CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Cuba Bantu Apa Yang Boleh..” – Datuk Red Diisytihar Muflis, Adira Suhaimi Hanya Mampu Tolong Beri Sokongan

27-3-2024 01:54 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6351| Komen: 7

Description: Penyanyi Adira Suhaimi masih memberi semangat dan dorongan kepada suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau digelar Datuk Red itu meskipun sudah diumumkan muflis sejak 2019.



Penyanyi Adira Suhaimi masih memberi semangat dan dorongan kepada suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau digelar Datuk Red itu meskipun sudah diumumkan muflis sejak 2019.

Walaupun dilanda masalah keluarga dan di ambang perceraian, penyanyi ini masih ingin memberi sokongan kepada Datuk Red selagi suaminya itu masih ingin berusaha untuk mencari penyelesaian dan rezeki.

"Saya macam mana pun tetap beri sokongan kepada Datuk Red selagi dia mahu berusaha. Saya akan sentiasa sokong.   

"Saya cuba bantu apa yang boleh antaranya adalah bagi dia semangat."

Dalam masa yang sama, ibu kepada empat orang cahaya mata ini turut meminta orang ramai untuk memberi semangat pada Datuk Red dan tidak mengecam atau menghakimi suaminya itu lagi-lagi di masa susah sekarang ini.

"Kalau dia nak berusaha itu, Alhamdulillah. Jangan bagi dia down lagi, harap semua orang bagi dia semangat.   



"Memandangkan dia sedang berusaha ini, kita bantulah apa yang boleh tolong."

Terdahulu, Datuk Red mendedahkan sebuah kenyataan yang mengejutkan orang ramai apabila dirinya diisytihar muflis sejak lima tahun dahulu dan tiada lagi punca pendapatan. Difahamkan juga, Adira perlu menanggung kehidupan keluarganya kerana Datuk Red yang tidak bekerja.

SUMBER : mStar/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kikilalapooh 27-3-2024 01:57 PM
banyak duit pun dugaaan.. tak ada duit pun dugaan.. hidup ni kena bersederhana je...
Quote dewi_rina 27-3-2024 04:42 PM
Nape ko mintak cerai tak stay?
Quote LadyCarefree 27-3-2024 04:54 PM
5 tahun muflis tu ko kerja apa? Xkan goyang telur je. Telur pun tembelang.
Quote Mimo.mimo 27-3-2024 04:56 PM
Hati adira ni lembut sebenarnya. Harap tak uturn lah. Kang sampai ke sudah tanggung bewak.
Quote hokeypokey 28-3-2024 12:15 AM
cian adira, tak pernah jumpa laki yg senonoh, dh tak jadik ngan alep dulu sbb boya, kawen tok red boya biawak la plakkkk
Quote rayna_raynes 28-3-2024 12:25 AM
Mimo.mimo replied at 27-3-2024 04:56 PM
Hati adira ni lembut sebenarnya. Harap tak uturn lah. Kang sampai ke sudah tanggung bewak.

UTurn rasanya tak. Dia cuma kenangkan jasa Dato' Red kat dia kot. Merasa la sekejap jd bini orang kaya dulu.



Quote Mimo.mimo 28-3-2024 10:46 PM
rayna_raynes replied at 28-3-2024 12:25 AM
UTurn rasanya tak. Dia cuma kenangkan jasa Dato' Red kat dia kot. Merasa la sekejap jd bini orang  ...

Apa jasa tokred? Bagi anak je lah kot.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

14-4-2024 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.048499 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top