CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Inilah Takdir Dan Saya Tak Salahkan..” – Bella Astillah Rindu Waktu Kecil Tiada Masalah, Tak Menyesal Hidup Banyak Dugaan

3-4-2024 03:32 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5866| Komen: 16

Description: Pelakon dan penyanyi Bella Astillah mendedahkan masa kecilnya tak pernah diuji atau dibebani dengan dugaan yang besar berbanding dengan zaman dewasanya sekarang. Katanya, jika boleh diputar waktu, Bel ...


Pelakon dan penyanyi Bella Astillah mendedahkan masa kecilnya tak pernah diuji atau dibebani dengan dugaan yang besar berbanding dengan zaman dewasanya sekarang. Katanya, jika boleh diputar waktu, Bella ingin kekal kecil supaya tidak harus mengharungi dugaan kini.

Kongsi Bella, dirinya bahagia ketika zaman kecilnya dahulu kerana tidak perlu memikirkan masalah besar selain dapat bersama dengan keluarga sepanjang masa. Menurutnya, jika sentiasa bersama ibu bapa tidak akan ada beban yang boleh membuatkan dirinya tertekan.

"Masa kecil. Sebab sewaktu kecil, tak ada apa-apa masalah. Cuma dengan adik dan mama, kami selalu gembira, jalani penggambaran tanpa ada apa-apa masalah yang membabitkan emosi.
 
"Masalah pun kalau setakat bergaduh dengan adik, lambat pergi sekolah. Ia tidak sebesar dan seberat bila kita dah dewasa. Tapi, kadang-kadang sebagai manusia, ada ujian.

 
"Jadi, kalau boleh putar balik waktu, memang nak kekal kecil sampai bila-bila."

Walau bagaimanapun, ibu kepada dua cahaya mata ini tidak menyalahkan takdir yang sudah tertulis buatnya dan hanya akan menjalani ujian hidup dengan hati yang terbuka. Kata Bella juga, dia akan cuba lebih menyayangi diri sendiri selepas ini.

"Inilah takdir dan saya tak nak salahkan takdir. Mungkin Allah bagi ujian ini bersebab supaya saya menjadi orang yang lebih berguna, lebih kuat, lebih berkeyakinan dan lebih menyayangi diri sendiri. Itu yang saya lupa.
 
"Dalam hidup ini, kita tak boleh menyesal. Apa-apa yang terjadi, dah ditakdirkan begitu. Saya tak boleh nak cakap saya menyesal. Saya terima dengan hati yang terbuka apa sahaja yang saya sedang hadapi sekarang, memang itulah takdir."
 
"Jadi, saya tak boleh nak salahkan ataupun rasa menyesal. Allah yang berlaku, semua Allah dah tentukan untuk kita. Jadi, kita hadap sahaja."


SUMBER : Harian Metro/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dewi_rina 3-4-2024 03:59 PM
Ehem bella, kemain play victim patut masalah tak berhenti-henti.. Sila muhasabah diri
Quote hokeypokey 3-4-2024 04:56 PM
dh dpt pengganti yg hensem kan, mesti la tak menyesal..
Quote kotakbaju 3-4-2024 05:13 PM
Pic atas sekali tu ada iras tokti muda2 dulu.
Quote dua_chzy 3-4-2024 05:36 PM
Yeap. Childhood memang best. Inesen jah.
Quote selipar_hijau 3-4-2024 06:31 PM
Pengganti pun elok juga, pandai Bella pilih
Quote gideoncross 3-4-2024 10:40 PM
dewi_rina replied at 3-4-2024 03:59 PM
Ehem bella, kemain play victim patut masalah tak berhenti-henti.. Sila muhasabah diri

Dlm diam ubi brisi hahahaha, mmg AA pun dh tahu dri awl
Quote gideoncross 3-4-2024 10:41 PM
hokeypokey replied at 3-4-2024 04:56 PM
dh dpt pengganti yg hensem kan, mesti la tak menyesal..

Dh dpt pngganti dri awl lgi tpi netz ttap mnyokong mmbabi buta
Quote doodlediddle 3-4-2024 10:43 PM
Kemeknya muka tnpa filter dan make up.
Quote felinecat 3-4-2024 10:51 PM
Banyak dugaan ape, mcm la kau kene noreh xpon kene basuh pinggan banyak2 kt rumah mentua
Quote kepompong 3-4-2024 10:58 PM
dulu macam ada bawak molot citer ayah dia kena tipu ... buat rakaman tapi tak dpt payment???? pastu dorang masa tu nangis2? i rasa ada tered khas mengenang kisah lalu gitu
Quote hokeypokey 4-4-2024 01:34 AM
gideoncross replied at 3-4-2024 10:41 PM
Dh dpt pngganti dri awl lgi tpi netz ttap mnyokong mmbabi buta

dh tu ni siap nangis2 kata gimik nk bagi alip jeles, abes kuar plak cerita curang ngan adik dia.. pening btul la.. tapi meriah la board gosip ni ngan cerita diorg jer.. bleh meleret2 lagi ni.. aku baru nk happy kalau dia btul2 curang, bkn sbb aku sokong dia, tapi seronok tgk drama diaorg masing2..
Quote ninajaybee 4-4-2024 01:40 AM
Si Kemek adalah pencurang sebenar. Menjalinkan perhubungan cinta dengan lelaki lain sedangkan dia isteri orang. Bukti solid. Message2. Gambar2. Sendiri mengaku ada hubungan dan rasa seronok dapat perhatian. Sendiri juga mengaku pergunakan lelaki itu.

This one thing is worse than all the alleged kecurangan si Putik. Kecurangan Putik adalah apa yg Kemek rasa insecure. So far takde bukti solid. Hehehe

Kemek si Pencurang ni sampai buang adik kandung. Tahap mana kecurangan Putik sampai Kemek buang adik kandung?
Quote sangbara2020 4-4-2024 02:28 PM
ade mak putik ke dlm nih....11-1 kot.....knp eh nk salahkan ompompuan bila laki xbg cerminan yg baik buat bini...
Quote gideoncross 4-4-2024 10:32 PM
hokeypokey replied at 4-4-2024 01:34 AM
dh tu ni siap nangis2 kata gimik nk bagi alip jeles, abes kuar plak cerita curang ngan adik dia..  ...

Entah betul ke x crita psl AA prnh try adik BA tu
Quote gideoncross 4-4-2024 10:33 PM
ninajaybee replied at 4-4-2024 01:40 AM
Si Kemek adalah pencurang sebenar. Menjalinkan perhubungan cinta dengan lelaki lain sedangkan dia is ...

BA jeles kot, mnatau adik dia sndri jauh lgi cntik dri dia & AA prnh trcrush ke skali, sbb tu BA jdi insecure
Quote hokeypokey 5-4-2024 01:06 AM
gideoncross replied at 4-4-2024 10:32 PM
Entah betul ke x crita psl AA prnh try adik BA tu

alip semua nk pompuan dia nk try, tak terkejut sgt kalau btul pun.. yg kita tak pasti btul ke adik dia melayan balik?? curang yg dimaksudkan bella ni tahap mana??? bagi kita kalau curang jer mesti fikir dh sampai tido sekali, tapi bagi bella apa saja hubungan alip ngan pompuan lain dh dikira curang termasuk pegi karaoke, cinlok ngan heroin, mesej and call pun dh curang.. btul la jugak apa yg dia fikir tu sbb lelaki tu adalah alip ajis, senang jatuh cinta.. yg kita tak pasti sejauh mana adik dia melayan balik tu

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.147932 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top