CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Viral Isu USD1/RM6.24 Di Google, Ini Penjelasan Bank Negara Malaysia

7-2-2024 11:00 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7716| Komen: 5

Description: Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan menjelaskan berkenaan isu kadar pertukaran ringgit yang tidak tepat di Google yang menjadi viral hari ini.


Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan menjelaskan berkenaan isu kadar pertukaran ringgit yang tidak tepat di Google yang menjadi viral hari ini.

Penjelasan berkenaan dimuat naik oleh BNM di platform X sebentar tadi.

“Bank Negara Malaysia (BNM) ingin menjelaskan tentang data kadar pertukaran ringgit yang tidak tepat, termasuk kadar USD/MYR, yang diterbitkan oleh Google pada 5 Februari 2024,” kata BNM.
Menurut BNM, kadar pertukaran USD/RM yang sebenarnya adalah berbeza berbanding data tidak tepat tersebut.

“Julat perdagangan tinggi dan rendah bagi USD/MYR yang dicatatkan dalam pasaran antara bank tempatan bagi ringgit adalah antara 4.7480 dengan 4.7630 pada 5 Februari,” kata BNM lagi. 
Dalam pada itu, BNM turut mengingatkan agar orang ramai berwaspada dan menggunakan sumber yang disahkan sebagai rujukan utama.

“Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dalam menggunakan sumber yang tidak dapat disahkan sebagai rujukan berhubung dengan ringgit.”



Terdahulu, kecoh di media sosial hari ini apabila Google menunjukkan kadar pertukaran USD1 ke ringgit yang melebihi RM6.

Data tersebut nyata mengejutkan banyak pihak dan menjadi pertanyaan warga maya.

Sumber: X/Bank Negara Malaysia/SiakapKeli


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adiksha 7-2-2024 01:14 PM
pling terkejut kalau dia jadi RM2.50 = 1 USD
[em:22:]
Quote Kitty_catz 7-2-2024 01:54 PM
mmg le, glitch je ni, bukan against ringgek je but other currencies jugak

kut tengok kat xe.com takde pun record 6.24 tu
Quote OshinDaSolja 7-2-2024 01:57 PM
bole jd glitch bole jd currency attack... seramm...
Quote kemaruk 7-2-2024 01:58 PM
Spike camni benda biasa je kalau selalu tengok graf forex atau saham

Macam biasalah acik2 bimbo penasaran
Quote MissYouSayang 7-2-2024 02:21 PM
X mustahil kalo bapok tua tu still ada..bila org sastera nak jaga kewangan negara

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.195924 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top