CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hamil Anak Ke-2, Zahirah MacWilson Alami ‘Morning Sickness’ Teruk, Hilang Selera Makan & Kerap Pening Kepala

13-2-2024 11:06 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7902| Komen: 29

Description: Baru-baru ini, pelakon jelita Zahirah MacWilson mendedahkan bahawa dia mengalami alahan yang teruk sepanjang awal kehamilan anak kedua.


Baru-baru ini, pelakon jelita Zahirah MacWilson mendedahkan bahawa dia mengalami alahan yang teruk sepanjang awal kehamilan anak kedua.



Menerusi hantaran di Instagram Story (IG), Zahirah atau nama sebenar Nur Zahirah MacWilson Zainol MacWilson menjawab soalan pengikutnya yang ingin tahu pengalaman sepanjang tempoh kehamilan anak kedua.

Menurut Zahirah, dia berdepan dengan ‘morning sickness’ yang teruk ketika trimester pertama.

Bukan itu sahaja, pelakon berusia 29 tahun itu juga mendedahkan dia mengalami pening kepala serta hilang selera makan.


"Kehamilan saya semakin baik, Alhamdulillah. Trimester pertama sangat teruk, saya mengalami morning sickness sepanjang hari".

"Saya tak lalu nak makan, saya pening-pening kepala dan nasib baik lepas trimester dua dah okay sikit".

Tambah Zahirah lagi, trimesternya kedua lebih mudah dan kini keadaannya semakin baik.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu turut memberitahu akan mendedahkan jantina bayinya tidak lama lagi.

"Jadi trimester kedua lebih mudah dan sekarang saya okay tetapi saya akan mendedahkan jantina tidak lama lagi".

Untuk info, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Mereka kemudian dikurniakan anak lelaki bernama Issac Raees yang berusia tiga tahun dan kini Zahirah sedang hamil anak kedua.

Sumber: Instagram/OhBulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 13-2-2024 11:54 AM
Okey la tu, masuk 2nd trimester dah takde pening2 lg dr yg sorang tu bertahun2 pening tak kebah2
Quote heythere123 13-2-2024 12:43 PM
buruknya dress pink tu
Quote BoongaKertas 13-2-2024 01:14 PM
kalau ini muka bibik tekya ckp, iols xtaulah iols muka cam kentang dah kekdahnya in accordance to tekya punya rating
Quote Yaya04 13-2-2024 10:23 PM
Congratulation zahirah aiman
Quote evlinne 13-2-2024 10:25 PM
Apasal baju pink dia tu
Dgn pusat terjojol
Quote DeLuna85 13-2-2024 10:51 PM
Ada seluar pregnant. Bila pakai tak nampak pusat.
Quote Kurex 13-2-2024 11:22 PM
mual2 pun nak dijadikan gosip..
Quote aliceinwonder 13-2-2024 11:25 PM
heythere123 replied at 13-2-2024 12:43 PM
buruknya dress pink tu

Tu la nmpk fashion lapuk2 sangat. X sesuai with you zahirah!
Quote IzzahF 14-2-2024 10:47 AM
nape atas baju tu tajam? bra ke tu? mcm tak proportionate plak
Quote dewi_rina 14-2-2024 10:59 AM
sukacactus replied at 13-2-2024 03:54 AM
Okey la tu, masuk 2nd trimester dah takde pening2 lg dr yg sorang tu bertahun2 pening tak kebah2

Ada lagi sorang harini due kan? Dah beranak ke belum tu.. Tengok haritu bersteambot dgn laki kelam dia
Quote Suchi 14-2-2024 11:20 AM
Pregnant tp pinggang ramping
Org kurus kan mmg perut rata je kat rahim je memboyot.
Quote deebiz14 14-2-2024 11:27 AM
Tapi meols tengok video yg sheols jejalan pakai baju pink tu cantekkk sangat. Gambor2 kat atas tu tak give justice on the outfit.Berseri2 sheols. Meols speku bakalan dpt baby gerl.





Quote sukanyanyi 14-2-2024 11:36 AM
sukacactus replied at 13-2-2024 11:54 AM
Okey la tu, masuk 2nd trimester dah takde pening2 lg dr yg sorang tu bertahun2 pening tak kebah2

sape tu? pening sbb weng ke maksud chuols?
Quote sukanyanyi 14-2-2024 11:38 AM
BoongaKertas replied at 13-2-2024 01:14 PM
kalau ini muka bibik tekya ckp, iols xtaulah iols muka cam kentang dah kekdahnya in accordance to te ...

hehehh.. jangan di-compare kita dgn retis, chuols.. tp kalo dgn shushu boleh; iols yakin iols lg comey
Quote sukanyanyi 14-2-2024 11:40 AM
evlinne replied at 13-2-2024 10:25 PM
Apasal baju pink dia tu
Dgn pusat terjojol

betol ke idok iols penah baca ada org cakap, kalo pusat terjojol gini bakalan anak boboi? tu yg iols baca org komen kat ig putri ecah la
Quote sukanyanyi 14-2-2024 11:41 AM
Edited by sukanyanyi at 14-2-2024 11:47 AM
Kurex replied at 13-2-2024 11:22 PM
mual2 pun nak dijadikan gosip..

kan? rasa macam banyak dah baca cerita gini. kalo kita marhaen uwek2 pasangan snirik je peduli.. heheh

eh baru sedar iols reply kat kurex rupanya. maksud iols, kami acik2
Quote sukanyanyi 14-2-2024 11:52 AM
aliceinwonder replied at 13-2-2024 11:25 PM
Tu la nmpk fashion lapuk2 sangat. X sesuai with you zahirah!

alammak nampak sgt taste iols lapuk sbb iols nampak baju tu lawo. pape yg pink sume lawo walopun darat. tp yela jahirah kan, kena la pakai yg moden hollywood-like cikit
Quote sukacactus 14-2-2024 12:39 PM
sukanyanyi replied at 14-2-2024 11:36 AM
sape tu? pening sbb weng ke maksud chuols?

Yelah, yg membibikkan ZM tu lah
Quote sukacactus 14-2-2024 12:43 PM
dewi_rina replied at 14-2-2024 10:59 AM
Ada lagi sorang harini due kan? Dah beranak ke belum tu.. Tengok haritu bersteambot dgn laki kelam ...

Ooo…pasangan cinta jagung tu pun nak meletup dah ye
Lupa pulak dia citer morning sickness teruk aritu
Even xberapa suka couple busuk tu, aku doakan semoga proses kelahiran dipermudah Allah

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.268524 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top