CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Fitnah Sultanah Terengganu: Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown Fail Rayuan

8-2-2024 10:35 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 29285| Komen: 4

Description: KUALA LUMPUR: Pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Majistret Kuala Terengganu yang menjatuhkan hukuman penjara dua tahun, se ...


KUALA LUMPUR: Pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Majistret Kuala Terengganu yang menjatuhkan hukuman penjara dua tahun, selepas beliau didapati bersalah atas pertuduhan memfitnah Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.

Menerusi notis rayuan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Rewcastle-Brown merayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya.

Rewcastle-Brown merayu supaya mahkamah menyemak semula keputusan hukuman penjara dua tahun yang dikenakan terhadapnya mengikut Seksyen 323 hingga 327 Kanun Tatacara Jenayah atau Seksyen 31 dan 35 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Selain itu, Rewcastle-Brown merayu untuk tidak hadir semasa pendengaran rayuan itu.

Peguam Guok Ngek Seong mewakili Rewcastle-Brown ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.


Semalam, Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap Rewcastle-Brown setelah didapati bersalah atas pertuduhan memfitnah Sultanah Nur Zahirah, selepas berpuas hati satu kes prima facie berjaya dibuktikan oleh pasukan pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, Rewcastle-Brown yang beralamat di London, United Kingdom telah menulis sebuah buku bertajuk, 'The Sarawak Report-The Inside Story of 1MDB Expose' yang mengandungi tohmahan terhadap Sultanah Terengganu.

Tohmahan seperti yang digariskan iaitu 'the wife of the Sultan' terhadap Sultanah Terengganu pada muka surat tiga, perenggan keempat dan baris ketujuh itu suatu fitnah yang diketahui Rewcastle-Brown akan merosakkan nama Sultanah Nur Zahirah.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada 8 pagi, 14 September 2018 di Lot 60048, Taman Chendering Utama, di sini mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali. 

Sumber – BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jejai 10-2-2024 01:24 PM
Masalahnya ditangkap ke tak.silap2 dia dah kat US
Quote anony-mous 10-2-2024 02:09 PM
Sebenarnya dari dlu xfaham kenapa nama sultanah zahirah terkait. Sbb heols sultanah agong zmn najib jd pm ke?
Quote sharlenetexas 10-2-2024 02:44 PM
anony-mous replied at 10-2-2024 02:09 PM
Sebenarnya dari dlu xfaham kenapa nama sultanah zahirah terkait. Sbb heols sultanah agong zmn najib  ...

Kalau x silap pasal sheols campur urusan negeri. Ada yg spill pasal family kaduk kat kenamaan.

Quote MissYouSayang 10-2-2024 03:06 PM
anony-mous replied at 10-2-2024 02:09 PM
Sebenarnya dari dlu xfaham kenapa nama sultanah zahirah terkait. Sbb heols sultanah agong zmn najib  ...


1Malaysia Development Berhad[10] (1MDB) started off as Terengganu Investment Authority (TIA) which was initiated by the Menteri Besar of Terengganu at the time, Ahmad Said in 2008. TIA was a sovereign wealth fund with an initial fund of RM11 billion (US$3.25 billion in 2008) aimed at ensuring the economic development of Terengganu state.--->wikipadia

Clare "fitnah" sheols gunakan kedudukan as kuin dan sheols campur tangan dalam TIA/1MDB ..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.060313 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top