CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Karl Shafek Tanggung Rugi RM500,00 Selepas Penaja Tarik Diri – ‘Tiada Hitam Putih Sebab Percaya Melayu Dengan Melayu’

13-2-2024 11:09 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8443| Komen: 36

Description: Pengacara dan pereka fesyen, Karl Shafek mendedahkan dirinya terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM500,000 apabila pihak penaja membuat keputusan menarik diri selepas terbabit dalam acara pertunjuka ...

Pengacara dan pereka fesyen, Karl Shafek mendedahkan dirinya terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM500,000 apabila pihak penaja membuat keputusan menarik diri selepas terbabit dalam acara pertunjukan fesyen yang dianjurkannya, pada tahun lalu.

Ketika ditemui OhBulan!, Shafek berkata pihak penaja berkenaan menarik diri sejurus selepas acara tersebut melabuhkan tirai. Tambahnya, dia kini dalam proses melangsaikan baki hutang membabitkan pembekal dan beberapa pihak lain yang terlibat.

"Saya sebenarnya tidak mahu menanjangkan isu tersebut, tetapi hutang yang saya terpaksa tanggung jumlahnya sangat besar. Kejadian ini berlaku ketika jenama pakaian saya Neonate mengadakan satu pertunjukkan fesyen tahun lalu".

"Sejurus selepas habis acara tersebut, penaja beritahu mereka tarik diri. Sedangkan acara sudah berlangsung. Kos sudah dihabiskan sebanyak RM500,000, jadi itulah yang menjadikan saya hutang dengan supplier. Sekarang alhamdulillah sudah separuh daripada jumlah tersebut saya berjaya lunaskan".


Shafek berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Maha Buffet 2024 yang diadakan di Restoran Mak Kimbong, Bangi, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Shafek yang juga bekas peserta program Masterchef Malaysia akui kesilapan pihaknya yang mana tidak membuat surat perjanjian rasmi dengan pihak penaja terbabit.

"Kesilapan pihak saya juga disebabkan kami tiada satu hitam putih yang bersama pihak penaja itu. Pengakuan sumpah itu tidak ada, kononnya kami percaya dengan mereka sebab perniagaan Melayu dengan Melayu".

"Ketika itu saya sangat stress dan hilang punca tak tahu nak buat apa. Sebab acara itu melibatkan ramai tenaga kerja, saya perlu bayar krew, model 80 orang, lampu LED yang jumlahnya RM150,000 dan lain-lain".

Justeru, dia mengambil pengajaran daripada insiden tersebut agar tidak berulang lagi pada masa akan datang.

"Saya belajar banyak benda susulan kejadian itu. Tolonglah selepas ini buat satu sistem yang tersusun yang ada hitam putih untuk elak ditipu".

Sumber : OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rogue98 13-2-2024 11:15 AM
Berpuluh tahun biz pun bodoh.
Quote sleepandream 13-2-2024 11:16 AM
pendek kata kene scam la..
nak biznes kene professional la lantik lawyer..
jgn kerana cinta ku turutkan... tiberrr
Quote matjerk 13-2-2024 11:21 AM
Sebab tu edukesyen penting. Bende melibatkan 500k boleh pulak kau x buat perjanjian, atas dasar "percaya melayu sesama melayu" bodohnya kau ni
Quote sayurmayur88 13-2-2024 11:28 AM
kene scam. titik
Quote She-Ra 13-2-2024 11:43 AM
zaman sekarang, dgn kawan pun kena berhati2 dan berkira okay
contoh, pegi travel sama "tlg belikan tiket, tlg itu ini"
iols mmg tak akan tlg laaa kalau ko setakat guna air liur
nak2 jenis yg mmg dh ada record tak sedap didengar
kawan tak kawan.. ko nak ikut, bak mai fulusssss
Quote lilacomot 13-2-2024 11:46 AM
lain ek muka dia skrg
Quote Sesuatu… 13-2-2024 11:46 AM
Mmg la penaja tu nk tarik diri. Dia pun tau takde b&w agreement so bukan boleh kau claim apa2. Hearsay je
Quote prince_marhaen 13-2-2024 12:06 PM
bapok terpaling malang, kena scam, kena sihir, kena tipu kawan, semua yang malang tu dia nak claim...nak perhatian ehh? jual baju level2 padini pun ratus2... feeling sangat nyehhhh
Quote mamajawie 13-2-2024 12:29 PM
dia ni macam isim pun ada..dulu herlok la ni macam bapok tembam
Quote QueenIsolde 13-2-2024 01:28 PM
Lainnya muka heshe, dh macam muka allahyarham p.ramlee zaman muda.
Quote KamikuP 13-2-2024 03:34 PM
Patut le hidop selalu tak tenang , senang kene scam pastu depress.. ulang sampai AJM
Quote stania83 13-2-2024 03:57 PM
orang seni fokus buat kerja seni, bagi orang yg pakar handle part business dealings
Quote bottompro 13-2-2024 04:06 PM
tak habis2 cerita ko ni kan,, kejap kena sihir, sekejap kena tipu. yg paling penting, who are youuuuuuuuuuuuuuuuu?
Quote tobobon 13-2-2024 05:22 PM
heols dengan hazeman huzir adik beradik ker?

muka cam se pesen lebih kurang jer..

dulu meols confuse mana satu heols..mana satu si haze...last2 meols tengok..sapa yg tinggi tu heolsla..yg pendek si haze ni
Quote rayna_raynes 13-2-2024 05:33 PM
Bertahun tahun bisnes tp bodoh takde kontrak. Apo
Quote pavlovachoc 13-2-2024 05:41 PM
Baru tai dia pereka fesyen
Quote slyfynx 13-2-2024 05:59 PM
Masalahnye kalau xde agreement, ko pun leh je buat ape2 pas projek berlangsung.
So kisahnye ape2 je mesti ade hitam putih.
Kawan pinjam duit pun kene buat IOU pasni
Quote _kelly 13-2-2024 06:05 PM
melayu la paling tak boleh percaya kalau bisnes
Quote j3m4h 13-2-2024 06:36 PM
Penah jmp kt mid v…dari blkng boleh tau dah jenis kelempuk..xyah radar boleh spot…heol ni yg dulu pak nil ckp. Bakal jd hos letupan kan? LastW sendurina jua…skrg bam2 mcm telan steroid jek…masa neonate tu kuar pon tanjat tetibe heol boleh byk modal buat fashion line …sape penaja yg tarik diri tu? Ex suga ke noks?

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.052336 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top