CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Benarkan Dan Tengok 5 Lelaki Rogol Isteri, Bapa Empat Anak Dijel 29 Tahun Dan 24 Sebatan

19-1-2024 08:08 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9630| Komen: 43

Description: SINGAPURA: Mahkamah menolak rayuan seorang lelaki bagi meringankan hukuman penjara 29 tahun dan 24 sebatan kerana mengundang lelaki lain untuk merogol isterinya, dengan dia sendiri menontonnya.

Gambar sekadar hiasan



SINGAPURA: Mahkamah menolak rayuan seorang lelaki bagi meringankan hukuman penjara 29 tahun dan 24 sebatan kerana mengundang lelaki lain untuk merogol isterinya, dengan dia sendiri menontonnya.

Ketua Hakim Negara, Sundaresh Menon, menolak rayuan lelaki berkenaan dengan menegaskan mahkamah perlu berpegang kepada prinsip hukuman yang ada dan menyifatkan hukuman yang dijatuhkan berdasarkan jenayah itu adalah 'ringan'.

Pada Mei 2023, bapa empat anak berusia 42 tahun itu membuat pengakuan di Mahkamah Tinggi di mana dia menjemput lima lelaki ke rumahnya antara 2010 dan 2018 untuk merogol isterinya.

Dia memberi ubat pelali kepada isterinya sebelum menyaksikan lelaki yang dijemput merogol isterinya – seringkali tanpa perlindungan – di dalam bilik tidurnya manakala anak mereka tidur di bilik lain.

Dia juga telah merogol isteri dua lelaki yang dijemputnya, menurut laporan Berita Harian Singapura.



Pada 17 Januari, lelaki itu, yang mewakili diri sendiri, memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa dia merayu kerana cintanya kepada isteri, anak-anak dan ibu bapa yang semakin tua, dan dia tidak boleh meninggalkan orang yang tersayang untuk 'menjaga diri mereka sendiri'.

Dia juga tidak menafikan bahawa dia telah melakukan kesalahan, tetapi meminta supaya hukuman terhadapnya diringankan.

"Hukuman yang dikenakan telah menjejas kehidupan saya, jiwa saya telah mati, yang tinggal hanyalah kekosongan," katanya ketika membuat rayuan.

Dia juga menyerahkan surat daripada ibu dan ahli keluarga lain merayu bagi pihaknya supaya hukuman diringankan.

Dalam surat tersebut, ibunya berkata dia seorang anak yang banyak berbakti, tidak mengabaikan ibu bapa walaupun dia tidak mempunyai wang mencukupi untuk keluarganya.

Ibunya juga menggambarkan bagaimana beliau pernah melihat anaknya itu memesan hanya sayur-sayuran dan telur kukus di kedai kopi.

Namun, mahkamah tertinggi tiga hakim itu berkata ia tidak fikir hukuman yang dijatuhkan itu tidak setimpal.

"Saya rasa, hakim telah memberi hukuman yang ringan," kata Ketua Hakim Negara.

Beliau memberitahu lelaki itu: "Saya tahu anda berasa hampa, anda menyalahkan diri sendiri... anda perlu hadapi apa yang anda lakukan, dan anda perlu mencari jawapan untuk itu.

"Bagaimanapun, janganlah anda cuba untuk mencadangkan bahawa mahkamah perlu bersikap belas kasihan kepada anda," katanya.

Lelaki tersebut adalah salah seorang daripada tujuh yang dihadapkan ke mahkamah dalam kes yang belum pernah berlaku sebelum ini, di mana suami bersubahat dengan lelaki lain supaya pasangan mereka sendiri diberikan dadah sebelum dirogol.

Jenayah itu terbongkar selepas isteri lelaki itu menemui imej lucah dirinya pada telefon bimbit suaminya pada 1 Januari 2020, dan mendapati suaminya dan seorang lelaki lain telah 'bertukar isteri'.

Ramai dalam kalangan lelaki itu mengenali satu sama lain menerusi forum dalam talian 'SammyBoy' dan platform lain di mana mereka akan berkongsi fantasi mengenai bertukar pasangan.

Empat daripada lima lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan masing-masing dan dijatuhkan hukuman penjara antara 13 tahun lima bulan dan 22 tahun termasuk tiga daripada mereka juga masing-masing dijatuhi hukuman 20 sebatan rotan.

Lelaki kelima didapati bersalah pada November 2023 berikutan perbicaraan, dan sedang menunggu hukuman.

Seorang daripada lima lelaki itu turut menjemput lelaki ketujuh untuk merogol isterinya, tetapi percubaan itu tidak berjaya dan lelaki ketujuh itu dijatuhi hukuman penjara tiga tahun. - AGENSI


Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 19-1-2024 09:26 PM
Wei, apa yg aku baca ni weiiiii
Quote menjad 19-1-2024 09:34 PM
Giler seks
Quote ezacbee 19-1-2024 09:50 PM
Mental ke apa??

Sepatutnya hukuman gantung sampai mati je.  Sila ke dunia lain. Sayang kunun..
Quote Nokiaman 19-1-2024 10:05 PM
Kat Singapork banyak kes camni, swap isteri tak kira bangsa apa, janji OK dan ON.
Modus Operandi sekarang da pindah ke JB.
Sewa rumah via AirBnB, pastu Orgy 2hari dua malam.
Ramai Melayu Singapore terjebak buat camni.
Kononnya nak tukar selera....
Sekian..
Quote becir 19-1-2024 10:15 PM
Mak jantan tu pun boleh ye backup anak. Yela anak jantan kan, buat apa pun tetap tak salah
Quote jazaa100 19-1-2024 10:18 PM
Carcosa replied at 19-1-2024 09:26 PM
Wei, apa yg aku baca ni weiiiii

Ntah....

Google translate sampai satu hapa pun tak paham
Quote dani-rox 19-1-2024 10:22 PM
24 sebatan? rabaklah bontot ngko
Quote _blackbird 19-1-2024 10:47 PM
Apa aku baca ni? Next level swinger?
Quote Decaffeinated 19-1-2024 10:48 PM
jazaa100 replied at 19-1-2024 10:18 PM
Ntah....

Google translate sampai satu hapa pun tak paham

Ada 7 jantan:

1 orang main character jemput 5 orang di bawah.

5 orang jemputan (3 penjara & sebat + 1 penjara + 1 sdg menunggu hukuman)

1 orang dijemput oleh salah seorang di atas tapi tak sempat projek. Kena 3 tahun.


Quote mehmet 19-1-2024 10:50 PM
Mak kata anak baik pun Lahanat.
Quote honey_yayan 19-1-2024 11:30 PM
Kegilaan apa ni..boleh biar bini kena rogol ramai2..betul2 nak kiamat ni
Quote xtinkerbellx 20-1-2024 11:00 AM
Maknye bole la cakap gitu. Bukan ko yg kena rogol
Quote missyL 20-1-2024 03:36 PM
Terok nye fetish.

Kesian bini masing2.
Trauma
X risau ke dpt stds
Quote missyL 20-1-2024 03:36 PM
xtinkerbellx replied at 20-1-2024 11:00 AM
Maknye bole la cakap gitu. Bukan ko yg kena rogol

Ank jantan  buat ape pn bekap
Quote missyL 20-1-2024 03:37 PM
Nokiaman replied at 19-1-2024 10:05 PM
Kat Singapork banyak kes camni, swap isteri tak kira bangsa apa, janji OK dan ON.
Modus Operandi sek ...

Jauh kan la keturunan ku dr perangai gini
Quote imanjannah 20-1-2024 03:51 PM
maknya masih memback up anak lelaki nya, klu anak perempuan dia yg kena, dia back up menantu nya x? tgok anak lelaki makan sayur dan telur konon...
Quote takayama 21-1-2024 09:29 AM
Apa nak jd zmn sekrg ni tp bgslah kena sebatan smp 24 kali, padan muka biar berlubang montot tu
Quote gigahertz 21-1-2024 10:35 AM
Nokiaman replied at 19-1-2024 02:05 PM
Kat Singapork banyak kes camni, swap isteri tak kira bangsa apa, janji OK dan ON.
Modus Operandi sek ...

ni nama dia swinger
Quote honeybee1802 21-1-2024 10:41 AM
Sinhapore sekali kea pelik2 jg....but then bgsnya tegas...tiba2 merayu2 anak terpaling baik la...tiber plak kan...

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.057771 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top