CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malaysia Negara Ke-19 Paling Aman Di Dunia, Ke-4 Asia & Ke-2 Asia Tenggara. Singapura Di Tempat Ke-6

7-2-2024 11:04 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7626| Komen: 9

Description: Malaysia berada di tangga ke-19 dalam Indeks Keamanan Global (GPI) Edisi Ke-17 yang dikeluarkan baru-baru ini.



Malaysia berada di tangga ke-19 dalam Indeks Keamanan Global (GPI) Edisi Ke-17 yang dikeluarkan baru-baru ini.

Berdasarkan indeks yang dikeluarkan oleh Institut Ekonomi dan Keamanan (IEP), Malaysia mengumpul skor sebanyak 1.513 mata.

Skor berkenaan cukup untuk meletakkan Malaysia antara 20 negara paling aman di dunia, keempat di Asia dan kedua di Asia Tenggara.

Selain itu, Malaysia juga merupakan satu-satunya negara majoriti penduduk beragama Islam yang tersenarai dalam carta 20 negara paling aman di dunia.

Malaysia juga kekal di posisi yang sama seperti kedudukan dalam laporan edisi sebelumnya.

Di tangga ke-18 adalah Hungary dengan skor 1.508 mata, manakala di tangga ke-20 adalah Belgium yang mencatatkan skor 1.523 mata.

Dalam pada itu, Iceland diisytiharkan sebagai negara teraman dengan 1.124 mata, diikuti dengan Denmark (1.31) dan Ireland (1.312).


Manakala Singapura pula, muncul sebagai negara Asia dan Asia Tenggara paling aman di dunia selepas menghuni tangga keenam dalam indeks berkenaan.

Jepun yang berada di tangga ke-9 indeks itu merupakan negara kedua paling aman di Asia, diikuti Bhutan yang berada di tangga ke-17.



Seperti biasa, 20 kedudukan tertinggi indeks tersebut di dominasi oleh negara-negara Eropah.

Menariknya, lima kuasa besar dan juga pemegang kuasa veto di PBB iaitu Amerika Syarikat, Rusia, China, United Kingdom dan Perancis tidak tersenarai dalam kedudukan tertinggi itu.

Bagi edisi ke -17, Indeks Keamanan Global telah menyenaraikan sebanyak 163 negara dan wilayah yang merdeka berdasarkan tahap keamanannya.

Indeks yang dikeluarkan Institute for Economics and Peace (IEP) bertujuan untuk mengukur tahap keamanan pada peringkat global.

Menurut IEP, laporan ini dibentangkan menerusi hasil analisis berasaskan data yang menyeluruh terhadap trend dalam keamanan, nilai ekonomi dan bagaimana cara untuk membangunkan masyarakat yang aman.

Indeks itu mengukur 163 buah negara, iaitu kira-kira 99.7 peratus daripada populasi dunia.

Laporan ini menggunakan 23 indikator kualitatif dan kuantitatif dari sumber yang sahih.

Kemudian, indeks ini akan mengukur tahap keamanan melalui tiga jenis domain.

Tiga domain itu adalah tahap keselamatan masyarakat, konflik domestik dan antarabangsa yang sedang berlangsung dan kekuatan ketenteraan.

Sebagai tambahan untuk membincangkan hasil dapatan dari 2023, laporan ini turut menyertakan analisis berkenaan konflik yang sedang berlangsung serta konflik yang bakal berlangsung pada masa yang akan datang.

Keputusan pada tahun 2023 menujukkan purata tahap keamanan global telah merosot sebanyak 0.42 peratus. Ini merupakan kemerosotan untuk kali ke-13 dalam skor keamanan sejak 15 tahun lepas.

Skor keamanan bagi 84 buah negara dilaporkan telah bertambah baik, manakala 79 negara lagi dilaporkan merosot pada 2022.

Sumber: Global Peace Indeks 2023/SiakapKeli

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingergrumpy 7-2-2024 11:16 AM
Geram aku... spore selalu beat kita sedangkheun kita negara Islam contoh seantero dunia...

Bukankeww  ISLAM iteww keamanan...kedamaian?

Huh....apa nak jadi dgn kita kheun....?

Quote Kak-Rohana 7-2-2024 11:16 AM
jgn malu maluin.....
Quote sambaldurian 7-2-2024 11:19 AM
Singapore tu patut 'berterima kasih' la jgk dgn pekerja2 Msia, jenis x bnyk songeh. Sini, dok pungpang2 maling la , last2 nk jgk masuk kt jeti haram. Tu belum lg migran yg bnyk cekadak yg feeling2 entitled pelarian UN lg.
Quote stingergrumpy 7-2-2024 11:23 AM
sambaldurian replied at 7-2-2024 11:19 AM
Singapore tu patut 'berterima kasih' la jgk dgn pekerja2 Msia, jenis x bnyk songeh. Sini, dok pungpa ...

And what make you think jika tidak kerana pekerja kita bekerja disana...yg buat hal...she would have gotten higher ranking? Perhaps top 3?

Giteww aku membacking
Quote Simunggu 7-2-2024 11:27 AM
Malaysia banyak PTI..indon, pilak, bangla, myanmar, rohingia, negro...
Quote sambaldurian 7-2-2024 11:12 PM
stingergrumpy replied at 7-2-2024 11:23 AM
And what make you think jika tidak kerana pekerja kita bekerja disana...yg buat hal...she would ha ...

Aiyoh ingat sana ada pekerja Msia jeke. Half of them mau mainland. Myb yg menjatuhkan warga PRC ke. Cuba ko tgk yg kiasu2 buat hal dlm MRT sana, tetiba jd setan kepanasan xleh dgr azan dr mobile awam / staf kedai siapa nok.
Quote Skuau 7-2-2024 11:35 PM
Edited by Skuau at 7-2-2024 11:38 PM

"Ya benar banget pak...GUE AMAN AMAN aja di Malesia"-PATI Indon
Quote B40tastePosh 8-2-2024 12:40 AM
Yang membuat Malaysia tak aman adalah @nusaraya , selalu bikin kecoh
Quote OshinDaSolja 8-2-2024 05:45 PM
Congratulations...keep it up..jgn bagi Bersih buat demo nnt abis rating kita jatuh...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.075534 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top