CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Inilah Realiti Dunia Radio. Dengar Macam Seronok", Linda Onn Dedah Senasib Tyzo

15-1-2024 11:18 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8934| Komen: 41

Description: Baru-baru ini kecoh mengenai Tyzo, DJ terkenal sebuah radio tempatan yang telah ditamatkan perkhidmatan.



Baru-baru ini kecoh mengenai Tyzo, DJ terkenal sebuah radio tempatan yang telah ditamatkan perkhidmatan.

“Sabar Tuah. Satu pintu tertutup, 10 lagi bakal terbuka.”

Demikian kata-kata semangat dizahirkan bekas penyampai radio, Linda Onn yang pernah buat Tyzo yang baru ditamatkan perkhidmatan selepas lapan tahun setia bersama stesen Suria FM.

Linda atau nama sebenarnya Rozlindah Onn, 47, yang pernah bergelar penyampai Suria FM merungkai sisi gelap bekerja di stesen radio yang hanya bergantung kepada kontrak.

“Inilah realiti dunia radio. Dengar macam seronok, terpeleot (tersasar) sikit nasib kita di hujung dakwat pen.

“Tengah sedap dapat rezeki, layan pendengar, seronok dengan pekerjaan, tup tup (tiba-tiba) esok kontrak tamat.

“Sabar sahajalah. Yang tahu dunia radio sahaja tahu, banyak yang indah tetapi segalanya bergantung kepada kontrak sambung atau tidak, kita menang ABP tujuh kali sekali pun tidak membantu ya anak-anak,” katanya dalam Facebook.


Personaliti penyiaran kelahiran Singapura itu turut berkongsi pengalaman menyeronokkan ketika awal memasuki keluarga Suria FM pada 2010.

“Sebenarnya seronok kerja di Suria dulu sebab strategi pasukan kami berjaya naikkan ‘rating’.

“Ingat lagi betapa saya terkejut bila baru nak tandatangan kontrak sudah dapat tahu pendengar 700,000, maklumlah kita biasa pendengar berjuta-juta.

“Masa itu suruh pendengar buat panggilan pun telefon tak berkelip. Berkat usaha gigih pasukan, alhamdulillah dapat lebih tiga juta pendengar. Terus pendengar kenal Suria FM. Baru sebut topik, telefon menyala tidak berhenti. Penangan kami dulu,” ujarnya yang juga penyampai Era FM itu.

Bagaimanapun, hari tidak selalunya cerah apabila pelakon filem Cicakman 2: Planet Hitam itu ditamatkan perkhidmatan secara tiba-tiba ketika sedang sama-sama memuncakkan nama Suria FM.

“Kejayaan kadangkala tidak sentiasa dibalas dengan keindahan. Bila dah berjaya, kontrak kita tak sambung pula padahal tengah rancak rancangan paling tinggi ‘rating’.

“Ingat lagi pada hari terakhir diberitahu kontrak tidak disambung dan hari sama harus temu bual Dayang (penyanyi Dayang Nurfaizah) untuk siaran Sabtu.

“Masa Dayang sampai, bos panggil masuk beritahu kontrak tidak sambung, tergendala semuanya kerana hari terakhir Jumaat tetapi temu bual Dayang ke udara Sabtu,” tuturnya.

Baru-baru ini kecoh mengenai perkhidmatan Tyzo yang ditamatkan sebagai penyampai segmen Suria Petang di stesen radio Suria FM pada 12 Januari lalu.

Dalam masa sama, tular video siaran langsung pemilik nama sebenar Tuah Zolqarnain yang mengucapkan ‘terima kasih’ atas penganiayaan seolah-olah tidak rela dengan penyingkiran tersebut.

Susulan itu, ramai pendengar menzahirkan rasa tidak puas hati sehingga ada yang mahu memboikot Suria FM.

Terdahulu, Tyzo menyertai dunia penyiaran bersama stesen radio Muzik FM pada 16 Julai 2004 selain pernah menyumbangkan khidmat di stesen Ultra FM dan Pi Mai FM, sebelum beralih ke Selangor FM. 



Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote penjarasgbuloh 15-1-2024 11:29 AM
berapa gaji penyampai2 radio yang under kontrak ni?
Quote doubleA 15-1-2024 12:34 PM
Edited by doubleA at 15-1-2024 12:35 PM

Jadi bukan tyzo jela yg “dianiaya” tapi tula realiti dj radio swasta ya? Boleh ditamatkan kontrak serta merta jadi tak secure status pekerjaan.

Next story teruk ig djlin kena serang dek netizen eh
Quote BoongaKertas 15-1-2024 12:35 PM
actually iols lebih berminat nak tahu psl termination clause dlm offer letter tyzo ni. mohon share psl clause tu jer.
Quote BoongaKertas 15-1-2024 12:36 PM
doubleA replied at 15-1-2024 04:34 AM
Jadi bukan tyzo jela yg “dianiaya” tapi tula realiti dj radio swasta ya? Boleh ditamatkan kontrak  ...

wehhh, iols tgk vid posting yg g tmpt lawa tu, giler lah dah 2k++ komen. mrh sgguh netizen.
Quote BoongaKertas 15-1-2024 12:36 PM
tbh, iols mmg suka tyzo vs kak rara. ptg2 tu sangkut jems tu, dgr depa 2 ketul tu membahan org yg karok tu, kelakar lah weh.
Quote kuzaime 15-1-2024 02:02 PM
BoongaKertas replied at 15-1-2024 12:36 PM
wehhh, iols tgk vid posting yg g tmpt lawa tu, giler lah dah 2k++ komen. mrh sgguh netizen.

Dah x bole nak komen dah koyak lah tu kena hentam. Paling kelakar yg reply komen cik piah tu, jgn top2 sgt nanti kena tendang kluar.dr suria
Quote BoongaKertas 15-1-2024 02:06 PM
kuzaime replied at 15-1-2024 06:02 AM
Dah x bole nak komen dah koyak lah tu kena hentam. Paling kelakar yg reply komen cik piah tu, ...

hahaha! iols terdgr segmen cikpiah smlm. kelakar sheols mcm menahan mrh budak br jd dj pairing dgn dia smlm mcm blur.
Quote wirazam 15-1-2024 02:06 PM
penjarasgbuloh replied at 15-1-2024 11:29 AM
berapa gaji penyampai2 radio yang under kontrak ni?

Belas ribu kan?
Quote cantthinkofany 15-1-2024 02:12 PM

pernah dgr gak dulu...dalam belas and dua puluhan macam tu la....
Quote vanilacup 15-1-2024 02:14 PM

kata hari tu Johan pun RM 50 ribu sebulan kan. Nabil dan Pak Azad x tahu berapa.

Quote penjarasgbuloh 15-1-2024 02:23 PM
belas2 ribu sebulan? mak aihhhhhh....patut la sakit kalau hilang keje huhu
Quote kuzaime 15-1-2024 03:53 PM
BoongaKertas replied at 15-1-2024 02:06 PM
hahaha! iols terdgr segmen cikpiah smlm. kelakar sheols mcm menahan mrh budak br jd dj pairing dgn ...


Bertahun2 aku dengar suria,  skrg boikot 2-3 ari ni tukar2 antara era ke sinar.
Quote BoongaKertas 15-1-2024 03:56 PM
kuzaime replied at 15-1-2024 07:53 AM
Bertahun2 aku dengar suria,  skrg boikot 2-3 ari ni tukar2 antara era ke sinar.

org kan kata nak boikot kan, iols mcm wonder lah ada kah akan ada kesan kat kedudukan beliau dj malam itu? sbb byk betul komen suh sheols bersara yg iols baca dlm posting ig sheols?
Quote kuzaime 15-1-2024 04:06 PM
BoongaKertas replied at 15-1-2024 03:56 PM
org kan kata nak boikot kan, iols mcm wonder lah ada kah akan ada kesan kat kedudukan beliau dj mal ...

Kalau dia tau malu, patut bersara dah x jejas apa pun kat segmen suria cinta tu. Pasal dia pun manjang aje cuti dj lain yg ganti. Cuma yg perasan dekat2 abpbh dulu barulah dia ada aje on air. Sikit2 suh undi. Tp x rasa makcik gila award ni akan letak jawatan
Quote 800214 15-1-2024 04:18 PM
BoongaKertas replied at 15-1-2024 02:06 PM
hahaha! iols terdgr segmen cikpiah smlm. kelakar sheols mcm menahan mrh budak br jd dj pairing dgn ...

Sapa dj baru tu? Ai mcm xleh dgr sgt cik pia. Suara dia xbest. Hahahaha. Tp kawan selalu bukak kat ofis. Dgr la jugak. Tyzo n kak rara mmg hari2 dgr sesambil meranduk jem  lembah klang ni. Xtau ptg ni nk dgr apa. Hahahaha. Baru happy lepas soeb xde. Tyzo lak ilang. Tp i rengsa ngan mamat pg2 tu. Mcm byk xberapa cerdik
Quote piep 15-1-2024 04:19 PM
BoongaKertas replied at 15-1-2024 02:06 PM
hahaha! iols terdgr segmen cikpiah smlm. kelakar sheols mcm menahan mrh budak br jd dj pairing dgn ...

tak best hambar je kan. cm syok sendiri je.. intern rasanya
Quote piep 15-1-2024 04:19 PM
kuzaime replied at 15-1-2024 02:02 PM
Dah x bole nak komen dah koyak lah tu kena hentam. Paling kelakar yg reply komen cik piah tu, ...

sinar pon kena kick dulu sumber efbie
Quote BoongaKertas 15-1-2024 04:23 PM
800214 replied at 15-1-2024 08:18 AM
Sapa dj baru tu? Ai mcm xleh dgr sgt cik pia. Suara dia xbest. Hahahaha. Tp kawan selalu bukak kat ...

iols mmg x dgr radio except ptg2 masa tyzo & rara. hahaha! jd pg2 punya segmen, iols terselamat dari sengsara mendengar. DJ br smlm tu iols x sure lah nama sheols. ingtkan intern, tp mcm dgr cikpia kata dj baru.
Quote kuzaime 15-1-2024 04:23 PM
piep replied at 15-1-2024 04:19 PM
sinar pon kena kick dulu sumber efbie

Sapa..?

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.148688 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top