CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Akan Bersara Pada Jun Depan" - Hattan Mahu Bersara Dari Dunia Hiburan

7-2-2024 11:17 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10172| Komen: 21

Description: Hampir empat dekad berjuang dalam arena muzik, penyanyi Datuk Hattan membuat kejutan apabila mengumumkan mahu bersara pada Jun depan.



Hampir empat dekad berjuang dalam arena muzik, penyanyi Datuk Hattan membuat kejutan apabila mengumumkan mahu bersara pada Jun depan.

Kata pemilik nama sebenar Mohd. Shukri Shahabudin, 60, keputusan tersebut sudah lama difikirkan apatah lagi impian beraksi sepentas dengan gurunya, Datuk M. Nasir dapat direalisasikan bulan depan.

“Saya akan bersara pada Jun depan, jadi saya punya impian dulu masa mula-mula terbabit dalam industri ini, saya mahu belajar dengan Datuk M (M. Nasir)

“Dan (sekarang) saya akan bersara selepas dapat beraksi dengan Datuk M, itu impian saya dan baru kini dapat beritahu.

“Bulan enam kiranya konsert terakhir, konsert ‘farewell’ ‘(selamat tinggal), tapi tengah bincang,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan Konsert Sifu & Aku di MyStudio Sungai Buloh di sini, hari ini.

Penyanyi yang terjun ke arus muzik perdana sekitar 1987 itu turut menyatakan persaraan bukan disebabkan merajuk, sebaliknya menegaskan sudah tiba masa untuknya berundur.



Katanya, konsert Sifu & Aku gandingannya dengan M. Nasir di Kota Kinabalu, Sabah pada 3 Februari menjadi persembahan mega kedua terakhirnya selepas satu lagi konsert sekitar pertengahan tahun ini.

“Saya tak merajuk, saya cuma dah penat. Jadi kena berehat dan kalau boleh tak mahu terbabit lagi dalam konsert besar. Setakat menyanyi suka-suka di majlis kenduri, hari jadi bolehlah.

“Saya dah sampai capai apa yang saya nak, dah sepentas dengan ‘sifu’ saya (dan) dah buat konsert saya. Bagilah orang lain pula, nak relaks. Dah bersara, bersaralah,” ujarnya.

Ditanya sama ada mempunyai perancangan berhijrah ke luar negara, katanya perkara tersebut belum difikirkan memandangkan tumpuannya kini adalah konsert di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kota Kinabalu (SICC) nanti.

Berkenaan konsert itu, Hattan yang teruja berkongsi pentas dengan M. Nasir mendedahkan mereka bakal beraksi selama dua jam dengan menyampaikan lebih 20 seleksi popular termasuk lagu duet.

“Kami sudah lama berlatih, malah persediaan menjelang saat akhir ini semakin rancak, begitu juga dengan pasukan belakang tabir. Pasukan logistik juga sudah ada di Kota Kinabalu.

“Bagi saya dan Datuk M, perkara paling utama sekarang adalah menjaga kesihatan untuk memberikan 100 peratus tenaga pada malam kemuncak itu nanti,” katanya.

Tiket bagi menyaksikan konsert anjuran Ochee Purnama Sdn. Bhd. dan HS Shazlicious Trading dengan kerjasama Borneo Excursions dan Angkatan Hebat Group itu kini sudah dijual melebihi 75 peratus.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 7-2-2024 02:15 PM
Baguslah
..dah umur 60an dah pun...setiap manusia ada matlamat hidup
Quote lilacomot 7-2-2024 02:28 PM
bru terserempak hattan n bini die lepak kt pelita ss15
Quote MsIda 7-2-2024 04:20 PM
Baguslah. Selamat bersara
Quote ezacbee 7-2-2024 04:26 PM
Pastu beberapa tahun muncul lagi.

Demi peminat.

Quote Kurex 7-2-2024 04:34 PM
Macam muka lolok + ajis m osman
Quote I.K.A888990 7-2-2024 04:56 PM
okaaaaaay
selamat bersara
Quote mrseller 7-2-2024 06:36 PM
Bagus la berambus cepat sikit
Quote asamfish 7-2-2024 06:58 PM
gimik nak suruh org pakat berebut beli tiket le tewwww
Quote kepompong 7-2-2024 07:11 PM
define bersara
Quote chacon 7-2-2024 07:18 PM
teringat kisah repotz you tak buat research dulu ke
Quote she 7-2-2024 07:21 PM
Kenapa bukan sekarang?

Dah habis buat research?!
Ke sedor diri kena boikot
Quote Tunakimchi 7-2-2024 07:30 PM
Dah banyak duit. Bersara je lah. X relevan dah pun
Quote fido_dido 7-2-2024 08:14 PM
silakan bersara tok tan duk dendiam kt rumah. dun wori iols akan sentiasa pasang lagu raya chuols setahun sekali
Quote samshik 7-2-2024 09:01 PM
Kene announce meh??? Bkn chu olls pgg jawatan pun..  
Quote sleepandream 8-2-2024 02:13 AM
yoyo ooo je bersara...
marketing nak lakukan jualan tiket konsert padahal..
siap cakap kalau nak nyanyi suka2 dekat kenduri kawin no hal... apooo??
Quote September14 8-2-2024 04:18 AM
Bju tjuk pun dh leh agak nk jual tiket
Quote codenamedream 8-2-2024 04:57 AM
Lagi awal lagi bagus.
Quote MadameOnion 8-2-2024 09:57 AM
sentap ke toktan? tengok mcm tokwie..masih gagah ye buat konsert..suara pun maintain
Quote BoongaKertas 8-2-2024 12:49 PM
hahaha! br mcm nk reply, "selamat bersara...". sekali tiber part konsert...iols jem.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 10:01 AM GMT+8 , Processed in 0.222380 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top