CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dituduh Sebarkan Cerita Rossa Sera Jadi ‘Penyondol’, Isteri Shuk Sahar Bersuara – “Sebenarnya Ramai Dah Tahu…”

3-4-2024 03:29 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8739| Komen: 11

Description: Isteri kepada Shuk Sahar, Fara Salleh menafikan dakwaan bahawa dia merupakan individu yang menularkan cerita mendakwa Rossa Sera merupakan ‘penyondol’ suami orang.

Isteri kepada Shuk Sahar, Fara Salleh menafikan dakwaan bahawa dia merupakan individu yang menularkan cerita mendakwa Rossa Sera merupakan ‘penyondol’ suami orang.

Fara menegaskan dia tiada kena mengena dengan pendedahan tentang bekas isteri suaminya itu malah berkata ada pihak yang menghantar mesej kepadanya bercerita tentang isu tersebut.

Menerusi Instagram, Fara ada memuat naik tangkap layar perbualannya bersama seorang wanita yang mendakwa suaminya curang dan menjalinkan hubungan bersama Sera.

"Ada orang DM saya tentang ini. Jadi akaun palsu itu bukan saya. Sebenarnya ramai dah tahu."

Bagaimanapun, Fara kemudian bertindak memadam semula hantaran di Instagram story tersebut hanya selepas beberapa minit ia dimuat naik.



Difahamkan, wanita yang mendakwa suaminya telah ‘disondol’ oleh Rossa telah ke mahkamah untuk memfailkan penceraian dan perkara itu didedahkan oleh seorang individu menerusi aplikasi X.



Terdahulu, pelawak itu mengesahkan telah mendirikan rumah tangga bersama Fara pada November tahun lalu dan pada bulan yang sama juga Sera mengumumkan sudah bertunang namun merahsiakan status dan wajah lelaki tersebut.

SUMBER : mStar/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shida81 3-4-2024 06:27 PM
Wpun serra tu da jd penyondol tak bermaksud ko suci okey... Cuma serra da downgrade kan diri dia selevel ko je...
Quote Jemahjemah 3-4-2024 07:00 PM
shida81 replied at 3-4-2024 06:27 PM
Wpun serra tu da jd penyondol tak bermaksud ko suci okey... Cuma serra da downgrade kan diri dia sel ...

Setujuuuuuu. Hahahaha dia punya cerita buat buat lupa pulak minah mental ni
Quote noor2 3-4-2024 07:45 PM
Apela yg direbut perempuan2 ni akan jantan gemok ni....x faham
Quote slyfynx 3-4-2024 07:46 PM
Eh, ko tetap adelah jahat walau ape pun tindakan Sera
Quote azwanaliori 3-4-2024 08:02 PM
Peh lawa siot serra sejak jadi jande
Quote edoraixora 4-4-2024 09:50 AM
yg kau sibuk sangat pasal janda laki tu dah kenapa?
dah elok2 org tu mengalah, kau cuit2 lagi ye
Quote hokeypokey 5-4-2024 02:06 AM
dh dapat jadi bini syuk ko duk diam2 dh ler.. boring dh ke jadi bini orang???
Quote isbritneybich 5-4-2024 02:09 AM
namun hakikatnya kau hanya dapat syuk?? nothing to be proud about sis kalau takat tu je
Quote samshik 6-4-2024 09:48 PM
Yer dik.. tahniah dh dpt shuk yg gj 50k sbln.. lps ni jgn muyan jantan lain ehhh.. ramai naw jantan huru hara dek delulu ko sblm ni
Quote gerbera.memopad 6-4-2024 10:49 PM
Patut dah boleh jadi bestfriend kan sebab dah sama kategori?
Quote chinta89 8-4-2024 11:59 AM
sakit hati sb sera jd level ko as penyondol?

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.052500 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top