghidap ulser usus.

“Dah makin pula yang bagi tahu benda ini. Jadi saya kena share dekat sini supaya tidak salah faham atau terpedaya nanti. Tidak kelakar benda ini. Macam mana ada manusia yang boleh gigih buat akaun guna nama dan gambar orang lain semata untuk jual produk.

“Mencari rezeki dengan cara begini tenang ke? Kemudian siap panjang lebar cerita dongeng dia. Mengambil kesempatan atas kesakitan orang lain. Bila pula aku kena ulser perut.


“Kemudian ayatnya mengatakan sibuk mencari duit sehingga tidak mempedulikan kesihatan,” katanya menerusi satu perkongsian di Instagram.

Pada masa sama, isteri kepada pelakon Zahiril Adzim itu meminta agar pengguna media sosial dapat membuat aduan bagi melaporkan akaun palsu tersebut.

“Tolong report akaun ini. Dia guna nama dan gambar yang sama dengan akaun sebenar saya, Jadi semua jangan salah report,” katanya.

Dalam kenyataan akaun palsu yang tersiar, Shera dikatakan menghidap ulser usus sejak beberapa tahun lalu dan dikatakan kesihatannya semakin pulih setelah mengamalkan produk berkenaan.

Akaun tersebut turut menyalahgunakan beberapa gambar Shera termasuk perkongsian ketika dia dimasukkan ke hospital pada Mac lalu bagi mendapat rawatan dan pembedahan membuang ketumbuhan sebesar lapan sentimeter. 

Sumber – KOSMO ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote yondu 13-5-2024 04:45 AM
kesiannya sendu betul ni smpai takde komen
Quote downiey 13-5-2024 06:11 AM
yondu replied at 13-5-2024 04:45 AM
kesiannya sendu betul ni smpai takde komen

aku dh komen
Quote slyfynx 13-5-2024 06:42 AM
Sapekah beliau ini?
Quote TeropongThaico 13-5-2024 07:06 AM
Dia ni pengacara ke pelakon? Masih aktif ke?
Quote telracs 13-5-2024 07:38 AM
TeropongThaico replied at 12-5-2024 11:06 PM
Dia ni pengacara ke pelakon? Masih aktif ke?

Dulu pelakon.
Ok je dia berlakon, tak over.
Ala² gadis pingitan.
Dia slow down selepas berkahwin dengan pelakon Zahilil Adzim.
Anak pun comel.
Tak tahulah sekarang masih aktif atau tak.
Quote meah_kelabu 13-5-2024 07:46 AM
dia ni bile menulis ade vibe2 kekwats gitew
ke meols je baca nada kekwat?
tp laki dia nampak sempoi
Quote Themilo 13-5-2024 07:58 AM
bila dah terlampau sendu, golongan yang suka menangguk ni pun ambik kesempatan
Quote prizadane 13-5-2024 08:10 AM
meah_kelabu replied at 13-5-2024 07:46 AM
dia ni bile menulis ade vibe2 kekwats gitew
ke meols je baca nada kekwat?
tp laki dia nampak sempoi

Pengalaman iols dengan dia, dia memang a bit kekwat. Tapi adik sheols baik ya… pernah berjiran dengan adik dia. She kalau datang rumah adik dia, pandang orang dengan muka kekwat. Walaupun dia kekwat, sejujurnya iols suka muka n lakonan dia
Quote fattymah 13-5-2024 11:14 AM
Sheols ex Kemaldeli.. untuk porumer yg tak baca urtv.. muahahaha
Quote BoongaKertas 13-5-2024 11:22 AM
fattymah replied at 13-5-2024 03:14 AM
Sheols ex Kemaldeli.. untuk porumer yg tak baca urtv.. muahahaha

wehh iols ingat. pernah kuar remaja gak kan? time tu depa x femes lg. tp mags tu iv depa sbb couple zmn uni kan?
Quote fattymah 13-5-2024 11:46 AM
BoongaKertas replied at 13-5-2024 11:22 AM
wehh iols ingat. pernah kuar remaja gak kan? time tu depa x femes lg. tp mags tu iv depa sbb coupl ...

Yesh yesh.. kapel sejak uitm..
Quote aina_shaira 13-5-2024 12:14 PM
Dia memang sombong yach, padahal sendu je. Perasan A list, yucks
Ni kisah 16 tahun lepas ye

Masa tu dia kurus kering, paha nipis je, pakai legging hitam, tinggi around 164 cm gitu..
Quote kerani_je 13-5-2024 12:20 PM
prizadane replied at 13-5-2024 08:10 AM
Pengalaman iols dengan dia, dia memang a bit kekwat. Tapi adik sheols baik ya… pernah berjiran de ...

Laa kekwat ke? Patut lerr kena tinggal dgn Kamal deli dulu.

i suka tgk anak die nmpak bijak n terurus budaknye..Husband die pun i suka tgk die berlakon..Die ada vibes2 beto n hero malaya..Mmg taste i jenis muka2 melayu ni..Bini kekwat pulak..Rasa syera ni pernah pengacara dulu kn..
Quote kerani_je 13-5-2024 12:22 PM
aina_shaira replied at 13-5-2024 12:14 PM
Dia memang sombong yach, padahal sendu je. Perasan A list, yucks
Ni kisah 16 tahun lepas ye


Laa sombong ke? Rasa dulu die mcm gedik2 sikit kn. Ye la time gf kamal adli hero remaja kn..Depa punye kisah cinta pun masuk majalah remaja x silap..

Last2 mcm mne entah clash jgk..tgk depa sepadan je dulu..hensem n cantik..
Quote kechikchomel 13-5-2024 12:51 PM
macam ternampak dia berlakon balik baru ni.
dalam citer tu anak dia sakit, pastu laki dia dalam citer tu laki dia irl. ZA tu.

Quote TeropongThaico 13-5-2024 01:13 PM
telracs replied at 13-5-2024 07:38 AM
Dulu pelakon.
Ok je dia berlakon, tak over.
Ala² gadis pingitan.

Ooh mmg asal pelakon ya. Ingatkan pengacara. Tak pernah tgk cerita dia pelakon. Yg tahu mmg dia slow down lepas kawin. Suka tgk muka dia nampak lembut
Quote sharlenetexas 13-5-2024 01:15 PM
Sheols ada abang kerja polis.


Quote abangadek 13-5-2024 02:19 PM
Laki dia friendly dgn peminat, rajin rply komen2 kt ig
Quote kerani_je 13-5-2024 02:26 PM
abangadek replied at 13-5-2024 02:19 PM
Laki dia friendly dgn peminat, rajin rply komen2 kt ig

Terbalik pulak dgn imej bini yg dikatakan kekwat..Tapi laki die mmg rekod baik je..xde kontroversi..Berlakon pun ok, rupa pun hensem lelaki melayu sejati mcm beto..Die ni mmg ada aura gedik n kekwat dedulu..Mgkin sbb dulu dpt sauk kamal adli hero remaja dulu..

Btw die ni mmg sakit klau tgk kat ig story tu..siap admit hospital..x tau la sakit ape..Tapi bkn ulser perut katanya..i syak yg berkaitan perut jgk la..Sbb die ni pun sorang je anak..xde tmbah2 anak maybe ada problem jgk berkaitan dgn sakit die..

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.046754 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top