CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Upin & Ipin Merupakan Sebahagian Daripada Zaman Kanak-Kanak Saya", Ini Pandangan Bangsa Cina Dan India Terhadap Siri Animasi Tempatan

7-2-2024 10:42 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7455| Komen: 9

Description: Siri animasi tempatan seperti Mechamato dan Ejen Ali telah berjaya menembusi pasaran luar dan menerima reaksi positif daripada para peminat global.


Siri animasi tempatan seperti Mechamato dan Ejen Ali telah berjaya menembusi pasaran luar dan menerima reaksi positif daripada para peminat global.

Sementara di pasaran tempatan pula, boleh dilihat siri animasi ini menerima sokongan padu terutamanya daripada bangsa Melayu kerana penggunaan bahasanya. Susulan itu, ramai pasti tertanya-tanya bagaimana pula penerimaan bangsa lain terhadap siri animasi hasil anak tempatan ini.

Seorang pengguna Reddit telah menanyakan soalan bagaimana penerimaan bangsa lain terhadap siri animasi tempatan dan meluahkan pengalamannya melihat ia hanya ditonton oleh bangsa Melayu dan Bumiputera. Ternyata, hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi daripada sejumlah pengguna tempatan daripada berbilang bangsa.



Bagaimanapun, rata-ratanya pengguna menyatakan sokongan terhadap siri animasi yang majoritinya dihasilkan oleh bangsa Melayu. Malah, ada yang mendedahkan bahawa mereka turut membesar dengan sebahagian siri animasi tersebut dan masih menjadi tontonan buat anak-anak masing-masing.

“Sebenarnya saya selaku bangsa Cina, Upin & Ipin merupakan sebahagian daripada zaman kanak-kanak saya. Keluarga saya tidak mempunyai Astro. Jadi, saya tonton semua rancangan kanak-kanak di TV9. Malah, saya belajar bahasa Melayu daripada rancangan ini,” kongsi seorang pengguna .


“Saya terkejut dengan kenyataan pengguna ini. Saya selaku berbangsa Cina sendiri, saya merasakan komik BoBoiBoy agak menarik sewaktu kecil dahulu. Bahkan, saya tidak pernah mengenali mana-mana rakan berbangsa Cina yang benci terhadap filem-filem animasi tempatan,” ujar seorang pengguna lain.

“Saya suka siri animasi tempatan dan bawa anak saya menonton filem Ejen Ali dan BoboiBoy. Anak perempuan saya sangat suka filem Puteri. Animasi ini memang bagus,” kata pengguna lain.

“Saya bukan bangsa Melayu atau Bumiputera. Saya sangat menikmati animasi tempatan terutamanya rancangan Ejen Ali dalam dub bahasa Inggeris. Sementara, BoBoiBoy Galaxy dan Upin & Ipin pula  lebih sedap untuk dilayan dalam bahasa Melayu.


Saya rasa ini bukan sebab isu bangsa, tetapi lebih kepada rancangan itu sendiri lebih dekat dengan komuniti Melayu dan budaya.

Kita kadang-kadang akan menonton rancangan yang lebih relevan kepada kita kerana merasa seperti sebahagian komuniti atau berkait budaya masing-masing,” ungkap seorang pengguna yang bukan hanya meminati siri animasi tempatan bahkan meminta agar lebih banyak publisiti dibuat bagi pendedahan ramai.

Walaubagaimanapun, masih ada segelintir individu yang mendedahkan tidak mengenali sebarang siri animasi tempatan kerana penggunaan bahasa Melayu dan merasakan kurang menarik  dek kerana kewujudan filem atau siri animasi daripada negara lain.


SUMBER : Reddit/The Vocket

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azimodin 7-2-2024 01:19 PM
Bawak anak tengok wayang movie ejen ali, mechamato & boboiboy. Tbh, rasa impressed betul tengok mechamato sebab visual cantik, especially bandar yang menggunakan bandar hilir sebagai blueprint.
Boboiboy sori pon jauh bertiang2 lagi cantik jika dibandingkan dengan season sebelumnya.
Upin ipin lepas dah tambah susanti aku x berkenan sangat. Opah dia tu sangat typical opah2 yang pilih kasih, mengingatkan aku pada nenek aku. Lagi la aku menyampah

Lawak kampus pon dah ada animation kat astro ceria. Aku rasa boleh pergi jauh. Gempak starz punya komik2 banyak yang best.
Quote gigahertz 7-2-2024 02:02 PM
Pelbagai kaum dalam satu animasi ni Malaysia je boleh buat.
macam2 kaler ada. hitam putih coklat . sepet / mata bulat.
Quote Sangkar_Emas7 15-2-2024 10:40 AM
Upin Ipin always the best. ade few episode mmg boleh buat nangis/ sebak. But Ejen Ali pon best...gempak. tak sangka betul. Just letih nak tunggu season 3 ngn the movie yg ke 2...production dia macam a bit slow compare upin ipin.

Boboiboy...i tak sanggup nak tengok walaupon anak2 i asyik la dgn kuasa petir ape la. sebab taknak ternanti2 mcm ejen ali. cukup laa layan 2 animasi je. kang tak berasap dapur kang,
Quote bulalof 16-2-2024 07:29 AM
cuma next time utk local animation ni, watak2 yg bukan Melayu diharap ambil pelakon2 yg memang bukan Melayu.
Quote Simunggu 16-2-2024 07:51 AM
upin ipin bukan zaman kanak kanak saya...cumi & ciki pun bukan zaman saya...zaman saya TV hitam putih tu shj saya ingat, ada 1-2 siaran & pandai tamat tempoh siaran hariannya...
Quote copy_paste 16-2-2024 09:22 AM
aku layan ejen ali dengan boboiboy sama2 dengan anak2 aku,kalau aku skip episod boleh tanya anak aku hahahaha
Quote akies 16-2-2024 09:44 AM
Iols layan je cerita upin ipin, boboiboy..ejen ali..semua tu..
Sebab teman si adik tengok tv..
Dah besar anak2 ni nanti takkan nya diorg nak tgk
cite tu lagi
Quote batmana 16-2-2024 10:08 AM
BoBoiBoy tu xsesuai utk kanak-kanak
.buat bdk2 khayal psl kuasa2 , bergaduh tak abis2 bagai..pengajaran xde..elok tgk klip sang kancil dgn buaya zmn dulu kala tu.
Quote wadiunong 16-2-2024 02:01 PM
Upin Ipin tetap pojaan hati iols sampai bila2. hopefully ada lg movie baru

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.177700 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top