CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ali Puteh Jual Kereta, Motosikal, Trofi Lunas Hutang Kakak Ipar

14-2-2024 10:33 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 21204| Komen: 277

Description: Berusaha melunaskan hutang kepada kakak iparnya, pelawak Ali Puteh menjual satu persatu barangan peribadi termasuk kereta, motosikal serta trofi.


Berusaha melunaskan hutang kepada kakak iparnya, pelawak Ali Puteh menjual satu persatu barangan peribadi termasuk kereta, motosikal serta trofi.

Dalam hantaran Instagram seorang individu yang juga rakannya, momen melepaskan kenderaan tersebut sarat dengan rasa sebak sehingga isterinya, Melati Fitri Abdullah menitiskan air mata.

“Honda Accord, ‘sold’. Terima kasih hamba Allah ini datang dari Johor Bahru. Sangat mudah berurusan,” tulis keterangan video dalam laman sosial berkenaan.


Menerusi paparan tersebut, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 35, dilihat memeluk serta menenangkan insan tersayang yang tidak mampu menahan sebak.

Sebelum itu, dalam Instagram sama sebuah motosikal RXZ rona merah yang dikatakan milik adik kepada Allahyarham Abam Bocey itu juga sudah mendapat pemilik baharu.

Paling mendapat perhatian pengikut pelawak terbabit adalah ketika dia bersama isteri dan rakannya itu mengumpulkan piala kemenangan beberapa program realiti, dua hari lalu.

Menurut individu yang menggunakan akaun di bawah nama Pojie, kesemua trofi yang berada dalam gambar berkenaan sudah dijual.

“Sold. Sayang memang sayang. Terjual semua piala kenangan (program lawak). Insya-Allah ada rezeki lain nanti Ali Puteh dan Melati Fitri,” tulisnya.

Antara yang kelihatan adalah trofi Maharaja Lawak Mega, Muzikal Lawak Superstar, trofi Projek Komedi Warna dan satu lagi pertandingan lawak.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata memuji tindakan Ali berusaha melunaskan hutang dengan pelbagai cara.

“Permulaan yang baik, moga selepas ini terus dimurahkan rezeki dan mendapat tawaran berlakon melimpah ruah,” kata seorang netizen.

“Tidak mengapa. Selesaikan yang ini dulu. Insya-Allah ada rezeki lain, lapangkan hati,” tulis pemilik sebuah akaun media sosial lain.



Pada 2022, Ali Puteh diperintah Hakim Mahkamah Sesyen supaya membayar Siti Nor Hidayah Mohd. Ali sebanyak RM60,000 berhubung kenyataan mengaibkan wanita terbabit dalam Instagram. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 14-2-2024 10:38 AM
yang beli trofi tu apasal ek? sebagai apa? macam kau tak masuk sukan, tapi beli piala kat kedai cenderamata ... macam pelik..
Quote menjad 14-2-2024 10:38 AM
Settlekan dan stop drama yang tak perlu. Move on gitu. Jngan ungkit dan kacau² lagi hidup dayah. Ngerti
Quote HappyGumbira 14-2-2024 10:46 AM
Elok2 boleh femes ,kaya , tumpang kisah jaga anak buah & balu abang. Tp tula, tapi femes juga la sebab kisah balu n anak abang cuma menyebabkan misekin . Padan muka
Quote dewi_rina 14-2-2024 10:48 AM
Dah sold semua, so hutang dah habis bayar ke belum? Takut semua dijual, last-last duit pergi joli.. Tak bayar kat dayah pun..

Btw, hodohnya rambut ko ali oi.. bini endon kau suka mcm gitu eh? Dah habis rempit lah rambut gitu
Quote dewi_rina 14-2-2024 10:51 AM
momen melepaskan kenderaan tersebut sarat dengan rasa sebak sehingga isterinya, Melati Fitri Abdullah menitiskan air mata.


Sedihnyaaaa, mana tahu lepas ni sambal makin laris ye dgn sinetron airmata tu.. Dulu bini si ali ni yg menganjing dayah kan.. Dia cakap kang takut kena saman takleh bayar, tengok skrg laki ko kena saman sampai kena jual harta.. Allah tu Maha Besar!
Quote BoongaKertas 14-2-2024 11:01 AM
dia cari psl, dia juga play victim. ya ampun. mohon settlekan payment as per court order termasuk faedah & kos yg tertunggak dari penghakiman tu.
Quote cik_ingeniare 14-2-2024 11:04 AM
kohkohkoh terpaling berdrama air mata.. masa kau hina kakak ipar kau dulu ada kau fikir? sorry meols takkan support bisnes si litam ni
Quote acikbrown 14-2-2024 11:07 AM
Nasib la ada benda boleh jual buat bayar hutang...
Quote asfaz 14-2-2024 11:08 AM
dewi_rina replied at 14-2-2024 10:51 AM
Sedihnyaaaa, mana tahu lepas ni sambal makin laris ye dgn sinetron airmata tu.. Dulu bini si ali n ...

Padan muka bini dia kan. Menganjing tak hingat.
Quote shahima99 14-2-2024 11:09 AM
terpaling drama ..mintak simpati .. ada gak yg bg gift ya..konon nk byr utang..nanti dh byr jgn lupa rekod n upload ..so ramai lg yg akn simpati...blueekkkk
Quote lilacomot 14-2-2024 11:10 AM
dia ni kalu melawak pun suka nk berdrama air mata uols...sbb lawak tu la depa juara dulu tu...dia tau rkyat malaysia ni mudah simpati

skrg pun ramai dh menyokong silitam ni...dok kutuk dayah...mmg sial jantan ni
Quote sr10 14-2-2024 11:14 AM
Sapa suruh Cari Pasal. Klu buat elok2 awai dulu Harta kau x kena sentuh pun. Bagus la Jadi pengajaran pkd ipar2 Kat luar Sana jgn nak aniaya ipar masing2 yg kematian suami.
Quote dewi_rina 14-2-2024 11:15 AM
asfaz replied at 14-2-2024 03:08 AM
Padan muka bini dia kan. Menganjing tak hingat.

Harap lepas ni ali boleh duduk indon, balik kampung bini jual bakso je..
Quote Sachacha 14-2-2024 11:16 AM
padan muka dgn bini ko sekali....
tak mampu nak rasa kesian dgn depa ni..aura negatif terlalu kuat
Quote dewi_rina 14-2-2024 11:17 AM
sr10 replied at 14-2-2024 03:14 AM
Sapa suruh Cari Pasal. Klu buat elok2 awai dulu Harta kau x kena sentuh pun. Bagus la Jadi pengajara ...

Untuk pakcik makcik jugak, jangan aniaya anak sedara.. Sibuk nak rebut harta bapak dia..
Quote Cyempaka 14-2-2024 11:18 AM
dia sikit pun tak rasa insaf. tetap rasa dia orang yang teraniaya. dasar hati hitam.
tak boleh lupa tasbih kat tangan dulu kemain lagi menunggang
Quote emera 14-2-2024 11:30 AM
Tgk gaya dia buat mcm tu mcm nk tunjuk yg dia salahkan dayah dia terpaksa buat gitu. Gaya mingak simpati & mcm ada makna gittew… sorry aku x bleh husnuzon dgn mamat nih. Ko kena buat mcm tu pun sbb mulut hangsuang korg jugak. X payah kesian kat dua ekor ni.
Quote kucingitam 14-2-2024 11:32 AM
sorry, tak kesian...
Quote johan-adx 14-2-2024 11:35 AM
hidup dlm berhutang ni tak tenang
biar bergolok gadai langsaikan hutang janji tidur malam lena

Lihat semua komen(277)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.247885 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top