CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pekerja Kencing Di Longkang, Restoran Mamak Kotor Diarah Tutup Kali Ketiga

7-2-2024 11:07 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10652| Komen: 35

Description: Melaka: Sebuah restoran mamak di Jalan Hang Tuah di sini diarahkan tutup selama dua minggu kerana beroperasi dalam persekitaran yang kotor.


Melaka: Sebuah restoran mamak di Jalan Hang Tuah di sini diarahkan tutup selama dua minggu kerana beroperasi dalam persekitaran yang kotor.

Timbalan Pengarah Kesihatan (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Dorothy Dayang Henry Sum berkata arahan penutupan selama 14 hari bermula petang semalam itu dikeluarkan selepas pihaknya melakukan pemeriksaan mengejut susulan aduan orang ramai.



Beliau berkata serbuan juga dilakukan berikutan video tular berdurasi 21 saat yang memaparkan seorang pekerja restoran terbabit kencing secara terbuka di longkang di belakang premis menjual makanan berkenaan.


"Hasil pemeriksaan kita turut keluarkan empat notis kompaun bernilai keseluruhan RM1,500 atas pelbagai kesalahan. Premis diarahkan tutup di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 kerana tidak bersih, selain premis ini juga memperoleh markah 64 peratus ke bawah hasil daripada penilaian yang dilakukan penguat kuasa," katanya pada sidang media selepas melakukan pemeriksaan di premis itu semalam.

Dorothy Dayang berkata pihaknya turut mengesan puntung rokok dan perkara itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan perbuatan merokok tidak boleh dilakukan di dalam premis penyediaan makanan serta perlu jarak sejauh tiga meter dari meja terakhir.

"Kita juga dapati tiada tandas di dalam premis ini, yang ada hanyalah di stor iaitu di bangunan bersebelahan premis, namun tidak mempunyai air menyebabkan pekerja terpaksa menggunakan tandas di tempat lain," katanya.

Beliau berkata restoran itu sebelum ini pernah diarahkan tutup sebanyak dua kali pada 2022, bagaimanapun tetap mengulangi kesalahan sama, justeru menjadi tanggungjawab pemilik dan pengendali makanan untuk memastikan premis mereka bersih setiap masa.

"Premis makanan yang didapati tidak mematuhi elemen-elemen penting kebersihan akan diberi bimbingan untuk mengambil tindakan pembetulan bagi meningkatkan tahap kebersihan dan jika masih ingkar, boleh dikenakan arahan penutupan di bawah akta berkaitan," katanya.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaninja 7-2-2024 11:09 AM
Euwww
Quote lilacomot 7-2-2024 11:11 AM
yuck...bg tutup trus je laaa..
Quote Thunderclouds 7-2-2024 11:32 AM
Urgghhhhhhhh... Paling geli kencingrata ikot dan.
Quote Kurex 7-2-2024 04:37 PM
dulu iols rajin ke mamk, lepas tengok mamak kacau air iols dengan jari je, terus iols kembang tekak nak pergi mana2 mamak (kecuali yg bersih) tapi adakah mamak bersih?
Quote tripleid 7-2-2024 05:14 PM
Mamak x risau bukak tutup byk kali pun sbb dorg tahu kotor mcm mana pun melayu tetap dtg mncekik kat  kedai dorg...
Quote I.K.A888990 7-2-2024 05:19 PM
penmabah rasa kah lepas kencing tgn tah basuh tidak nyam nyam nyam lazat sehingga menjilat ibu jari kaki
Quote Skuau 7-2-2024 05:20 PM
Edited by Skuau at 7-2-2024 05:22 PM

"Saiya suka malezia...SINANG KINA KINCIN SAMA KITA LA...lokal worang banyak malas kincin ini macam"-Abangla Mamak
Quote Decaffeinated 7-2-2024 05:53 PM
Dia kencing dalam longkang kenapa restoran yang kena tutup?
Quote kepompong 7-2-2024 05:56 PM
Decaffeinated replied at 7-2-2024 05:53 PM
Dia kencing dalam longkang kenapa restoran yang kena tutup?

restoran tu tak sediakan tandas ... pekerja punya ramai camne semua pekerja nak lepaskan hajat? maybe 1 org je tak sampai hati nak kencin blakang tempat basuh pinggan/sinki... terus kantoi. yg pekerja lelain selamat sbb kencing je area masak/basuh pinggan
Quote Decaffeinated 7-2-2024 05:59 PM
kepompong replied at 7-2-2024 05:56 PM
restoran tu tak sediakan tandas ... pekerja punya ramai camne semua pekerja nak lepaskan hajat? ma ...

Ini fakta ka?

Quote OshinDaSolja 7-2-2024 06:03 PM
Decaffeinated replied at 7-2-2024 05:53 PM
Dia kencing dalam longkang kenapa restoran yang kena tutup?

it's about overall hygiene...maybe lepas dia kencing tu dia tak basuh and then maybe terus serve customer or prepare dishes inside kitchen... it's a big issue
Quote kepompong 7-2-2024 06:05 PM
Edited by kepompong at 7-2-2024 06:21 PM
Decaffeinated replied at 7-2-2024 05:59 PM
Ini fakta ka?


baca artikel.

jab kesihatan check sbb gambar kencing tu viral.... memang dia kencing luar premis, kalau dlm premis ada toilet, pekerja tu je lah kena denda. tapi turns out tkde toilet??? how on earth pekerja kedai mamak yg ramai camtu nak lepas kan hajat?
Quote kepompong 7-2-2024 06:06 PM
OshinDaSolja replied at 7-2-2024 06:03 PM
it's about overall hygiene...maybe lepas dia kencing tu dia tak basuh and then maybe terus serve c ...

jabatan kesihatan check restoran tu. byk giler kesalahan (ada tulis kat artikel)
Quote Decaffeinated 7-2-2024 06:14 PM
OshinDaSolja replied at 7-2-2024 06:03 PM
it's about overall hygiene...maybe lepas dia kencing tu dia tak basuh and then maybe terus serve c ...

Hmm... dua kali maybe. Fyi restoran berbintang pun belum tentu pekerja dorang lepas kencing basih nonenk tu. But then again, apa kaitan...

Quote Skuau 7-2-2024 06:42 PM
Edited by Skuau at 7-2-2024 06:44 PM
Decaffeinated replied at 7-2-2024 05:53 PM
Dia kencing dalam longkang kenapa restoran yang kena tutup?


Itu kalo tutup longkang ka dey???..supaya manggala tidak kincin sama itu longkang..
Quote lolipopmanish 7-2-2024 06:46 PM
Pengotorrrrrrr euwwwww
Quote awannano93 7-2-2024 06:55 PM
Insaf nk makan kedai mamak pasni ????
Quote B40tastePosh 7-2-2024 09:02 PM
Kurex replied at 7-2-2024 04:37 PM
dulu iols rajin ke mamk, lepas tengok mamak kacau air iols dengan jari je, terus iols kembang tekak  ...


Probiotik tu

Lagipun jari kita ni ada enzim kate Melayu
Quote noell 7-2-2024 09:08 PM
Kurex replied at 7-2-2024 04:37 PM
dulu iols rajin ke mamk, lepas tengok mamak kacau air iols dengan jari je, terus iols kembang tekak  ...

tuh dia tgh jampi dlm ayaq hg la kurex

kalo tgk cerita melayu camtulah tokmoh dok kacau ayaq lps potong limau purut dlm mangkut lps tuh suruh hg minum

klas hg nyah mamak pun bole jatuh cinta dgn hg

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.100830 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top