CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Itu Bukan Nama Sebenar Musa..” – Suami Mizz Nina Dakwa Nama Anak Angkat Yang Didedahkan Oleh Noh Salleh Adalah Palsu

6-2-2024 09:52 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14540| Komen: 124

Description: Tiba di Mahkamah Tinggi Shariah Shah Alam pada pagi tadi sebagai wakil kepada isterinya, Mizz Nina, Essam Mohammad tampil menafikan nama sebenar anak angkatnya yang pernah didedahkan sebelum ini di me ...

Tiba di Mahkamah Tinggi Shariah Shah Alam pada pagi tadi sebagai wakil kepada isterinya, Mizz Nina, Essam Mohammad tampil menafikan nama sebenar anak angkatnya yang pernah didedahkan sebelum ini di media sosial.

Menurut Essam ketika dirinya memberi kenyataan, nama sebenar Musa bukanlah Musa Mohammad Noh Bin Abdullah seperti yang dihebohkan di media sosial. Namun, dirinya enggan mendedahkan nama anak angkatnya itu kepada media.

"Itu bukan nama sebenar Musa. Saya di sini ingin menegaskan bahawa nama penuh Musa yang kononnya disebut di internet tempoh hari adalah tidak benar.   

"Dia (Noh Salleh) telah memberikan informasi yang salah di internet.   

"Saya tak akan mendedahkan nama penuh sebenar Musa kerana ingin melindungi identiti dan maklumat peribadinya kepada umum".


Bukan itu sahaja, Essam juga memberitahu bahawa dirinya dan Mizz Nina ada dokumen-dokumen sah berkaitan hak penjagaan Musa.

Menurutnya lagi, dia meminta agar Noh berhubung dengannya sekiranya mahu berbincang berkenaan isu penjagaan Musa dan bukan melalui Nina.

"Isteri saya mempunyai dokumen yang sah untuk menjaga Musa. Saya di sini mewakili isteri saya iaitu Mizz Nina ingin berkata bahawa tiada seorang anak pun yang patut diambil daripada penjaga tanpa keizinan daripada ibu bapanya.   

"Jangan cari isteri saya, carilah saya. Kalau dia mahu berkomunikasi dengan saya, media sosial saya masih publik".


Sekadar info, Noh dan Nina telah sah bergelar suami isteri pada Julai 2011 namun bercerai pada Ogos 2022. Kini, Noh dan Nina masing-masing telah berumah tangga buat kali kedua dengan pasangan tersendiri.

Sumber : Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bottompro 6-2-2024 10:30 AM
Berkopiah. Tp pakai rantai. Redflagggg
Quote Binodino 6-2-2024 10:53 AM
Macik tuding oren dalam video tu. Entah apa yang beliau pikir bila tengok si essam tu bercakap2 dengan bermacam2 gesture
Quote arffa 6-2-2024 11:12 AM
so Noh tak salah la ye bab reveal nama anak kalau itu bukan nama sebenarnya
Quote hashashes 6-2-2024 11:29 AM
Aku kalau cakap dengan essam ni mesti kena berdiri jauh2 sikit tangan dia tak boleh diam ke. Taktau tengah rapping ke tengah bercakap
Quote Fly_over 6-2-2024 12:48 PM
cringe tgk si essam ni bercakap. tak boleh nk tgk sampai abes. ribut sgt ko dah kenapa bang?
mesti noh dgn kawan2 dia gelak tgk..
Quote fair_iza 6-2-2024 01:42 PM
Bukan ke ms diperkenalkn dgn nm musa? Atau muhamad noh shj yg rekaan, musa dh betul? Bg balik lh kpd mak kandung
Quote HujanBatuTiga 6-2-2024 01:43 PM
Elok lagi la gaya bercakap gini dari brcakap sambil hembus asap berkepul kan?
Quote AnnaSendin 6-2-2024 02:09 PM
Herloks dapat laki persis defensive gini untuk counter noh. Heyyy nohludahhaktuihhh, nasib baik sajork uols cari onar dengan famili kaya tapi baik gini. Kalau cari onar dengan famili roastmah, haruslah kepala uols kat bukit antarabangsa, badan kat klang.
Quote asma87 6-2-2024 02:10 PM
Kelakar pulak aku baca komen kat ig mstar....suruh mamat Jual kebap ni diam

Mentang2 la seksek arob je yg muka jual kebab
Quote jejai 6-2-2024 02:29 PM
Kisah pulak nama betul apa.banyak lagi benda nak fikir weh
Quote dua_chzy 6-2-2024 02:31 PM
Hek heleeehhhh suka la Maghribi ni dapat media attentionnnnnnnn
Quote joy_ah 6-2-2024 02:38 PM
kalo betul noh takde hak, campak ajelah kes tu ke tong sampah.
Quote gerbera.memopad 6-2-2024 02:42 PM
Annoyingnya mamat rapping ni. Samalah dengan Noh jua so kesimpulannya taste Nina memang tak boleh blah
Quote mamajawie 6-2-2024 02:43 PM
asma87 replied at 6-2-2024 02:10 PM
Kelakar pulak aku baca komen kat ig mstar....suruh mamat Jual kebap ni diam

Mentang2 la se ...

apa nama ig mstar apsal i cari xdpat?

Quote True-X 6-2-2024 02:50 PM
sebelum ni malas nak amik port... aku pon x penah nak puji2 noh dengan mixx nina time dioeg kawen dulu,,,, TAPI lepas tengok laki mizz nina ni overeacted,.,... aku terus sokong Noh,,,,
Quote True-X 6-2-2024 02:51 PM
joy_ah replied at 6-2-2024 02:38 PM
kalo betul noh takde hak, campak ajelah kes tu ke tong sampah.

dah dicampak pon

lebih kepada nak buat persepsi je yg noh tuh menculik,.
Quote matjerk 6-2-2024 02:52 PM
True-X replied at 6-2-2024 02:50 PM
sebelum ni malas nak amik port... aku pon x penah nak puji2 noh dengan mixx nina time dioeg kawen du ...

Aku pun terganggu tgk laki dia ni.. over react la... tau la nak protect.. tp cara bercakap tu.. buatkan org make fun of it jer....
Quote miracle_forever 6-2-2024 02:54 PM
Fly_over replied at 6-2-2024 12:48 PM
cringe tgk si essam ni bercakap. tak boleh nk tgk sampai abes. ribut sgt ko dah kenapa bang?
m ...

arab mmg cakap mcm nak gaduh mcm tu kan. lagi2 kalau dia nak defend something. mmg aggressive dgn gestures sekali.
eh eleh noh busuk… mcm budak sekolah rendah bila gaduh perli2 cara bercakap la rupa paras la. gi la balik rumah mengadun kat mak bapak. busuk!
Quote matjerk 6-2-2024 02:54 PM
AnnaSendin replied at 6-2-2024 02:09 PM
Herloks dapat laki persis defensive gini untuk counter noh. Heyyy nohludahhaktuihhh, nasib baik sajo ...

Tapi takde nya dia takut..siap sindir2 lagi.. ada baca tadi.. latest press statement pun..dia tnya reporter.. "ada mcm bunyi rapping2 tak"

Lihat semua komen(124)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.055329 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top