CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Samseng Jalanan Tular Langgar Kereta JPJ Rupanya Pencuri Kereta

8-2-2024 10:24 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 27796| Komen: 0

Description: KUALA LANGAT – Seorang samseng jalanan yang tular melanggar tiga buah kenderaan termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum ini didapati terlibat dalam kes curi kenderaan.


KUALA LANGAT – Seorang samseng jalanan yang tular melanggar tiga buah kenderaan termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum ini didapati terlibat dalam kes curi kenderaan.

Suspek berusia 20an tersebut ditahan kira-kira pukul 1.30 pagi di sekitar kawasan Kampung Kelanang, Banting di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, siasatan awal mendapati suspek tersebut yang turut mengingkari arahan berhenti penguatkuasa JPJ disebabkan kereta jenis Proton Wira dipandunya itu telah tamat tempoh cukai jalan.

“Hasil siasatan mendapati suspek terlibat dalam kes curi kenderaan berdasarkan rekod cap jarinya. Suspek telah direman selama tiga hari dan permohonan sambungan reman akan dibuat esok,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang samseng jalanan diburu selepas bukan sahaja mengingkari arahan penguat kuasa, malah melanggar tiga buah kenderaan dalam kejadian di Jalan Klang-Banting di sini, Isnin lalu


Kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah hari itu kemudian tular dalam media sosial menerusi video berdurasi 18 saat. 

Sumber  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.042067 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top