CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Tiada Pihak Ketiga Dan Begitu Juga Dengan Bekas Isteri Saya" – Raf Yaakob Reda Bercerai, Mahu Fokus Jaga Anak

13-2-2024 11:01 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7255| Komen: 15

Description: Bekas suami kepada pelakon Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob menjelaskan bahawa penceraiannya dengan bekas isterinya itu bukanlah berpunca daripada orang ketiga.

Bekas suami kepada pelakon Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob menjelaskan bahawa penceraiannya dengan bekas isterinya itu bukanlah berpunca daripada orang ketiga.

Menerusi temu bual bersama Melodi, Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob berkata, hubungannya dengan Mawar juga dalam keadaan yang baik meskipun sudah beberapa bulan bercerai.


Tambah Raf, dia juga reda dan menerima ujian yang berlaku ini dengan hati yang terbuka.

"Alhamdulillah hubungan saya dan bekas isteri baik-baik saja dan selepas bercerai tiada siapa yang keluarkan sebarang kenyataan".

"Ingin saya terangkan di sini ialah penceraian yang berlaku bukanlah kerana pihak ketiga. Saya tiada pihak ketiga dan begitu juga dengan bekas isteri saya.


"Allah dah kata jodoh kami setakat di sini saja jadi saya terima dan reda".

Dalam pada itu, adik kepada penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menjelaskan bahawa dia dan Mawar kini fokus untuk menjaga hubungan baik mereka demi kebahagiaan anak-anak.

"Selepas bercerai tiada sebarang pergaduhan melibatkan anak-anak dan kami berdua sangat fleksibel bila melibatkan anak-anak".

"Itulah tanggungjawab kami untuk membesarkan anak-anak dalam keadaan yang bahagia.

"Alhamdulillah setakat ini kami sangat positif dengan anak-anak dan insya-Allah mereka tidak akan terkesan dengan apa yang berlaku di antara saya dan Mawar."

Ketika ditanya mengenai jodoh, pelakon berusia 39 tahun itu meletakkan perkara tersebut sepenuhnya kepada Allah SWT dan sama sekali tidak menolak sekiranya ditakdirkan untuk bertemu jodoh semula dengan bekas isterinya, Mawar.

"Soal jodoh ini semuanya ketentuan Allah dan apa yang saya boleh cakap ialah saya akan sentiasa berdoa agar dipertemukan dengan jodoh yang baik-baik".

"Kalau Allah kata saya akan dijodohkan semula dengan dia, dialah orangnya namun jika Allah kata bukan, maka bukan dengan dia.

"Yang penting sekarang ini saya fokus untuk mencari nafkah buat anak-anak dan perbaiki diri saya sendiri".

Sekadar info, Raf dan Mawar mengesahkan mereka sudah bercerai selepas hampir tujuh tahun berkahwin pada Novomber tahun lalu.

Untuk rekod, Raf dan Mawar telah mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata Raden Muhammad, 5, Raden Seri Rosabella Cinta, 3 dan Raden Seri Riyanna Sayang, 1.

Dalam pada itu, Raf juga memiliki dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.

Sumber: TikTok Melodi/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote menjad 13-2-2024 11:33 AM
Dari susur galur mana datangnya nama raden nih... Abang nya xder pulak raden raden nihhhh

Quote Dolmat 13-2-2024 11:51 AM
Edited by Dolmat at 13-2-2024 11:53 AM

Abg muka macam anak bai jual chapati.. yg adek lak muka macam anak mamak jual prata kuah banjir satu! Takde pun titisan mukaaaaaaa RADENNNNNNN tempehhhhhhh..

Adek nyer cara bobal lagi natural better dari abg bobal bibir kemut2 senget2 dgn misai kontot!

Quote prince_marhaen 13-2-2024 12:09 PM
terpaling raden...walhal darah muka keturunan DKK dari sri lanka ke tamil nadu ke, belah2 yindia sana..... hujung2 mengaku melayu sebab arwah bapak senang nak sakau duit politik...
Quote Kurex 13-2-2024 12:21 PM
raden caprutino terpalino hoto
Quote Yaya04 13-2-2024 12:27 PM
Nama dia hebat ehh Raden ape bende tahhh. Ade darah keturunan raden adjeng kartini kot
Quote likilu 13-2-2024 03:23 PM
Pompuan pun nama raden ke?

Kesiannya anak anak dapat nama gitu
Quote KamikuP 13-2-2024 03:23 PM
Dia ni retis ke? Nama raden amboii tak ingatt padahal susur galur mamak kutty jah
Quote becir 13-2-2024 03:26 PM
likilu replied at 13-2-2024 03:23 PM
Pompuan pun nama raden ke?

Kesiannya anak anak dapat nama gitu

Anak nama b40 kuat berangan
Quote aina_shaira 13-2-2024 03:33 PM
Ahad lepas, tengok dia kena interview dekat Melodi, elok je dia jawab. Nampak baik
Quote dewi_rina 13-2-2024 04:46 PM
Fokus jaga anak-anak? Sejak cerai nampak bekas bini ko feeling single mcm anak dara takde anak je..
Quote dewi_rina 13-2-2024 04:47 PM
Raden Seri Raysaa Chanela


Noh nama, macam nama tudung.. Chanella
Quote j3m4h 13-2-2024 06:59 PM
Herlok je ghuper dia ni pong…sesedap ghaser la jugek…tp sblm kwen mawar pon heol. Dah kwen kan…heol dak porex jugeks..dedulu dgn bekas minik pon lovey dovey gaks..tutup serai….dgn mawar pon sama…tp mawar nmpk la lepas serai tu mmg btol2 jd diri sebenar..masa kwen mcm fake sgt terpaksa berbungkus kepala…
Quote miracle_forever 13-2-2024 07:14 PM
lps cerai, asyik dia je yg bagi statement. mawar gst aman2 je carry on with her life
Quote oggy 13-2-2024 07:57 PM
miracle_forever replied at 13-2-2024 07:14 PM
lps cerai, asyik dia je yg bagi statement. mawar gst aman2 je carry on with her life

Haha tu lah kan, terlebih retis pulak dari ex-wife heolls
Quote SalenaGomez 14-2-2024 02:33 PM
menjad: Dari susur galur mana datangny ...


SG macam pernah nampak aritu di ig fazley or wife nya, anak depa pon ada raden cuma fazley maybe x sebut mcm adik nya ni

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.053517 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top