CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kalau Kau Kata Lagu Saya Tak Sedap, Yang Tengok Bobo Di Mana Itu Sahaja 24 Juta" – Aliff Syukri

13-2-2024 10:56 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7796| Komen: 38

Description: Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menganggap karya dan nyanyiannya adalah sekadar hobi dan bukan untuk mengganggu industri muzik tempatan.



Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menganggap karya dan nyanyiannya adalah sekadar hobi dan bukan untuk mengganggu industri muzik tempatan.

Menerusi podcast The Common Folks SG yang dimuat naik di TikTok, Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman menegaskan bahawa dia sama sekali tidak berniat untuk menyekat rezeki penyanyi tanah air.

"Saya tak rasa saya tutup periuk nasi sesiapa".

"Saya menyanyi bukan saya dapat ‘show’, keluar radio atau TV. ‘Chill chill’ sudah.

"Kalau nak kata tutup periuk nasi..saya beri contoh, awak punya job saya ‘sailang’, ada ke bukti show awak kena cancel gara-gara saya?"

Walaupun teruk dikecam namun Alif berkata lagunya pernah mendapat sambutan hangat dan memperoleh jumlah tontonan yang sangat tinggi.

"Kalau kau kata lagu saya tak sedap, yang tengok Bobo Di Mana itu sahaja 24 juta. Habis yang tengok tu hantu, toyol?" 


"Macam korang nyanyi dan post lagu dekat YouTube, sama sahaja. Cuma bezanya korang tak ada duit, buat video klip biasa-biasa. Saya ada duit, saya bayar production dan pemuzik yang bagus. Meriah, orang ramai tonton. Korang view sendu".

Sementara itu, Alif berpendapat setiap orang mempunyai hak untuk berkarya walaupun bukan bergelar anak seni.

"Kadang-kadang kita ada zaman, masa zaman ‘tok kaduk’ mungkin kau ‘hot’, bila zaman kau dah tua mungkin kau sendu".

"Jadi bagilah peluang dan juga ruang kepada saya. Bagi saya untuk saya berkarya sekadar hobi dan bukan disiarkan di TV, ia adalah hak semua orang.

"Saya peminat dan saya suka Datuk Awie tapi kenyataan itu tak boleh pakai sebab saya tengok Datuk Awie pun ada juga jual sambal. Tak ada pula saya marah dia suruh jangan jual sambal".


Sebelum ini media pernah melaporkan penyanyi rock terkenal, Datuk Awie meluahkan rasa kurang senang apabila terdapat segelintir usahawan yang didakwa seakan mahu merosakkan industri muzik dengan lagu-lagu mereka.

Sumber: YouTube The Common Folks SG, TikTok Dherbs/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote penjarasgbuloh 13-2-2024 11:32 AM
ehhh orang pertama komen. Komen saya ---- boleh je kalau nak suka2 menyanyi, mmg duit dia. Tapi cuba la elak bawa aura yang negatif, aura yang tak membawa manfaat kepada masyarakat. Takde la orang marah.
Quote Rogue98 13-2-2024 11:38 AM
Orang bodoh jer suka dengar lagu2 bodoh.
Quote telracs 13-2-2024 12:09 PM
View 24 juta tu....... bukan semua tengok sebab suka dengar lagu tu...... bukan sebab lagu tu sedap.......

Boleh sebut 24 juta alasan juga kenapa orang view....

Tapi, alif sukri ni hensem..... suami orang ...... tengok, boleh.......  kacau, jangan ...
Quote sangbara2020 13-2-2024 12:09 PM
bodoww...tah hape2 mesej yg dia nak sampaikan
ke goreng sutun menggelenyar2 gitu
Quote dua_chzy 13-2-2024 12:10 PM
Pandai juga dia menjawab kan.
Quote dua_chzy 13-2-2024 12:10 PM
Lagu sheol memang catchy walau bodo2.
Quote Kurex 13-2-2024 12:20 PM
iols tgk sebab nak tgk bilangan dislike
Quote Yaya04 13-2-2024 12:23 PM
24 jutaa tu sbb nak tgk sekor2 menggeletis dalam lagu tu
Quote jejai 13-2-2024 12:27 PM
Nyanyi je lif janji jangan lebih2 pakai baju melayu ketat itu yg orang marah macam menghina pakaian traditional
Quote heythere123 13-2-2024 12:42 PM
yang layan heols memang automatik iols label bengap
Quote kucingTomey 13-2-2024 02:05 PM
ramai tak semestinya sedap cik kak oi...tgok barcelona..ramai saje org minat team tu..tapi bodo boleh tahan..hahahah
Quote TomyamPuteh 13-2-2024 08:56 PM
Lagu raya dia yg mula2 dulu tu best.
Quote Piramida 13-2-2024 09:00 PM
Sbb x sedap lah org nak tengok... Nak confirm kan level hauk tu.
Quote codenamedream 13-2-2024 09:00 PM
Teringat Jennie yang batak likes
Quote Binodino 13-2-2024 09:04 PM
Memanglah view juta2. Netizen pakat nak tengok belut letrik terkinja2
Quote syamzana 13-2-2024 09:30 PM
views berjuta bersamaan kejian cercaan makian berbillionzz mendapat
tapiii pedulik apa dia...duit byk sukahati la nak buat apa
Quote LadyCarefree 13-2-2024 09:50 PM
Dah kenapa TinShit tu nak menyampuk bagi sokongan? Konon xsuka xsupport kan? Lupa nak be in character ke?
Quote slyfynx 13-2-2024 10:50 PM
Dulu Friday - Rebecca Black pun byk view.

Tp... korang leh x x payah bg limelight kat die ni.
Die buat lagu pun, x yah la gi tgk.
Die saje je buat camni untuk marketing.
Kalau die x amik bighah utk model tudung, bape ramai je tau yang die ade jual tudung
Quote j3m4h 14-2-2024 12:00 AM
Smp sanggup ke spore studio utk podcast? Ni sama studio yg tyzonpegi tu kan? Dedulu ske la gak mgan toklip ni..tapi lelama bile layan kerenah sengal dia jadi annoying plak…sbb. Sanggup buag content or kontroversi demi popularity heol sajok…yg paling kelakaq tu jual mask mase covid siap demo air x meresap to kantoi…hahahanjewww

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.174636 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top