CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Apa Permainan Dia’ - Terkejut Mizz Nina Tarik Kes Penjagaan Anak, Noh Dakwa Dianiaya

6-2-2024 09:33 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7937| Komen: 12

Description: Penyanyi Noh Salleh akui terkejut apabila bekas isteri iaitu aktivis kemanusian, Mizz Nina menarik semula kes penjagaan penuh dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara anak angkat mereka, Musa.


Penyanyi Noh Salleh akui terkejut apabila bekas isteri iaitu aktivis kemanusian, Mizz Nina menarik semula kes penjagaan penuh dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara anak angkat mereka, Musa.

Menurut Noh atau nama sebenarnya Muhammad Noh Salleh, 39, dia hanya mahukan kebenaran kerana mendakwa dirinya sudah dianiaya.

Malah, Noh menafikan dakwaan yang mengatakan dia menculik Musa pada 19 Disember lalu.

"Saya terkejut, dia (Mizz Nina) minta saya datang mahkamah kemudian dia menarik kes. Ketika proses Sulh pun tiada apa yang terjadi. Jadi tunggu esok (6 Februari) di hadapan hakim.

"Harapan saya semoga ada kebenaran kerana saya sudah dianiaya di hadapan khalayak ramai, saya hanya mahu kebenaran.

"Saya tidak menculik Musa, ketika itu saya ada persembahan di Sabah. Kalau saya culik saya akan sorok. Tapi saya tunjuk Musa ada dengan saya. Saya juga mencari Mizz Nina untuk berbincang".


Noh berkata demikian sejurus usai prosiding Sulh bagi hak penjagaan Musa yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, pada Isnin.

Dalam pada itu, vokalis kumpulan Hujan itu tidak mengetahui apa punca sebenar bekas isteri menarik semula kes tersebut.

"Saya perlu menjawab tuduhan dia, tidak adil di sebelah pihak saya dan apa sebenarnya permainan dia? Saya mahukan kebaikan untuk Musa".

"Tiada perjanjian hak penjagaan, kalau ada sila tunjukkan. Surat yang dikatakan hanya SD (akuan berkanun) sahaja, tidak boleh digunapakai dalam kes ini dan surat itu sudah ditarik balik.

"Kalau boleh nak jaga sama-sama, ada sebab saya buat begitu. Saya tidak akan suka-suka masuk hal rumah tangga orang.

"Itu bukan anak dia, Musa anak Wan Nuraisyah Athirah. Saya sudah dapat surat pengesahan daripada ibu kandung Musa".

Sementara itu, peguam yang mewakili Noh iaitu Megat Syazlee Mokhtarom dan Muhammad Shamsyuar Jasmin berkata tiada sebarang dokumen penyerahan dikemukan.

"Di dokumen penjagaan itu ada dua nama, satu nama Noh dan satu nama Mizz Nina. Jadi tiada isu. Tiada dokumen penyerahan hanya ada dokumen penjagaan.

"Dua-dua ada hak, isunya sekarang hak itu ada pada siapa. Siapa yang menidakkan siapa?"

Terdahulu, Nina mendakwa Noh membawa keluar anak angkatnya, Musa tanpa kebenaran dan pengetahuan pihaknya.

Nina berkata kejadian tersebut berlaku pada 19 Disember tahun lalu, ketika dia dalam penerbangan menuju ke Tokyo, Jepun atas urusan kerja.

Bagaimanapun, Noh membuat kenyataan di program Melodi bahawa tiada langsung unsur penculikan seperti yang didakwa, malah sudah mendapatkan kebenaran ibu kandung Musa untuk menjaga kanak-kanak itu.


Kemudiannya, vokalis kumpulan Hujan itu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas dituntut oleh ibu kandung kepada anak angkatnya, Musa, yang hanya mahu dikenali sebagai Athira.

Sekadar info, Noh dan Mizz Nina atau nama sebenar, Shazrina Azman, 44, mendirikan rumah tangga pada Julai 2011, namun, bercerai pada Ogos 2022 dan tidak dikurniakan zuriat.

Sumber : OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chillipepper 6-2-2024 09:37 AM
Bukan mak kandung tu nak anonymous ke? Yang si Nuh ni duduk seru nama penuh tu dah kenapa? tak jaga privasi langsung
Quote Thunderclouds 6-2-2024 10:46 AM
Manyak ehhh bonang mn & nh.
Semak leiiiiiiii vaviiiiii
Quote LaskarHijayu 6-2-2024 11:15 AM
Dedulu punya laa puji berpisah aman2... senyap2... cara baik... haa amek kau skarang... bangkit hal lain berketuntang sana sini
Quote sukanyanyi 6-2-2024 11:35 AM
ok...makin lama rasa kesian plak n0h ni sbb nampak bersungguh nak jaga anak tu jugak. kita tak tau heols ada masalah ke tak untuk buat anak baru kan...Allah je tau. dah dia kata ada sebab nak jaga sama-sama, dia je yang tau.
Quote Bergosip 6-2-2024 12:36 PM
eh noh, reveal nama mak kandung musa? bukan MZ pernah bagitau yang mak kandung musa tak nak namanya di-reveal. privacy
Quote MadameOnion 6-2-2024 12:41 PM
kesian noh..baru heols nak goyang kaki membewak..tetiba kena cerai
Quote MisXoXo 6-2-2024 06:08 PM
Jauh disudut hati..mn ni sayang sgt kt noh dn begitu juga nh.masing2 kawin lain utk.tutup aja rasa kosong tu..ecehh..kemahen
Quote noor2 6-2-2024 06:46 PM
Seriously....sampai gaduh teruk macam ni...ko ni sapa ..nak.lawan anak jutawan...baik la ko kawin buat anak sendiri Noh...lupakan Musa...

Knp la aku jatuh kesian kat dia ni
Quote Manusiabesa 6-2-2024 06:48 PM
Apa permainan dia ko tny ek. MN x fail kes ko seks ngn betina lain time masih dlm pkhwinan tu beso rahmat dh tu. Kang MN buka file tu ko xcukup tanah nk lari. Jantan ni aku cancel smpai  bebila.
Quote noor2 6-2-2024 06:49 PM
Manusiabesa replied at 6-2-2024 06:48 PM
Apa permainan dia ko tny ek. MN x fail kes ko seks ngn betina lain time masih dlm pkhwinan tu beso r ...

Oh...beliau pernah curang masa masih jd suami ke..ok..cancel kesian...
Quote puan_rohayu 6-2-2024 07:05 PM
Musa ni anak angkat sj tp direbut bagai nk rak,bertuah Musa.Pada pendapat aku lbh baik Noh ni move on sj lupakan Musa jika kita tgk keadaan xselesai antara dia dan MN.Buat anak dgn isteri baru@ambil anak angkat lain bkn susah.Musa lbh baik bersama MN kerana masih baby lg bonding dia lg rapat dgn MN,apatah lg MN tu ibu susuan dia.Dhjadi mahram dgn MN.Dgn isteri Noh yg baru xde kaitan pun nnti masalah aurat dsb.Musa masih kecil jgnlah dibebankan dgn pertelingkahan yg x berkesudahan.Biarlah dia membesar kenal satu family sj dan terpaksa mengadap membahagi masa antara Noh dan MN pula.Better Noh lapang dada tarik diri.. blh saja tgk Musa dari jauh.Xpyhlah gaduh2 rebut2 Musa..Lainlah klu dari bayi mmg Musa bersama Noh 24jam, biasanya baby bonding lbh dgn ibu xkira la ibu angkat pun.
Quote Suchi 6-2-2024 07:19 PM
Mcm byk plak ye benang depa ni
Ekceli ni bukan sesuatu yg acik porem harapkan awal2 2024
Sekali lagi nk kena hadap masalah rumah tangga retis
Ohh jap ni isu anak
Apakah tahun 2024 ni musim retis gaduh rebut anak plak ke? Sblm ni piji vs kila ni noh ngn nina pastuh retis mana lak pasnih
Tahun lepas gaduh nk cerai
Tahun ni post divorce issue plak
Btw persamaan antara kes piji dan noh depa ni masa bercerai dulu tak kecoh2 jugaa
Dah lama bercerai baru timbul desas desus sana sini.
Sudahnya meletop sampai piji dedahkan punca penceraian depa padahal sblm ni wartawan je duk gosip pasal tu.
Aib yg tersimpan rapi terbuka segalaa..

Dah nk ramadan ni harap takde tumpahan teh yg melimpah ruah hingga buatkan pahala puasa2 acik porem berkurangan

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.073700 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top