CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Tak Pernah Ke Gimnasium Tetapi...", Faizal Hussein Bukan Jenis Makan Banyak

15-1-2024 11:06 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6765| Komen: 16

Description: BAGAI tidak dimamah usia. Begitulah perumpamaan menggambarkan penampilan pelakon Faizal Hussein yang kekal tampan dan bertenaga pada usia 57 tahun.



BAGAI tidak dimamah usia. Begitulah perumpamaan menggambarkan penampilan pelakon Faizal Hussein yang kekal tampan dan bertenaga pada usia 57 tahun.

Tanpa berselindung, aktor yang aktif di arena seni sejak awal 1970-an itu mendedahkan, rahsia kekal cergasnya adalah dengan senaman ringan sebagai rutin harian.

Selesa berkongsi rahsia, bapa kepada dua cahaya mata itu mengakui tidak pernah ke pusat kecergasan, sebaliknya hanya mengangkat pemberat atau ‘dumbbell’ sebanyak 150 hingga 300 kali sehari.

“Jangan culas, itu saja. Dalam apa aktiviti kita buat pun, kena konsisten supaya manfaat atau kesannya dapat kita rasai, bukannya sekerat jalan.

“Saya tak pernah ke gimnasium tetapi ada satu dumbbell di rumah yang saya angkat beratus kali setiap hari. Itu aktiviti wajib saya sejak bertahun-tahun dulu.

“Rutin ini juga saya buat bergantung keadaan, kerana kalau ada sesuatu yang saya nak capai, boleh saja angkat sampai 300 kali.


“Alhamdulillah, setakat ini sudah nampak hasilnya. Kita kena lakukan aktiviti mengeluarkan peluh supaya terus sihat dan bertenaga,” kongsinya.

Pada masa sama, Faizal turut mengelak untuk menambah nasi dalam setiap hidangan sejak dulu lagi.

Katanya, walaupun masih ada yang menyifatkan dirinya mengamalkan rejim diet ketat, amalan tersebut bukan bertujuan mahu kekal kurus, sebaliknya lebih kepada penjagaan dalaman.

“Saya bukan berpantang atau diet sampai semuanya bercatu, cuma mungkin sebab sudah biasa kurangkan makanan ruji ini sejak bertahun-tahun dulu.

“Bukan tak menikmati juadah, cuma sudah biasa makan sikit sampaikan keluarga serta orang yang rapat tahu saya bukan jenis makan banyak,” kongsinya lagi.

Sumber ; hibglam

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleA 15-1-2024 12:27 PM
Ada ex kolig iols dulu cam abg FH ni la fizika kurus tinggi time kursus yg disediakan makanan tu dia tak makan pun. Yg lain melantak makanan free kan penuh pinggan dia memang susah nak makan. Tapi sentiasa bawa air dlm thermos tu mungkin kopi, atau makan makanan sendiri tapi memang jenis makan sikit mungkin utk lapik perut
Quote noell 15-1-2024 12:33 PM
kawan aku ada kurus mcm dia neh tp kolestrol tinggi gila jenuh makan ubat

Quote supernaturalee 15-1-2024 05:02 PM
dumbbell ape acik angkat tu smpi 300 kali sehari? 2 kg ke
Quote shernazz 15-1-2024 05:09 PM
Teringat plak cite jozan ke apa yang interview acik Faizal neh...
Hahaha..tak gi smayang jumaat..kuat minum.air suam
Quote Carcosa 16-1-2024 01:50 AM
Adoi. Mcm kelako plk statement Uncle Pezal ni. Takde la nmpk bertenaga pon. Kihkihkih. Just kurus jelah. Dan2 angkat dumbbell 150 kali. Jaga mkn tu meols puji la. Tapi part angkat berat hari2 tu, mcm tak tally je dgn ghoper. I'm sorry Uncle Pezal
Quote sue_liah 16-1-2024 03:16 PM
noell replied at 15-1-2024 12:33 PM
kawan aku ada kurus mcm dia neh tp kolestrol tinggi gila jenuh makan ubat

alamak siyes ar..dia suka makan apa byk kolestrol tu
Quote aciksenah 16-1-2024 03:18 PM
supernaturalee replied at 15-1-2024 05:02 PM
dumbbell ape acik angkat tu smpi 300 kali sehari? 2 kg ke

Baru nak tanya..
Quote sleepandream 16-1-2024 03:20 PM
ohhh ingatkan heols berenang hari2
Quote vaious 16-1-2024 03:27 PM




'Pada masa sama, Faizal turut mengelak untuk menambah nasi dalam setiap hidangan sejak dulu lagi.,




Aku ada tgk kat mana ntah dia ada bgtau sedap macam mana pon makanan tu dia takkan tambah lagi.
Quote salimrock 16-1-2024 03:28 PM
doubleA replied at 15-1-2024 12:27 PM
Ada ex kolig iols dulu cam abg FH ni la fizika kurus tinggi time kursus yg disediakan makanan tu dia ...

mgkn ada sedikit hormon disorder, makan sikit dah kenyang, atau mmg dia jenis makan kunyah byk kali,

ada kawan wa , kurus cm FH juga, makan pn tak tambah, tp itu la, kalo buffet orang dah tambah, dia tak habis lg, makan slow2

umor pn cam FH juga, pernah sekali buka baju, 6 pack kau...pun sama, dia tak pergi gym, jogging, cuma kadang2 main pingpong, badminton itu pn dgn grup surau katanya...
Quote vanilacup 16-1-2024 03:37 PM
Ada jugak guy ex office mate yg sy kenal dia jenis x suka makan..buatlah apa majlis makan kat ofis hatta nasi lemak free sebungkus sorang pun dia memang x pemakan sbb tu badan maintain kurus dan tinggi pulak tu...
Sedangkan family dia memang jenis tinggi dan badan berisi kalau makan byk boleh naik badan. tapi sbb dia x suka makan memang kurus bertahun2 dah
Quote doubleA 16-1-2024 03:59 PM
salimrock replied at 16-1-2024 03:28 PM
mgkn ada sedikit hormon disorder, makan sikit dah kenyang, atau mmg dia jenis makan kunyah byk kal ...

Bagus la konsepnya kunyah 44 kali dan berhenti sebelum kenyang

Very islamic life
Quote aina_shaira 16-1-2024 04:07 PM
Ruginya tak makan sebab iols suka makan
Quote salimrock 16-1-2024 06:03 PM
doubleA replied at 16-1-2024 03:59 PM
Bagus la konsepnya kunyah 44 kali dan berhenti sebelum kenyang

Very islamic life

errm aku pernah 1 kali demam , mmg makan kunyah byk kali, mcm tak boleh telan, jd kena kunyah, kunyah lg, sebab tu kalo demam org bagi bubur kot bg senang makan, pastu kunyah lama2 kadang2 sekeping roti canai tak abis, member pn dah habis  makan haha

kawan2 opis wa , kita pernah g penang makan nasi kandar, mmeber2 cakap, sedap nasi kandar ni, wa baru 4 suap, dia dah nak abis haha, wa nak makan slow sebab nak rasa kari campur dia tu, itu pn bukan kunyah 44 kali tau...
Quote noell 16-1-2024 08:31 PM
sue_liah replied at 16-1-2024 03:16 PM
alamak siyes ar..dia suka makan apa byk kolestrol tu

metabolism dia tinggi walau dh berumoq mmg tak gemok walau mkn byk so fevret dia roti canai mmg keja dia tebaq roti canai pun
baru2 neh kena gerd gelabah member siap buat test ekg ka hapa ntah tgh2 mlm masuk wad kecemasan



Quote tikusmontok 16-1-2024 08:37 PM
Carcosa replied at 16-1-2024 01:50 AM
Adoi. Mcm kelako plk statement Uncle Pezal ni. Takde la nmpk bertenaga pon. Kihkihkih. Just kurus je ...

Pakcik ni feeling2 hot kan..

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.050421 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top