CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Inspektor Polis Antara 7 Suspek Ditahan Kes Larikan Ahli Perniagaan

19-1-2024 08:09 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7087| Komen: 4

Description: Kuala Lumpur: Pegawai polis berpangkat Inspektor antara tujuh ditahan kerana disyaki terbabit kes melarikan seorang ahli perniagaan di Bandar Sri Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan, pada 10 Januari l ...
Gambar Sekadar Hiasan


Kuala Lumpur: Pegawai polis berpangkat Inspektor antara tujuh ditahan kerana disyaki terbabit kes melarikan seorang ahli perniagaan di Bandar Sri Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan, pada 10 Januari lalu.

Pegawai terbabit yang bertugas di kontinjen Perak ditahan pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, polis menerima laporan daripada seorang lelaki warga Bangladesh mendakwa abangnya dilarikan sekumpulan tujuh individu.

"Bertindak atas laporan, sepasukan polis menjalankan serbuan dan berjaya menyelamatkan lelaki itu.

"Hasil siasatan, lelaki terbabit dipercayai berhutang RM70,000 daripada salah seorang suspek. Disebabkan itu suspek melarikan mangsa dan memintanya membayar RM25,000," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Beliau berkata, kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula 13 Januari lalu sehingga esok.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang.


Sumber : Harianmetro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 19-1-2024 08:06 PM
Gila dah polis Malaysia ni...
Quote honey_yayan 19-1-2024 11:28 PM
Polis pun buat jenayah..pegawai pulak tu.apa nak jadi malaysiaku dah macam cerita polis india
Quote chacon 20-1-2024 11:14 AM
teruk betul polis lately macam2 kes..rindu zmn dsn
Quote Radzor 20-1-2024 05:00 PM
klu baca edisi siasat. ni kes level ikan bilis je

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.075419 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top