CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Miliki Wang Tunai Lebih RM3,000 Ketika SJR: 10 Polis Trafik Ditukar Ke Pentadbiran

7-2-2024 10:55 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8133| Komen: 22

Description: PUCHONG - Seramai 10 anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya yang disiasat berhubung penemuan wang tunai lebih RM3,000 semasa melaksanakan operasi telah ditukar penugasan ke ...


PUCHONG - Seramai 10 anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya yang disiasat berhubung penemuan wang tunai lebih RM3,000 semasa melaksanakan operasi telah ditukar penugasan ke bahagian pentadbiran.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, semua mereka akan melakukan tugasan pentadbiran sehingga siasatan selesai.

"Siasatan itu dilakukan hasil dari tindakan dalaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) di mana kita menjalankan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan anggota yang terbabit dengan penguatkuasaan ini mengikut SOP.

"Berhubung penemuan semalam, kes ini masih dalam siasatan, kita perlu siasat sama ada wang yang ditemui adalah wang milik sendiri atau ada elemen-elemen lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen dan Advokasi Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina 2024 di Plaza Tol Puchong Selatan di sini pada Isnin.


Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Kebajikan Sosial (Perkeso), Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Amanat Lebuhraya Rakyat Bhd (ALR), Sazally Saidi.

Pada Ahad, Sinar Harian melaporkan 10 anggota polis trafik termasuk seorang pegawai berpangkat Inspektor disiasat berhubung penemuan wang berkenaan di dalam beg dan kereta peronda mereka ketika menjalankan Op Alkohol.

Mengulas lanjut, dalam perkembangan lain, kata Hussein, berkuat kuasa pada Isnin, Polis Selangor telah mengeluarkan mobiliti 575 anggota sarjan ke bawah yang terlibat dalam penugasan barisan hadapan.

"Anggota Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang telah bertugas lebih enam tahun akan ditukarkan ke unit lain.

"Ini satu usaha untuk cegah sebarang elemen negatif dan kita tidak mahu anggota yang terlalu lama ini terlalu selesa," ujarnya.


Sumber : Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 7-2-2024 11:00 AM
Tukar je ke dept lain
Patut ko suspend je
Quote Thunderclouds 7-2-2024 11:53 AM
Patu depa wat taik kt situ tuka tpt lain pulek.. Ulang² sajm.
Kalo terus buang bila wat taik mesti ramai jujur bila wat keja.
Bodo.
Quote AnBulisia 7-2-2024 11:57 AM
sapu bawah karpet je lah
Quote alieyrina 7-2-2024 12:36 PM
syok la duk admin kan. Leh minum2 sampai 3 jam. Balik awai
Quote gigahertz 7-2-2024 02:00 PM
krustykrab: Tukar je ke dept lainPatut ko suspend je

lepas ni check laci pentadbiran ada lagi RM 3000 ????

Quote kitty_lynne 7-2-2024 02:04 PM
Ermmmmmmmm seperti biasa la kan… sampah
Quote stingergrumpy 7-2-2024 02:08 PM
Menukar ke department pentadbiran...hanya ibarat mengalihkheun perangai menge pow dari satu bahagian ke bahagian lain.....tidak address the seriousness of the issues...
Quote TeropongThaico 7-2-2024 02:12 PM
Patut dibuang je tak perlu disimpan
Quote prettyuglybabe 7-2-2024 02:54 PM
kalau tak melibatkan urusan dengan awam, kempis perut polis tu nanti
Quote Firenzza 7-2-2024 04:42 PM
prettyuglybabe replied at 7-2-2024 02:54 PM
kalau tak melibatkan urusan dengan awam, kempis perut polis tu nanti

Kannnn.....patutnya bdn uniform bdn fit perut six pack.....
Quote Decaffeinated 7-2-2024 05:24 PM
Lepas 3 bulan start lah miss installment kereta.

Masa ni lah nampak dari mana sumbernya selama ini.
Quote shida81 7-2-2024 09:32 PM
Knp x buang.. Best la mcm ni
Quote Rogue98 7-2-2024 10:52 PM
Polis yg rasuah 100% ...cuma kena tangkap ke tak jer.
Quote sambaldurian 7-2-2024 11:25 PM
Untung le dpt mgmt fikir budi bicara, myb polis tu cerita bini dia asyik nk tukar perabot je, " org lain tukar brg, dia mau tukar brg" .mak pulak nk telekung SK, Anak berderet ramai. Sbb tu buat side income - jd kesian , tukar dept la jwbnye
Quote nono86 7-2-2024 11:41 PM
Buang aje la bila dah terbukti bersalah.. makin menjadi jadi pulak sekarang ni.. antara bala buat malaysia, nasib la badan
Quote Nurdianah 8-2-2024 11:33 AM
makin nonsense polis sekrang
Quote mojarean_X 8-2-2024 11:40 AM
Decaffeinated replied at 7-2-2024 05:24 PM
Lepas 3 bulan start lah miss installment kereta.

Masa ni lah nampak dari mana sumbernya selama ini. ...

Kete H ke?
Quote Decaffeinated 8-2-2024 11:56 AM

Secondhand. Steering pun dah nak tercabut tapi huruf H tu maintain lah guna gam gajah.

Quote jfq 8-2-2024 12:15 PM
Huntongla dpt transfer ke admin. Dok dlm aircond goyang kaki aje tak payah diri tengah panas

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.053039 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top