CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Kenapa Tak Saman Orang Yang Parking Sama Tempat Dengan Aku? - Lana Nodin Hilang Sabar Kereta Kena ‘Clamp’

7-2-2024 11:29 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13524| Komen: 75

Description: Pelakon, Lana Nodin berang terhadap anggota penguatkuasa yang didakwa pilih kasih kerana bertindak mengunci tayar keretanya.


Pelakon, Lana Nodin berang terhadap anggota penguatkuasa yang didakwa pilih kasih kerana bertindak mengunci tayar keretanya.

Menerusi luahan panjang di Instagram (IG), Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hassan Nodin pada awalnya sedang mencari tempat letak kereta namun gagal.

Lana yang bimbang dengan keselamatan diri yang ketika itu membawa sejumlah wang ringgit kemudian meletakkan kenderaannya berdekatan bank sebelum anggota penguatkuasa bertindak mengunci tayar kereta.

"Tengah hari  tadi aku pergi bank untuk masukkan duit tunai yang banyak dan aku seorang, kawasan ni memang sangat-sangat susah untuk parking. Jadi aku pun parking di tempat sebelah bank yang aku rasa tidak mengganggu atau block mana-mana jalan yang menyebabkan kesesakan dari aku kena parking jauh bawa duit tunai banyak seorang diri.

"Bila aku keluar bank masa tu tak saman lagi dan aku terangkan semuanya kenapa aku parking dekat situ. Dengan muka sombong berlagak dia kata kalau dikutkan dalam masa 1 minit kena clamp!"


Aktres berusia 44 tahun ini mempertikai anggota penguatkuasa tersebut berikutan terdapat beberapa kenderaan lain yang melakukan kesalahan sama tetapi tidak dikenakan sebarang tindakan.


"Kalau aku parking memang menyebabkan keseksakan jalan sampai kereta tak boleh keluar ke atau block jalan ke aku faham. Yang aku tak faham tak sampai 5 minit aku parking kau beria jalankan tugas yang kononnya buat kerja!"

"Kenapa kau tak saman atau clamp juga van atau orang parking sama tempat dengan aku? Alasan kau sebab ada orang dalam kereta.

"Apa beza aku yang parking dekat situ tak sampai 5 minit kau clamp? Terangkan dekat aku yang duduk dalam kereta berjam-jam lagi lama dari aku, yang parking tak sampai 5 mins kau clamp".

Susulan itu, Lana menyifatkan tindakan berkenaan adalah sangat biadab dan mendakwa anggota penguatkuasa tersebut pilih kasih.

Sumber: IG Lana Nordin/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jebatmaspunyer 7-2-2024 12:23 PM
Aku terfikir gak asal lah bank suka bukak cwgn kat tempat y susah parking? X leh ke spend duit lebih sket bukak kat tempat y ada parking byk. Dah tahu bank ni wajib ada ramai y akan datang untuk urusan kewangan.

Kompleks kerajaan kat Putrajaya pun sama. Request meeting tempat dia tp parking utk org luar x sediakan. Kalau nk parking kena berjalan jauh dari bangunan. Bukan x ada parking basement kat bangunan masing2 tp x benarkan org luar masuk padahal pi sana bukan utk suka2 tp utk urusan rasmi.
Quote abadi84 7-2-2024 12:33 PM
Lenkali pergi 2 org. Sorang tunggu dlm kereta. Sorang pergilah masuk dlm bank.
Dah satu kerja penguatkuasa pulak nak pahamkan kau.
Quote fadz84 7-2-2024 12:48 PM
Buat keje salah, x buat keje kata mkn gaji buta.. hmmm.. dh mmg langgar peraturan tu bayar jela kompaun.. xyah la byk sgt bunyi.. retis kaya kan..
Quote sleepandream 7-2-2024 01:00 PM
org macamni selfish... kata duit banyak ko bayar jela saman tu...
org lain ada orang dalam kereta kalau ada emergency trak bomba ke ambulan ke nak lalu dia boleh alihkan serta merta.... kete ko pulak canggih ke boleh alih kete sendiri? contoh orang kaya yg feeling entitle tapi tak mampu hire assistant/driver...

Quote vanilacup 7-2-2024 01:02 PM
Taman Melawati tu ada bank Muamalat pun susah parking. Laluan area bank tu sangat sempit tapi tetap berdiri gah bank disitu. Memang shop lot tu dicipta utk dtg tapi parking kau pandai2 lah nak hidup...
Quote alien88 7-2-2024 01:06 PM
bank mmg sllu buat dkt tmpt yg susah nk park..
kdg2 tu iolls kawtim dgn pak guard bank suruh tgkkan sbb nk guna CDM ja
pihak majlis pon, lalu kejap ja terus clamp
Quote Miawlover 7-2-2024 01:13 PM
Kena bukak kaunter bank pandu lalu dah ni.
Quote fido_dido 7-2-2024 01:33 PM
sebabkan ini si lana nodin iols nak padankan je muka beliau
duit banyak kan? ate bayo je lah lana oi
Quote emera 7-2-2024 01:39 PM
Hidung kau tu nmpk mcm tengkorak pulak.
Quote rosevelvet 7-2-2024 01:39 PM
abadi84 replied at 7-2-2024 12:33 PM
Lenkali pergi 2 org. Sorang tunggu dlm kereta. Sorang pergilah masuk dlm bank.
Dah satu kerja pengua ...

Pemahaman dia lemah. Retis kan. IQ takat mn je
Quote rosevelvet 7-2-2024 01:41 PM
fadz84 replied at 7-2-2024 12:48 PM
Buat keje salah, x buat keje kata mkn gaji buta.. hmmm.. dh mmg langgar peraturan tu bayar jela komp ...

Dia buat salah lg byk cekadak meroyan knp org lain x kena. Dah ko buat salah kan.
Quote Thunderclouds 7-2-2024 01:45 PM
Usaha dtg b2.
Toksah byk bunyi.
Kalo ko spesis why me why me gini, nk park ikot dan xmau kna saman dtg b2.
Aku penah skali kna saman parking dbkl, parking lebih seminit dr yg aku byo.
Xdan stat enjin keta kuo parking, depa bg saman teruih.
Aku pusing p jln raja laut carik gaduh lar
Quote cikatilia 7-2-2024 02:19 PM
seram nya tgk muka dia atas nun
Quote makton 7-2-2024 02:23 PM
alahaiii kecohnya.. kompem ke parking 5 min je tuuu??
Quote winky1 7-2-2024 02:29 PM
Parking ni sedia kan byk mana pun tak akan cukup. Upahlah kawan or anyone utk drop you dan tunggu. Panjang sungguh dia tulis ye. Macam banyak masa.
Quote prettyuglybabe 7-2-2024 02:52 PM
jebatmaspunyer replied at 7-2-2024 12:23 PM
Aku terfikir gak asal lah bank suka bukak cwgn kat tempat y susah parking? X leh ke spend duit lebih ...

bukan mereka buka tempat susah parking..
tapi sebab ada bank la tempat tu jadi susah parking..
cuba u gi area yang takde bank especially bank major..
tengok crowd kat tempat tu cam mana..

Quote winky1 7-2-2024 03:00 PM
prettyuglybabe replied at 7-2-2024 02:52 PM
bukan mereka buka tempat susah parking..
tapi sebab ada bank la tempat tu jadi susah parking..
cub ...

Betul...dan bank akan buka ditempat yg density population tinggi. Barulah berbaloi operating costs deme. Biz ppl akan kira returns for every sq foot . Tak kiralah tanah tu dia sewa atau own it.
Quote jihah_kudat 7-2-2024 03:00 PM
kalo aku jadi akak penguatkuasa tu pun aku bongkak dengan lana ni..ko siapa dik nak dilayan sopan santun..bukan org tak tahu perangai kekwat ko..teringat video dia turun dari kereta dekat border singapore nak amek gambar no plate kereta belakang dengan jalan mengengkaknye.. so i team akak penguatkuasa..
Quote eira2310 7-2-2024 03:08 PM
yeke 5 min..kata masukkan duit yg byk..deposit thru kaunter ke mesin..kalau mesin takkan la 5 min je kot..kata ramai org..i yg msk duit skit2 pn lebih 5 min...lg2 time org ramai

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-2-2024 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.053025 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top