CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Anak-Anak Masih Kecil Untuk Memahami, Kalau Tanya Saya Jawab Daddy Is Working’ – Mawar Rashid

20-2-2024 11:25 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10540| Komen: 21

Description: Pelakon, Mawar Rashid memilih untuk tidak bercakap tentang isu perceraian dengan bekas suami, Raf Yaakob kepada tiga orang cahaya matanya.


Pelakon, Mawar Rashid memilih untuk tidak bercakap tentang isu perceraian dengan bekas suami, Raf Yaakob kepada tiga orang cahaya matanya.

Ketika ditemui OhBulan!, Mawar atau nama lengkapnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid berkata, anak-anaknya masih terlalu kecil untuk memahami apa yang terjadi antara dia dan bekas suami.

Jelas Mawar, dia bersyukur apabila isu perceraian tidak memberikan kesan buruk terhadap pembesaran anak-anaknya.

"Boleh kira berapa kali sahaja anak tanya (fasal bapa mereka). Saya rasa gembira isu cerai ini tidak memberikan kesan yang buruk kepada anak-anak".

"Adakala kalau anak yang paling kecil tanya mana ayah dia, sebab dia paling manja. Saya akan jawab ‘daddy is working’.

"Anak-anak masih lagi kecil untuk memahami isu ini kerana belum cukup matang dan saya kembali semula ke industri pun kerana mereka.


"Kecuali anak Raf yang besar itu mereka tahu tentang perceraian ini, sebab mereka dah besar. Cuma anak saya sahaja tidak".


Mawar berkata demikian ketika ditemui pada majlis bacaan doa selamat filem Jangan Pandang Belakang 2 yang diadakan di bangunan Metrowealth, Petaling Jaya, pada Isnin.

Dalam pada itu, disoal mengenai penggiliran menjaga anak, aktres berusia 29 tahun itu menjawab ketika hari persekolahan, anak-anak akan tinggal bersamanaya. Manakala, pada hujung minggu akan bersama dengan Raf.

"Anak-anak memang duduk dengan saya kalau hari biasa, bila hujung minggu kebanyakkan mereka akan dengan bapa (Raf). Bila hari anak sekolah akan dengan saya.

"Hubungan dengan bekas suami insya-Allah dalam keadaan baik dan kami berhubung memang mengenai anak-anak".

Berkongsi mengenai perkembangan karier, Mawar berkata tahun 2024 bakal menjadi tahun yang baharu untuk dia kembali ke dunia industri selain mahu mengembangkan lagi perniagaan.

"Tahun ini bakal menjadi tahun baharu untuk saya dan karier saya. Nantikan juga produk baharu saya nanti yang akan dilancarkan sempena raya tidak lama lagi. Doakan dipermudahkan segala urusan saya".

Terdahulu, Mawar mengesahkan sudah berpisah dengan adik kepada chef selebriti Fazley Yaakob iaitu Raf Yaakob, pada November tahun lalu disebabkan tiada persefahaman.

Untuk rekod, Mawar dan Raf disatukan sebagai suami isteri di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada tahun 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.

Raf juga memiliki dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.

Sumber ; OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote iza_just2c 20-2-2024 02:45 PM
rujuk lah balik demi anak2..
Quote Purplehaz 20-2-2024 02:56 PM
Itulah jln kebahagiaan yg diapilih
Quote LadyCarefree 20-2-2024 03:02 PM
Edited by LadyCarefree at 20-2-2024 02:03 PM

"Boleh kira berapa kali sahaja anak tanya (fasal bapa mereka)"

Hehehehe

Anak lelaki Mawar ok jugalah. Kesian yg pompan dua tu genes pisang hangit kuat sangat.
Quote LadyCarefree 20-2-2024 03:06 PM
iza_just2c replied at 20-2-2024 01:45 PM
rujuk lah balik demi anak2..

Gila. Dahtu mak2 tak boleh hidup for themselves kah? Kena korban kehidupan demi anak2? Kena kolom pisang kontot hangit tiap hari?
Tak pula ko fikir kalau mak tersiksa dan stress sampai mental health terganggu, semuanya bukannya jadi bahagia pun. Nanti dengan anak2 pun terjejas sbb dalam persekitaran yg tak harmoni.
Quote rosevelvet 20-2-2024 03:16 PM
LadyCarefree replied at 20-2-2024 03:02 PM
"Boleh kira berapa kali sahaja anak tanya (fasal bapa mereka)"

Hehehehe

Kejam sguh statement ni. Tp nanti pepandai la dorang. Mcm anak pompuan mas anizan. Dulu sebijik arwah ali bapoo. Skang dh cantik
Quote adra5028 20-2-2024 03:18 PM
iza_just2c replied at 20-2-2024 02:45 PM
rujuk lah balik demi anak2..

agak2 la..da kalu maknye tak bahagia..agak2 anak akan bahagia ke? mental seorang ibu pun kena jaga juga..da kalau ada masalah depression sebabkan laki..nak suh hadap lagi ke..pe benda tah..jangan gunakan alasan anak2 untuk rujuk balik ke xnak cerai ke..kadang2 depa pun paham la..kecik lagi kot tu..nnt besar depa paham la
Quote edoraixora 20-2-2024 03:24 PM
anak2 duduk dgn mawar ke
ingat duduk ngan ex-laki
Quote Tiggybiru 20-2-2024 03:35 PM
Oo………hang tak family planning ni mawar..sbb tu rasa overwhelmed..4..2..10 bulan jarak rapat2 gaj tu
Quote sayawifenikmie 20-2-2024 04:01 PM
... comei dah anak girl dia tu
Quote dewi_rina 20-2-2024 04:11 PM
Mana gambar terkini mawar dgn anak2 dia? Tu bertudung semua gambo lama.. Yg dah single semua gamba sorang je iols tengok..
Quote LadyCarefree 20-2-2024 11:01 PM
rosevelvet replied at 20-2-2024 02:16 PM
Kejam sguh statement ni. Tp nanti pepandai la dorang. Mcm anak pompuan mas anizan. Dulu sebijik ar ...

iols xkutuk babies tu. Kesian dpr bapak huduh lagi poyo. It's ok nanti mawar guidelah. Jihan pun elok dah now kan?
Quote makita 20-2-2024 11:28 PM
Girl yg besar tu muka iras azrin.
Quote jepp 21-2-2024 04:52 PM
makita replied at 20-2-2024 11:28 PM
Girl yg besar tu muka iras azrin.

girl yg bsr tu anak Raf dgn ex first
bkn mawar
Quote pocongkiutss 21-2-2024 04:56 PM
Anak tak tanya psl bapak sgt sbb kerap sgt takde ke selama ni..rasa mcm ada ke takde ke sama je
Quote delia3003 21-2-2024 09:09 PM
Baru 29 tahun ke? Muda lagi, kahwin muda. 6 tahun kahwin, 3 orang anak, gap dekat, tak sempat rehat, ntah ada ke tak masa untuk diri sendiri. Anak bongsu, baby lagi.
Quote makita 21-2-2024 11:07 PM
jepp replied at 21-2-2024 04:52 PM
girl yg bsr tu anak Raf dgn ex first
bkn mawar

Cantik bdknya. Nampak mak tiri syg kat dia.
Quote hashashes 22-2-2024 01:14 AM
Mengiak2 anak nya jarak rapat2 aku tengok pun penat. Mesti kena selalu betul2 kan tudung
Quote rayna_raynes 22-2-2024 01:15 AM
Tiggybiru replied at 20-2-2024 03:35 PM
Oo………hang tak family planning ni mawar..sbb tu rasa overwhelmed..4..2..10 bulan jarak rapat2 gaj  ...

Kenapa pompuan je kena family planning? kenapa laki tak bole pakai kondom?

Quote asma87 22-2-2024 01:28 AM
2 org retis aku penat tengok si mawar n adira...anak rapat2 kecik2 adoi....

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.050271 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top