CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Cengkung Sebab Diet, Bukan Ambil Bahan Terlarang – Aisha Retno

13-2-2024 11:21 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10534| Komen: 47

Description: SEMAKIN kurus gara-gara kurang makan selepas memakai pendakap gigi mengundang cakap-cakap negatif terhadap penyanyi Aisha Retno.


SEMAKIN kurus gara-gara kurang makan selepas memakai pendakap gigi mengundang cakap-cakap negatif terhadap penyanyi Aisha Retno.

Pemilik nama sebenar Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 23, berkata perubahan fizikal yang ketara termasuk berwajah cengkung sebenarnya berpunca daripada rejim diet dijalani sejak akhir tahun lalu.

“Sejak dapat melayakkan diri ke separuh akhir Muzik Muzik ke 38 akhir tahun lalu saya semakin menjaga pola pemakanan dan kebetulan mula memakai pendakap gigi.

Jadi secara tidak langsung saya kurang makan sehingga beri kesan yang agak cepat, selain muka nampak sedikit cengkung, tetapi bukanlah bermakna saya menggunakan benda tak sepatutnya.

“Apabila didakwa perubahan ini disebabkan bahan terlarang, saya kena jelaskan sebab enggan tuduhan sebegitu membuatkan orang lain percaya,” katanya ketika ditemui pada acara Meet and Greet Paling Ikonik AJL 38 di Pasar Seni, baru-baru ini.


Aisha yang mempertaruhkan lagu Sutera ciptaan dan dendangannya sendiri mendedahkan bakal membawa 30 penari di pentas Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38) pada 3 Mac depan.


Malah, dia juga akan menggayakan pakaian rekaan pereka fesyen, Teh Firdaus yang menghasilkan busana untuk Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja Brunei.

“Saya akan tampilkan ramai penari untuk persembahan di Axiata Arena nanti selain tidak sabar menggayakan busana sentuhan Teh Firdaus.

“Dia menghubungi saya dan menyatakan hasrat menaja pakaian di pentas AJL 38, bahkan ini juga julung kali dia hasilkan rekaan baju untuk artis,” ujarnya.

Begitupun, penyanyi dan komposer berusia 23 tahun itu mendedahkan sedikit sebanyak persediaan menghadapi malam kemuncak pertandingan berprestij itu terjejas susulan kecederaan kakinya.

Katanya, senaman secara berlebihan menyebabkan tisu lembut pada bahagian terbabit cedera, namun kini sudah beransur pulih.

Sebenarnya sudah dua minggu kaki sakit sakit sehingga mengganggu pergerakan sekali gus menyebabkan latihan dibuat ikut kesesuaian, namun sekarang sudah beransur baik.

“Walaupun proses pemulihan mengambil masa, saya harap menjelang AJL nanti semuanya sudah kembali okey,” ujarnya.

Pada peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM38) Disember lalu, Sutera yang juga ciptaan bersama komposer MFMF diangkat sebagai Lagu Terbaik. 

Sumber – HIBGLAM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Andyscenes 13-2-2024 11:24 AM
dia ni siapa?
Quote apech 13-2-2024 11:40 AM
Tak simetri.
Quote sleepandream 13-2-2024 11:45 AM

penyanyi la chuols... bakal beraksi dalam AJL katanyer....
iols pun tak penah dengar lagi lagu sheols... tapi masa big stage dolu sheols nyanyi sedap tiap2 minggu...
Quote lilacomot 13-2-2024 11:49 AM
name penah dgr...tp org nye xpenah tgk...so xtau cengkung ke idok
Quote prince_marhaen 13-2-2024 12:03 PM
meols rasa sheols ada potensi menang AJL ... lagu dia unik2 dan aneh2.. suara power, live power, live macam autotune ori dalam album...

btw, mak sheols katanya artis popular 80-an kat Indo, Jean Retno Aryani. (Tapi meols pun tak kenal & perah dengar nama tu... heheh)




Quote pocongkiutss 13-2-2024 12:08 PM
Lain betul muka dia dgn sepupu dia si peah ye
Quote doubleA 13-2-2024 12:19 PM
Muka dia vibes yindo sgt dia ada darah konoha ke?
Quote chinta89 13-2-2024 12:20 PM
pocongkiutss replied at 13-2-2024 12:08 PM
Lain betul muka dia dgn sepupu dia si peah ye

siapa sepupunya?
Quote razfira0707 13-2-2024 12:23 PM
doubleA replied at 13-2-2024 12:19 PM
Muka dia vibes yindo sgt dia ada darah konoha ke?

mak dia indonesian
Quote Kurex 13-2-2024 12:23 PM
walaupun orang asyik cerita pasal dia, kurex sampai skrg tak kenal siapa ecah ni..
Quote Kurex 13-2-2024 12:24 PM
chinta89 replied at 13-2-2024 12:20 PM
siapa sepupunya?

pia Julia kot..
Quote heythere123 13-2-2024 12:46 PM
pocongkiutss replied at 13-2-2024 12:08 PM
Lain betul muka dia dgn sepupu dia si peah ye

kaka pernah tengok tak gambar peah pre-alterations? desa jua

tapi memang elok lagi la compared to muka aisha ni
Quote doubleA 13-2-2024 12:48 PM
razfira0707 replied at 13-2-2024 12:23 PM
mak dia indonesian

Oo kawen malaysian upgrade la sket
Quote Pujangga22 13-2-2024 01:01 PM


Quote Nozot 13-2-2024 01:06 PM
Kalau remake cerita ponti harum tu sesuai sangat ganti maya karin. Tak payah makeup tebal bagai, tunjuk tang mata tu je dah scary..huhuhu
Anyway good luck aisyah untuk Ajl nanti. Suka tengok sheol menari sambil menyanyi. Macam sharp ja gerakan.
Quote pocongkiutss 13-2-2024 01:45 PM
heythere123 replied at 13-2-2024 12:46 PM
kaka pernah tengok tak gambar peah pre-alterations? desa jua

tapi memang elok lagi la compared t ...

Bg iols pre alteration biasa2 je tp acik porem puji melangit

Tp definitely lg lawa la banding dgn retno..mgkin sbb peah ada mix chinese
Quote heythere123 13-2-2024 02:40 PM
pocongkiutss replied at 13-2-2024 01:45 PM
Bg iols pre alteration biasa2 je tp acik porem puji melangit

Tp definitely lg lawa la banding  ...

jujurly iols terkezut sheols rupanya alter muka. Ingatkan asli helok sangat

tapi kalau compare ngan retno, sheols masih menang jua
Quote slyfynx 13-2-2024 02:54 PM
Maaf ye.
Muke sangat x komersial
Quote slyfynx 13-2-2024 02:56 PM
pocongkiutss replied at 13-2-2024 01:45 PM
Bg iols pre alteration biasa2 je tp acik porem puji melangit

Tp definitely lg lawa la banding  ...

Yg ini kah?

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.065617 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top