CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jaafar Onn Meninggal Dunia Ketika Melakukan Prosedur Endoskopi – ‘Doktor Kata Berisiko Sebab Jantung Lemah’

3-4-2024 01:57 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7582| Komen: 29

Description: Anak angkat kepada pelakon dan pengacara Jaafar Onn iaitu Mohd Hanif Mohd Hashim memaklumkan Allahyarham meninggal dunia ketika sedang melakukan prosedur endoskopi pada pagi Rabu.

Anak angkat kepada pelakon dan pengacara Jaafar Onn iaitu Mohd Hanif Mohd Hashim memaklumkan Allahyarham meninggal dunia ketika sedang melakukan prosedur endoskopi pada pagi Rabu.

Ketika ditemui OhBulan!, Hanif berkata doktor sebelum itu sudah memaklumkan bahawa prosedur berkenaan sememangnya berisiko tinggi disebabkan keadaan jantung arwah ketika itu dalam keadaan lemah.


"Pagi tadi papa (Jaafar Onn) ada melalui prosedur endoskopi dan doktor memang ada beritahu prosedur itu berisiko sebab papa ada masalah jantung lemah tapi terpaksa buat sebab pendarahan."

"Heart rate dia memang tinggi sampai 140. Masa buat endoskopi sekitar pukul 10 dan ketika melalui prosedur itu, papa mengalami serangan jantung dan meninggal dunia pada pukul 11.32 pagi."


Hanif berkata demikian ketika ditemui di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor pada Rabu.

Dalam pada itu, Hanif turut memberitahu pada mulanya arwah pergi ke klinik disebabkan mengalami tekanan darah rendah dan pendarahan tanpa henti semasa membuang air besar.

Tambah Hanif, doktor turut memaklumkan kemungkinan pendarahan itu berlaku disebabkan pengambilan ubat tahan sakit yang diambil terlalu lama.

"Papa mulanya mengalami tekanan darah rendah kelmarin dan dalam pada sama dia juga membuang air besar berdarah. Pendarahan itu terlampau banyak dan tak berhenti."

"Kemungkinan pendarahan itu disebabkan pengambilan ubat tahan sakit yang diambil oleh papa. Ikutkan memang dah lama papa ambil ubat itu, sebelum saya jaga dia lagi.

"Ubat tahan sakit itu dia makan sebab sakit lutut. Bulan puasa tahun lepas dia dapat tahu ada masalah jantung. Masalah jantung tu juga menyebabkan kakinya bengkak."

"Berak berdarah tu pula mungkin disebabkan ada ulser dalam perut. Patutnya bulan 2 ada rawatan susulan tapi tak dapat pergi sebab ada urusan lain. Lagipun ketika itu, arwah rasa pembuangan dia sudah baik."

Untuk info, jenazah akan diuruskan dahulu di hospital sebelum dibawa pulang ke kediaman keluarga untuk disemadikan di Tanjung Ganding, Muar, Johor.

Terdahulu, Jaafar Onn dilaporkan telah pun menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang (HSIS) kira-kira jam 11.33 pagi Rabu.

Kesihatan arwah dilaporkan merosot sebelum ditahan wad HSIS selepas mengalami pendarahan semasa membuang air besar.

Sumber : OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Abot 3-4-2024 03:10 PM
Innalillahwainnailaihirojiun..semoga di ampunkan segala dosa , di tmpatkn di kalangan org beriman..
Quote chacon 3-4-2024 03:43 PM
terima kasih kerana menghiburkan waktu zaman kanak2 kami..semoga arwah dicucuri rahmat
Quote Minami2013 3-4-2024 04:20 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun

Semoga Allah SWT merahmati rohnya, mengampuni segala kesalahannya, menjadikan syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan menempatkan arwah di kalangan orang-orang yang beriman.
Quote sleepandream 3-4-2024 04:40 PM
salam takziah...
Quote wikedsaikel 3-4-2024 06:46 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun

Semoga Allah SWT merahmati rohnya, mengampuni segala kesalahannya, menjadikan syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan menempatkan arwah di kalangan orang-orang yang beriman. Aamiin.
Quote Belibis 3-4-2024 07:33 PM
Takziah.baru layan citer posa 16 malam tadi.arwah jadi setan jelir2 lidah bawak barkoba lawat neraka..
Quote kakikuDibibirmu 3-4-2024 08:04 PM
Innalillahi wa inna ilaihi roji'un

ayat holy koran 2:156
Quote liyamariska 3-4-2024 08:18 PM
اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُون
Quote swimswim 3-4-2024 09:22 PM
Innalillahi w.i.r..semoga diampunkan dosa2nya dan dipermudahkan segala urusan akhirat beliau, amin..
Quote kepompong 3-4-2024 09:29 PM
innalillah. Macam baru je baca semalam dia buang air berdarah, nak buat procedure
Quote Nenolen 3-4-2024 09:34 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun

Semoga Allah SWT merahmati rohnya, mengampuni segala kesalahannya, menjadikan syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan menempatkan arwah di kalangan orang-orang yang beriman.
Quote annadonna 3-4-2024 09:43 PM
Mudah kematiannya. Sekejap saja sakit, terus dipanggil pulang kpd Allah. Tak susahkan org langsung. Anak angkat dia nampak sangat sangat sedih.
Quote AcikCleaner 3-4-2024 09:45 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkn di kalangan yang beriman..

Suka tengok cerita cili padi time kecik² dulu
Quote addamnor 3-4-2024 10:12 PM
Diva AA harapnya sudah mohon maaf atas kelancangan mulut beliau pada Jaafar Onn beberapa tahun lalu.
Quote ctaf 3-4-2024 11:19 PM
Innalillahiwainna Ilaihirajiun..
Makan ubat tahan sakit mmg kena aware side effect dia berak berdarah mengalir mcm air paip
Quote olaklempit 3-4-2024 11:33 PM
Arwah ni ramai insan seni sebut2 baik dan pemurah. Pergi dalam Ramadan semoga Allah ampunkan dosanya dan ditempatkan bersama orang yang soleh
Quote cmf_jeangrey 4-4-2024 04:18 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun

Semoga Allah SWT merahmati rohnya, mengampuni segala kesalahannya, menjadikan syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan menempatkan arwah di kalangan orang-orang yang beriman.


Quote Jajuli 5-4-2024 12:12 PM
Endoskopi ni teropong masuk mulut  atau masuk bontot,, orang kata teropong masuk mulut utk kesan sakit kat usus besar kalau masuk bontot kesan sakit kat usus kecil,
Quote dua_chzy 5-4-2024 12:31 PM
Takziah buat keluarga.

Sebab 'kenal' dari zaman childhood, sedih aku aruah ni meninggal.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.050515 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top