CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Semoga Jadi Asbab Dia Tawar Hati Nak Cerai..” – Datuk Red Bersyukur Adira Sambut Baik Kepulangan Ke Rumah

2-4-2024 10:17 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5005| Komen: 17

Description: Sering menjadi tumpuan rakyat Malaysia kebelakangan ini, usahawan kontroversi, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red tidak sangka akan mendapat sambutan yang baik daripada isterinya, penyanyi Adira Suha ...

Sering menjadi tumpuan rakyat Malaysia kebelakangan ini, usahawan kontroversi, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red tidak sangka akan mendapat sambutan yang baik daripada isterinya, penyanyi Adira Suhaimi ketika pulang ke rumah.

Kata Datuk Red, pada awalnya dia bimbang isteri keduanya itu tidak akan menerimanya pulang ke rumah memandangkan hubungan rumah tangga mereka yang sedang dalam keadaan kurang baik.

Namun begitu, usahawan ini terkejut apabila Adira dengan senang hati menyambut kepulangannya selepas pulang kerja. Tambahnya, dia berharap agar ini menjadi satu sebab isterinya itu akan lembut hati.

"Sejak enam hari sebelum itu saya tidak balik dan apabila pulang takut juga nak tahu reaksi Adira, tetapi dia terima dengan baik dan dia nampak ceria."
 
"Malah dia juga banyak mengajar saya cara-cara untuk kendalikan laman TikTok.
 
"Semoga ini juga jadi asbab dia tawar hati nak teruskan perceraian."


Pada masa yang sama, Datuk Red bersyukur kerana ditawarkan banyak peluang pekerjaan selepas dia mendedahkan tentang dirinya yang sudah muflis sejak lima tahun lalu.


Menurutnya, tawaran kerja itulah yang membantunya menampung perbelanjaan kewangannya bagi menyediakan kelengkapan anak-anak untuk menyambut hari raya.

"Saya pun terkejut. Sebelum ini hidup saya gelap dan sekarang sudah mula nampak sinar."
 
"Bagaimanapun saya kenalah memilih tawaran. Bukannya nak demand, tetapi dalam usia sekarang ini (46 tahun) perlu pilih kerja yang sesuai.
 
"Dengan tawaran kerja sekarang ini dapatlah saya kumpul modal bagi memulakan perniagaan. Saya rancang nak jual baju.
Terdahulu, Datuk Red mengakui sedang mencari kerja semenjak dirinya telah diisytiharkan muflis dan mempunyai hutang yang mencecah juta ringgit."

Terdahulu, Datuk Red mengakui sedang mencari kerja semenjak dirinya telah diisytiharkan muflis dan mempunyai hutang yang mencecah juta ringgit.

SUMBER : mStar/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 2-4-2024 11:02 PM
Emmmm mutiara Adira bergetar lah tuuu, tgk si BuRed dpt byk gift. Lantok ngkorang lah. Sorang bongok, sorang muka bongok
Quote zuriey 2-4-2024 11:15 PM
Astaga masih dok buat ayat "dlm usia mcm ni kena pilih kerja"
Kepala bured ko lah
Adira double triple bodoh
Quote AWEKSAMURAI 3-4-2024 02:00 AM
Penat je jadi tulang belakang bella suruh bercerai alih2 tukang suruh cerai pun x jd cerai uturn balik hahahhahaa
Quote hokeypokey 3-4-2024 02:06 AM
apa lagi, pegi la servis bini2 ko tu selagi tak cerai
Quote MisXoXo 3-4-2024 04:54 AM
Mau rujuk ni..sbb dh nmpk collab dgn abg red lg masyuk..tunggang isu
Quote emera 3-4-2024 05:04 AM
Byk pulak benang mangkuk hayun ni.
Quote miss_strangers 3-4-2024 05:39 AM
Sampah
Quote sangbara2020 3-4-2024 08:09 AM
delete tred nih blh x?
Quote red_velvet 3-4-2024 08:42 AM
Kalo adira nekad cerai pun ko kawen je la ngan shubingai .. muka ko pun dah iras2 dah  dgn si ngai . Sama2 bulat n sembab .... Dua2 pun sama2 miang ... Memang sekufu .m Lagipun ngai ngan adira kan kawann.. so tk lari jauh pun...
Quote Minami2013 3-4-2024 09:18 AM
Kalo pregnant lagi adira ni tunggu menopause je la baru mintak cerai.  
Quote da_vinci 3-4-2024 11:15 AM
adira gostan
Quote Miawlover 3-4-2024 11:17 AM
red_velvet replied at 3-4-2024 08:42 AM
Kalo adira nekad cerai pun ko kawen je la ngan shubingai .. muka ko pun dah iras2 dah  dgn si ngai . ...

Wei nk ke tok red tu?. Tgkla bini2 dia skg. Itula taste dia. Haha
Quote Momohizan 3-4-2024 11:18 AM
red_velvet replied at 3-4-2024 08:42 AM
Kalo adira nekad cerai pun ko kawen je la ngan shubingai .. muka ko pun dah iras2 dah  dgn si ngai . ...

Ahahahaha memang shupadan seredflag depa dua
Quote doubleA 3-4-2024 11:25 AM
Carcosa replied at 2-4-2024 11:02 PM
Emmmm mutiara Adira bergetar lah tuuu, tgk si BuRed dpt byk gift. Lantok ngkorang lah. Sorang bongok ...


Hahaha ni iols setuju, sorang bongok, sorang muka bongok, tapi dua2 otak pun bongok sekufu la

Tiber duit masuk gelap mata hati balik. Senangnya scammer ni dapat duit cepat. Sebab tu la 5 tahun rela membiawak ditanggung bini, konon cari kerja tu takda nya kerja biasa2 makan gaji, mesti kerja jalan mudah cepat dapat duit banyak. So rela la membongok dan membongak demi simpati netizen, netizen pun motip kesian kt scammer ni? Dia dah joli katak dgn duit org yg dia tipu dulu, now joli katak dengan duit sedekah netizen choiii loser tol bured ni
Quote IzzahF 3-4-2024 11:33 AM
delete je lah, meluat plak tgk satu family badut ni
Quote sofi_sofia 3-4-2024 12:08 PM
"sambut baik" tu mendalam maknanya tuh ... dgn kata lain tak jadi cerai lah tu ...
Quote MatDeghem 3-4-2024 12:14 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/C5CIm0Myl3j/[/ig]


Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.374804 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top